Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Kepada Rm422 2 Juta Minggu Ini



Pelabur asing pada umumnya berada dalam mod belian bagi tempoh cukup lama, iaitu dari Januari 2017 sehingga Mei 2018, tetapi mula menjual ekuiti tempatan secara konsisten sejak pilihan raya umum ke-14. (Bernama) – Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila nilainya mencecah hampir 3 kali ganda kepada RM422.2 juta bagi tempoh Isnin hingga Khamis pada minggu yang baru berakhir dengan isu perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China masih mempunyai pengaruh besar ke atas pasaran.
Pada Isnin hingga Khamis minggu sebelumnya aliran keluar dana asing mencatatkan nilai RM145.7 juta.
Ketua pakar ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang menjadi penanda aras pasaran, didagangkan kebanyakannya rendah pada minggu baru berakhir, seiring dengan prestasi bursa serantau.
“Isu berkaitan kemelut perdagangan AS-China kekal menjadi tumpuan pelabur. Tindakan presiden AS menandatangani Rang Undang-Undang Hong Kong menunjukkan prospek penyelesaian perdagangan yang cepat (antara AS dan China) boleh menghadapi halangan yang akan melambatkannya.
“Pertumbuhan global akan terjejas sekiranya rundingan perdagangan tidak mencatatkan sebarang perkembangan. Oleh itu, pelabur akan memantau rapat sama ada AS akan terus memberi tekanan dengan kenaikan tarif pada 15 Dis, 2019,” katanya.
Presiden AS Donald Trump menandatangani Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong menjadi satu undang-undang Rabu lepas bertujuan menyokong pergerakan prodemokrasi dengan Beijing mengancam “tindakan keras” ke atas langkah Washington tersebut.
Bagi minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin dan Selasa berikutan kekurangan pemangkin, namun ditutup tinggi pada Rabu setelah didorong momentum belian saham berwajaran tinggi terpilih susulan laporan rundingan untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan antara AS dan China kekal berada di landasan.
Bagaimanapun bursa tempatan susut semula pada Khamis dan Jumaat.
Sementara itu, ketua penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata, pelabur asing pada umumnya berada dalam mod belian bagi tempoh cukup lama, iaitu dari Januari 2017 sehingga Mei 2018, tetapi mula menjual ekuiti tempatan secara konsisten sejak pilihan raya umum ke-14.
“Saya merumuskan dari tempoh itu bahawa isu politik tempatan juga boleh menjejaskan sentimen tempatan,” katanya.
Menurut Pong, bursa tempatan juga menyaksikan jualan ketara pada Jumaat, dengan FBM KLCI merosot 22.03 mata atau 1.40% untuk ditutup pada 1,561.74, disebabkan terutamanya pengimbangan semula portfolio akhir bulan oleh dana asing yang akan mendorong aktiviti jualan besar-besar dalam pasaran.
Beliau berkata, pengimbangan semula itu dibuat secara bermusim oleh dana asing pada akhir bulan, iaitu sama ada mereka menjual atau membeli dalam jumlah yang besar.
Bagaimanapun langkah itu diharapkan tidak berterusan sehingga minggu depan, katanya.
Antara perkembangan bagi minggu yang baru berakhir, Pong menyoroti pengecualian Pentamaster Corp Bhd, antara saham teknologi terbesar di Bursa Malaysia, daripada senarai pematuhan syariah Suruhanjaya Sekuriti yang menjejaskan sentimen sektor tersebut.
Satu lagi syarikat bermodal besar, firma utiliti utama Tenaga Nasional Bhd, dikenakan cukai tambahan RM3.98 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun taksiran mulai 2015 hingga 2017 turut menyumbang kepada penurunan indeks barometer pasaran, katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/12/01/aliran-keluar-dana-asing-meningkat-hampir-3-kali-ganda-kepada-rm422-2-juta-minggu-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpj Keluar Lebih 1 Juta Saman Dalam Tempoh 10 Bulan

Jpj Keluar Lebih 1 Juta Saman Dalam Tempoh 10 Bulan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR 21 Nov Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan sebanyak 1 028 387 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya di seluruh negara bagi tempoh awal Januari sehingga Oktober lepas Tanpa mendedahkan butiran lanjut nilai saman Timbalan ...
Frozen 2 Kutip 350 Juta Dolar Pada Minggu Pertama

Frozen 2 Kutip 350 Juta Dolar Pada Minggu Pertama

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 701 hits
Filem terbaru Disney Frozen 2 berjaya mencatatkan kutipan yang cukup luar biasa pada minggu pertama tayangannya apabila berjaya meraih 350 juta dolar seluruh dunia Dari jumlah tersebut 127 juta dolar dikutip dari pasaran domestik Amerika Sy...
Tak Perlu Dana 20 Juta Pemuda Kampung Banggakan Negara Dengan Ciptaan Motor Mesra Banjir

Tak Perlu Dana 20 Juta Pemuda Kampung Banggakan Negara Dengan Ciptaan Motor Mesra Banjir

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 732 hits
Hebak anak muda kampong Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala Ia antara pujian oleh netizen dalam dialek Terengganu untuk menggambarkan kekaguman terhadap kreativiti dua anak muda Kampung Banggol Setiu hingga dua buah motosikal bukan ...
Modus Gembos Ban Pencuri Bobol Mobil Kades Bawa Kabur Rp 352 Juta Dana Desa

Modus Gembos Ban Pencuri Bobol Mobil Kades Bawa Kabur Rp 352 Juta Dana Desa

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 195 hits
Kapolsek Gunung Megang AKP Feryanto mengatakan pihaknya masih menyelidiki kasus ini untuk mengungkap pelakunya Korban mengalami kerugian sebesar Rp 352 juta yang merupakan dana desa
Hello Kitty Carrier Mcdonald S Habis Pembeli Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Hello Kitty Carrier Mcdonald S Habis Pembeli Jual Harga Berlipat Kali Ganda

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 436 hits
Peminat Hello Kitty di McDonalds Baru baru ini Hello Kitty Carrier ini telah habis dijual di setiap cawangan McDonald 8217 s di Singapura selama satu hari sahaja Dan sejak semalam 27 November ramai berpeluang untuk mendapatkan barang nbsp l...
Huawei Menawarkan Hampir Rm1 Juta Kepada Penggodam Yang Menemui Pintu Belakang Pada Peranti Android Mereka

Huawei Menawarkan Hampir Rm1 Juta Kepada Penggodam Yang Menemui Pintu Belakang Pada Peranti Android Mereka

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 276 hits
Antara komen yang kerap kami temui di artikel mengenai Huawei ialah syarikat dari China ini mempunyai pintu belakang untuk mengintip pengguna peranti Android mereka Ia juga menjadi antara alasan peranti Huawei diharamkan dari digunakan oleh...
Wisatawan Asing Oktober Capai 1 35 Juta Orang Turun Dibanding September 2019

Wisatawan Asing Oktober Capai 1 35 Juta Orang Turun Dibanding September 2019

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 203 hits
Badan Pusat Statistik mencatat jumlah kunjungan wisatawan mancanegara atau wisman ke Indonesia pada Oktober 2019 sebesar 1 35 juta mengalami kenaikan 4 86 persen dibanding jumlah kunjungan pada Oktober 2018 Sementara itu jika dibandingkan d...
Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 399 hits
Pada 28 November 2019oleh PENTADBIRKerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan lebih daripada 3 100 permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia yang bernilai RM597 juta setakat 31 Oktober 2019 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Men...
Dana Tabung Harapan Malaysia Rm205 Juta Telah Digunakan Untuk Bayar Hutang 1mdb

Dana Tabung Harapan Malaysia Rm205 Juta Telah Digunakan Untuk Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 305 hits
Dana Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Guan Eng berkata kerajaan pada 28 November telah menggunakan keseluruhan dana THM...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Make A Deposit For Slot Thailand Online Gambling On Trusted Site

Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni