Tak Perlu Dana 20 Juta Pemuda Kampung Banggakan Negara Dengan Ciptaan Motor Mesra Banjir




‘Hebak anak muda kampong! Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala’ (Hebat anak kampung! Bijak hingga orang Jepun mungkin tidak percaya).

Ia antara pujian oleh netizen dalam dialek Terengganu untuk menggambarkan kekaguman terhadap kreativiti dua anak muda Kampung Banggol, Setiu, hingga dua buah motosikal bukan sahaja boleh bergerak di atas jalan raya tetapi juga di dalam air yang dalam.

Hasil gabungan kesungguhan dan keberanian Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22, turut membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang melihatnya termasuk Bernama yang berkesempatan melihat mereka meredah banjir, lewat petang semalam.

Motosikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70 itu bukan sahaja masih berfungsi apabila sudah tenggelam sepenuhnya di dalam air, malah mampu bergerak laju meskipun air sudah pun berada pada paras leher penunggang.

Ikram Shahidi berkata kreativiti itu bermula dengan perasaan ingin mencuba namun tidak menyangka ia membuahkan hasil dan lebih menarik, mereka hanya mengambil masa dua jam untuk melakukan pelbagai proses pengubahsuaian.

Bagi menyempurnakan misi meredah air, beliau mengubah suai botol plastik bagi menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor, hujung paip ekzos yang kesemuanya diletakkan dengan kedudukan lebih tinggi daripada motosikal biasa bagi membolehkan motosikal itu bergerak dalam paras air yang tinggi.

"Sebenarnya, tahun lepas saya dah cuba buat tapi tak berjaya kerana motor enjin mati dalam air. Namun, saya cuba lagi baru-baru ini dan hasil cantuman pelbagai idea kawan-kawan motosikal itu berjaya disiapkan dalam tempoh dua jam.

Kami dua beradik meronda sekitar kampung pada waktu petang kelmarin, namun tak sangka pula rakaman video yang diambil beberapa rakan itu menjadi tular dan ramai nyatakan kekaguman mereka dengan kreativiti kami," katanya ketika ditemui Bernama di bengkelnya dekat Kampung Banggol, lewat petang semalam.

Muhammad Zakaria yang sering digelar ‘Pok Ya’ pula berkata mereka melakukan perkara itu sekadar mengisi masa lapang untuk melepas lelah selepas penat bekerja sebagai mekanik, juga untuk digunakan mengambil hasil tangkapan ikan di kawasan banjir dan menangkap burung.

Kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi ia hanya hasil minat terhadap komponen motosikal sejak kecil dan pernah bekerja dengan mekanik lain selama beberapa tahun sebelum membuka bengkel kecil di kampung.

"Jika ada rezeki, teringin juga nak belajar secara formal sebab kami bercadang nak buat motosikal amfibia pula pada musim banjir akan datang. Boleh juga tolong bawa orang kampung ke kawasan selamat," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Sepadu Banggol, Khairul Afendi Ibrahim berkata kreativiti dua beradik tersebut sangat membanggakan penduduk kampung kerana secara tidak langsung nama Kampung Banggol mula dikenali menerusi video berkenaan.

Lihat video disini

Beliau mula memuat naik empat video klip pada pukul 6.35 petang Selasa dan tidak menyangka status itu tular di Facebook apabila menerima lebih 1,000 komen dan 23,000 perkongsian (setakat 8.30 pagi ini).

"Asalnya saya hanya suka-suka nak rakam kenangan kehebatan dua rakan kampung kami atas inovasi ini, tak sangka pula video itu tular dan sehingga kini saya masih menerima pesanan di Facebook Messenger dari merata tempat termasuk Thailand, Vietnam, Filipina, Laos dan Amerika Syarikat yang berminat dengan video tersebut.

Malah, saya terima beratus-ratus permintaan dari orang ramai yang ingin menjadi kenalan di Facebook sehinggakan tidak menang tangan melayan pelbagai pertanyaan mereka yang teruja," katanya.
- BERNAMA

Menteri Kereta Terbang patut malu dengan pemuda hebat ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://naimnikmat.blogspot.com/2019/12/tak-perlu-dana-20-juta-pemuda-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Kereta Terbang Tak Jalan Pemuda Cipta Motor 2 Alam Redah Banjir

Projek Kereta Terbang Tak Jalan Pemuda Cipta Motor 2 Alam Redah Banjir

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 497 hits
Musim tengkujuh kini melanda negeri negeri Pantai Timur sehingga menyebabkan banjir teruk terutamanya di Kelantan dan Terengganu 2 anak muda dari Kampung Banggol Setiu Terengganu menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta motosikal yang m...
Dana Tabung Harapan Malaysia Rm205 Juta Telah Digunakan Untuk Bayar Hutang 1mdb

Dana Tabung Harapan Malaysia Rm205 Juta Telah Digunakan Untuk Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 257 hits
Dana Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Guan Eng berkata kerajaan pada 28 November telah menggunakan keseluruhan dana THM...
Pemuda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Besut

Pemuda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Besut

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 426 hits
Oleh Saifullah Jusoh BESUT Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah turun padang membantu mangsa yang terlibat dengan musibah banjir di DUN Hulu Besut Ketuanya Ustaz Nasir Razak berkata antara bantuan disalurkan berbentuk makanan dan penyem...
Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Kepada Rm422 2 Juta Minggu Ini

Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Kepada Rm422 2 Juta Minggu Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 311 hits
Pelabur asing pada umumnya berada dalam mod belian bagi tempoh cukup lama iaitu dari Januari 2017 sehingga Mei 2018 tetapi mula menjual ekuiti tempatan secara konsisten sejak pilihan raya umum ke 14 Aliran keluar dana asing dari Bursa Malay...
Pdip Soal Gaji Stafsus Milenial Jokowi Rp51 Juta Kami Lihat Dedikasi Untuk Negara

Pdip Soal Gaji Stafsus Milenial Jokowi Rp51 Juta Kami Lihat Dedikasi Untuk Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 244 hits
Menurutnya staf khusus Presiden adalah mereka yang bersedia berdedikasi untuk menyampaikan hal hal terbaik bagi kemajuan bangsa dan tidak ada orientasi terkait berapa gaji yang diterimanya
Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 561 hits
Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Hamidah Khamis masing masing mempunyai 2 kad kredit KUALA LUMPUR Ahmad Zahid Hamidi membayar hampir RM1 3 juta bagi 4 kad kreditnya antara Januari 2014 dan Januari 2016 yang digunakannya termasuk untuk membe...
Pemuda Pas Kawasan Besut Gotong Royong Cuci Rumah Mangsa Banjir

Pemuda Pas Kawasan Besut Gotong Royong Cuci Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 256 hits
Oleh Saifullah JusohFoto Norekwan Mamat BESUT Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut hari ini bergotong royong mencuci rumah rumah mangsa banjir di DUN Hulu Besut Gotong royong ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut Hakim Zulfikri dan Ket...
Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 331 hits
Pada 28 November 2019oleh PENTADBIRKerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan lebih daripada 3 100 permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia yang bernilai RM597 juta setakat 31 Oktober 2019 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Men...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Filem Memoir Seorang Guru

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Stpm Ulangan Tarikh Stpm Ulangan 2024

Himpunan Resepi Ayam Goreng Tepung Mudah

Why Choose Private Hire In London A Traveler S Perspective

Malaysia Bersedih Kehilangan 10 Wira Negara