Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Tapi Perlu Tanam Rasa Malu


Sebagai persediaan awal, elok jika kedatangan Ramadan ini dimaklumkan seiring dengan beberapa perkongsian ringkas supaya anak mendapat motivasi untuk turut serta mengejar ganjaran pahala di bulan penuh keberkatan.

Kongsi kebaikan berpuasa
Apabila ingin mengajar anak berpuasa, pastikan kita turut memberi mereka ilmu mengenai puasa. Mereka perlu tahu serba sedikit mengenai ibadat ini. Jangan biarkan mereka menahan lapar dan dahaga dalam keadaan mereka tertanya-tanya keperluan berbuat demikian.
Hal ini penting kerana kita mahu anak melakukan ibadat atas dasar ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan. Kita perlu didik mereka bahawa ibadat puasa perlu ditunaikan dengan reda, bukan secara terpaksa.
Apabila perkara ini dapat dilakukan, dengan sendirinya mereka akan suka untuk berpuasa tanpa kita paksa dan marah. Jangan lupa ajar mereka doa serta niat untuk berpuasa.
Latih mereka berpuasa
Sementara ada baki beberapa hari ini, ajak anak cuba menahan diri daripada melakukan perbuatan tidak baik. Mereka perlu dididik seawal usia untuk menjadi hamba yang taat.
Meskipun anak mungkin belum mencapai usia baligh untuk menunaikan puasa, ini tidak bermakna mereka tidak perlu dilatih untuk berpuasa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bijak mendidik anak berpuasa mengikut kemampuan mereka. Namun, perlu menjadi ingatan, janganlah pula memaksa mereka yang belum berkemampuan untuk berpuasa penuh.
Mungkin boleh membiasakan mereka berpuasa sedikit demi sedikit sehingga mungkin akhirnya pada akhir Ramadan, anak kita yang masih belajar ini mampu berpuasa penuh dari masuknya waktu Subuh hingga terbenam matahari.
Berlatih sahur dan berbuka bersama
Alang-alang menyiapkan mereka sebelum keluar bekerja, ajaklah anak bangkit sedikit awal daripada kebiasaan. Sediakan sarapan ringkas untuk membiasakan perut mereka dengan kedatangan Ramadan nanti.
Tidak salah juga untuk melatih anak bangun sebelum azan Subuh berkumandang. Bukan saja kita dapat mempersiapkan mereka untuk bangun bersahur, malah boleh mengajak anak menunaikan solat Subuh berjemaah. Lebih baik jika ayah dapat membawa anak lelaki yang sudah bersekolah untuk sama-sama bersolat di masjid sebagai cara melunakkan hatinya dengan ibadat dan rumah Allah.
Sebelah petang, ajaklah anak makan malam bersama. Beritahu apa ertinya azan Maghrib buat seisi umat Islam dan mengapa ia ditunggu-tunggu. Jelaskan sekali adab berbuka dan ajar mereka solat Tarawih.
Menjelang tibanya Ramadan nanti, mungkin ada dalam kalangan kita yang menyuruh anak makan dulu sebelum tibanya waktu berbuka. Ini mungkin kerana anak itu tidak berpuasa dan tidak mahu mereka mengganggu orang dewasa ketika waktu berbuka.
Hal ini perlu diperbetulkan. Meskipun anak kita yang masih kecil tidak berpuasa atau mungkin hanya berpuasa separuh hari, raikan mereka bersama orang yang sahur dan berbuka puasa.
Sentiasa semai perkara baik dalam hidup anak sepanjang Ramadan dan kekalkan amalan sama biarpun selepas habis berpuasa kelak. Mulakan makan dengan membaca doa, beradab ketika makan, makan secara sederhana, makan dengan tangan kanan dan banyak lagi perkara sunah yang boleh kita terapkan dalam diri mereka.
Tanam rasa malu
Atas sebab tertentu, mungkin anak kita masih belum mampu untuk berpuasa. Justeru, mereka perlu makan ketika orang lain berpuasa. Maka, didiklah anak agar rasa malu untuk makan di depan khalayak berpuasa.
Jika mahu makan, ajar anak supaya tidak makan di depan orang yang berpuasa, apatah lagi abang atau kakak yang juga masih kecil supaya mereka tidak tergoda dengan hidangan yang ada di tangan si adik!
Meskipun hal ini nampak kecil dan remeh, ia akan menjadi tanda adanya iman dalam diri anak kita. Manfaatkanlah peluang ini untuk memastikan mereka sentiasa berakhlak mulia walaupun tanpa keberadaan ibu bapa di sisinya.
Kredit: Hmetro

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa, Tapi Perlu Tanam Rasa ‘Malu’! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-paksa-anak-kecil-berpuasa-tapi-perlu-tanam-rasa-malu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Balik Balik Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang Netizen Luah Rasa Sebak

Hiburan Balik Balik Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang Netizen Luah Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 187 hits
Tular di media sosial Twitter semalam mengenai sebuah video si tanggang moden yang mengundang sebak ramai netizen Dalam video tersebut seorang wanita warga emas bergelar ibu difahamkan sanggup menaiki bas datang dari kampung yang terletak d...
Ibu Ini Kongsi 7 Tip Bagaimana Ajar Anak Puasa Penuh Tanpa Rasa Terpaksa

Ibu Ini Kongsi 7 Tip Bagaimana Ajar Anak Puasa Penuh Tanpa Rasa Terpaksa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 216 hits
Ketika ini ibu bapa dah mula fikir bagaimana untuk latih anak berpuasa dan pastikan mereka tidak mudah mengalah untuk berbuka lebih awal Mungkin bagi anak yang dah biasa berpuasa sebelum ini kurang sikit cabarannya Sebagai ibu bapa setiap m...
Shahrir Luah Rasa Kecewa Hasni Bukan Lagi Mb Malu Hadir Pau 16 Mac Ini

Shahrir Luah Rasa Kecewa Hasni Bukan Lagi Mb Malu Hadir Pau 16 Mac Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 178 hits
NASUHA RAHMANAhli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Ghazi mendapat perkenan sebagai menteri besar Johor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasni Mohammad Menurut sumber dalaman Umno bekas exco kerajaan negeri itu bakal mengangkat sumpah...
Mula Tengok Memang Dia Rasa Pelik Tapi Mengejutkan Bila Isteri Sendiri Belikan Kurma

Mula Tengok Memang Dia Rasa Pelik Tapi Mengejutkan Bila Isteri Sendiri Belikan Kurma

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 223 hits
Malaysia cukup dikenali dengan kepelbagaian kaum serta budaya yang menjadi kebanggaan serta kekuatan rakyatnya untuk sentiasa bersatu padu dalam suasana aman harmoni Selain itu sifat hormat menghormati terhadap kepercayaan agama satu sama l...
Sebak Mak Sanggup Naik Bas Dari Kampung Tapi Anak Tak Nak Jumpa Siap Tengking Balik Balik

Sebak Mak Sanggup Naik Bas Dari Kampung Tapi Anak Tak Nak Jumpa Siap Tengking Balik Balik

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 281 hits
Sebak Mak sanggup naik bas dari kampung tapi anak tak nak jumpa siap tengking balik balik ramai akui Si Tanggang Moden real ISeorang ibu meminjam telefon milik seorang wanita untuk bercakap dengan anaknya NAMPAKNYA kisah Si Tanggang Moden m...
Sepatutnya Ibu Yang Pelvk Uwais Anak Shuib Men4ngis G4gal Raih Skor Pertandingan Golf Netizen Kongsi Rasa Seb4k

Sepatutnya Ibu Yang Pelvk Uwais Anak Shuib Men4ngis G4gal Raih Skor Pertandingan Golf Netizen Kongsi Rasa Seb4k

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 175 hits
Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Uwais Al Qarni mencvri perhatian ramai apabila menyertai sebuah pertandingan sukan golf bagi peringkat kanak kanak di negeri Kedah Walaupun begitu Uwais dilihat menitiskan...
Dulu Bangga Rumah Kemas Anak Kecil Diam Depan Tv Rupanya Beri Kesan Bahaya

Dulu Bangga Rumah Kemas Anak Kecil Diam Depan Tv Rupanya Beri Kesan Bahaya

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 243 hits
Pada hari ini kanak kanak meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti sedentari seperti menonton televisyen bermain game menggunakan ipad ataupun melayari internet Tambahan pula terlalu banyak belajar juga merupakan salah satu sebab yang me...
Baru Hari Pertama Sekolah Kepala Anak Cedera 4 Jahitan Tapi Respons Cikgu Sangat Mengecewakan Bapa

Baru Hari Pertama Sekolah Kepala Anak Cedera 4 Jahitan Tapi Respons Cikgu Sangat Mengecewakan Bapa

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 239 hits
Sememangnya setiap individu yang sudah bergelar ibu bapa pasti akan sentiasa mempunyai perasaan bimbang terhadap anak anak mereka terutamanya mengenai keselamatan anak
Anak Suka Makan Carrot Bukan Hanya Bagus Untuk Mata Tapi Ini Kelebihanya

Anak Suka Makan Carrot Bukan Hanya Bagus Untuk Mata Tapi Ini Kelebihanya

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 162 hits
Lobak merah dan mata adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama Malahan ia menjadi kepercayaan kebanyakan mommies di luar sana Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan Propaganda lobak merah Lobak lazimnya dikatakan sebagai 1 ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever