Tak Perlu Heboh Geran Khas Rm32 Juta Kata Pemimpin Sarawak



(FMT) – Pemimpin politik Sarawak melabelkan Belanjawan 2020 sebagai “halua mata dan telinga” untuk rakyat.
Bagaimanapun realitinya kata mereka, ia menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji pilihan raya.
Menteri pelancongan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara lain Putrajaya tidak menunaikan janjinya untuk mengembalikan 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak dan 20 peratus royalti minyak.
Beliau mengaku belanjawan tersebut memperuntukan geran khas kepada Sarawak, tetapi jumlahnya “bukanlah sesuatu perlu dihebohkan”.
“Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan memperuntukkan hanya RM32 juta adalah seperti memberi habuk kepada rakyat negeri ini.
“Selain itu, berdasarkan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sarawak, maka kita boleh lupakan hasrat untuk menjadi setaraf dengan Malaya,” katanya.
Karim berkata, belanjawan berkenaan bertujuan memenuhi keperluan Malaya, dengan menambah bahawa jurang pembangunan antara semenanjung dengan negeri Borneo akan menjadi lebih besar.
Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata, kebanyakan program yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 telah pun dijalankan oleh kerajaan sebelum ini.
Beliau berkata, kerajaan kini hanya memperkenalkan cukai perkhidmatan digital bagi menambah hasil kerajaan
“Seperti dijangka, Sarawak tidak mendapat apa-apa yang sepatutnya diberikan kepadanya,” kata beliau.
Nancy berkata, kerajaan persekutuan memperuntukkan geran khas berjumlah hanya RM16 juta kepada Sarawak sejak 1969.
“Dalam Belanjawan 2020, Sarawak akan menerima geran khas sebanyak RM32 juta dan jumlah itu akan ditambah kepada RM54 juta dalam tempoh lima tahun.
“Jelas satu semakan wajar di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan seperti dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu MA63 tidak dibuat.
“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan sekali lagi mempermainkan kami,” katanya, dengan menambah bahawa beliau akan membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.
Nancy juga berkata, peruntukan untuk projek bekalan air luar bandar sebanyak RM70 juta dan perbekalan elektrik berjumlah RM500 juta kepada Sabah dan Sarawak tidak menyebut jumlah yang akan diterima oleh masing-masing negeri itu.
“Kita berharap kerajaan PH memberi tumpuan kepada usaha memberi khidmat kepada rakyat, sekali gus berhenti bermain politik,” katanya.
Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Michael Tiang mengalu-alukan pertambahan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, tetapi menyifatkan angka RM32 juta itu sebagai “kecil”.
“Peruntukan tambahan RM32 juta itu masih terlalu sedikit berbanding royalti minyak 20 peratus yang dijanjikan oleh PH semasa pilihan raya umum ke-14.
“Jumlahnya kecil berbanding hasil pengeluaran minyak Sarawak, yang jelas melebihi RM200 juta sehari,” katanya.
Tiang berkata, menurut laporan, Sabah akan menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5.2 bilion pada 2020, sementara Sarawak mendapat hanya RM4.4 bilion.
“Apakah ini satu lagi langkah untuk meminggirkan Sarawak?” soalnya.
Beliau berkata, rakyat Sarawak dipermainkan oleh kerajaan PH yang terus-menerus memungkiri janjinya.
“Di manakah pemimpin PH Sarawak yang melaungkan slogan untuk memberi kami kehidupan lebih baik sebelum pilihan raya umum ke-14?” soal beliau.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/12/tak-perlu-heboh-geran-khas-rm32-juta-kata-pemimpin-sarawak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Pemberian Khas Dinaikkan Rm53 4 Juta Sabah Rm32 Juta Sarawak

Kadar Pemberian Khas Dinaikkan Rm53 4 Juta Sabah Rm32 Juta Sarawak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 307 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes Ku Nan Tiada Transaksi Rm2 Juta Pada Umno Kata Pendakwaan

Kes Ku Nan Tiada Transaksi Rm2 Juta Pada Umno Kata Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 338 hits
Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan hari ini diberitahu tiada transaksi membabitkan jumlah wang tersebut d...
Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap

Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 296 hits
Ahli Parlimen Tasik Gelugor Ramkarpal Singh PETALING JAYA Pandangan perdana menteri bahawa perbuatan lompat parti boleh diterima sekiranya ia dilakukan dengan tujuan baik adalah dikesali kata seorang pemimpin DAP pusat Pengerusi Biro Undang...
Masalah Puak Bukan Punca Ada Pemimpin Tak Hadir Konvensyen Kata Anwar

Masalah Puak Bukan Punca Ada Pemimpin Tak Hadir Konvensyen Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 273 hits
Diterbitkan Hari ini 6 34 petangAnwar Ibrahim menafikan masalah kepuakan dalam PKR punca sejumlah pemimpin tinggi parti itu tidak hadir di Konvensyen PKR Pulau Pinang di Bukit Mertajam hari ini Presiden PKR itu berkata ini kerana konvensyen...
Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 317 hits
Seorang pemimpin PPBM berkata Dr Mahathir Mohamad tidak patut menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PKR di bawah pimpinannya dalam perpecahan Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan Sazmi Miah merujuk kenyataan veteran PK...
Sekolah Sabah Sarawak Dan Pendalaman Dapat Peruntukan Khas Tak

Sekolah Sabah Sarawak Dan Pendalaman Dapat Peruntukan Khas Tak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 556 hits
Oleh Tahun 2019 tahun peruntukan khas kepada pendidikan Cina Di mana KEUTAMAAN kepada PENDIDIKAN KEBANGSAAN Semalam di Perak lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah menerima peruntukan Tabung Khas 2019 sebanyak RM210 000 daripada Keme...
Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 650 hits
Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada sambungan Internet yang berkualiti tinggi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa SKMM akan memperuntukkan RM250 juta un...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean