Tak Payah La Jajaran Baru Bagai Latih Ahli Bagi Cerdik Dulu Noreh Ke Belum Hujan Nih Kat Ulu


 


Gempar !!! Mat Hasan dedah bakal ada jajaran baharu di Perak


November 18,  2021 Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan memberi isyarat awal jajaran baharu bakal terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bukan hanya terhad dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) sahaja.
Mohamad berkata BN sedia membuka pintu kerjasama dengan parti lain, berkemungkinan bersama Pakatan Harapan (PH) sekalipun sekiranya tidak mencukupi kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri baharu selepas PRN nanti.

Adakah jajaran baharu bakal terbentuk selepas PRN Melaka?
“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, UMNO tak boleh.
“Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya menurut laporan dalam wawancara dengan Bernama.
Senario itu mungkin berlaku sekiranya BN hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi sebelum ini, menurut Mohamad.
Isu jajaran baharu ini kali pertama dibangkitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.
“Kedinamikan politik pasti berlaku saya lihat…saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu kita lihat, selepas PRU15, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah Taala sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh pilihan raya adalah pada tahun 2023.
“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan lalu.
Untuk rekod, langkah sama sebelum melibatkan kerjasama BN dan PH juga sudah berlaku di Perak apabila pembangkang, PH bersetuju dalam rundingan perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and suppy agreement, CSA).
UMNO dan PH juga bekerjasama dalam menjatuhkan Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhir tahun lalu.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata langkah meletak calon muka baharu adalah satu pertaruhan yang besar bagi memastikan proses peremajaan parti tersebut dapat dilaksanakan.
“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.
“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada UMNO. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS… UMNO masih duduk dalam gua dia…tak boleh.
“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah UMNO yang nak saya bawa,” katanya.
Pada PRN Melaka kali ini, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/tak-payah-la-jajaran-baru-bagai-latih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Beza Ahli Politik Cerdik Dan Tidak Lokman Adam Tau La Crita Mamat Nih

Keh Keh Beza Ahli Politik Cerdik Dan Tidak Lokman Adam Tau La Crita Mamat Nih

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 202 hits
Kami bergaduh tidaklah sampai gulingkan rakan Howard sindir Peja November 14 2021 Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji Howard Lee berkata Ahmad Faizal Azumu juga gemar melaga lagakan terutama mencetuskan ketegangan antara ahli Exconya sen...
Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan

Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 360 hits
Jho Low orang di balik tabir 1MDB kata bekas pengarah November 17 2021 Jho Low hanya dinamakan sebagai penasihat Terengganu Investment Authority tetapi pelantikannya tidak didokumenkan selepas TIA menukar nama kepada 1MDB menurut Ismee Isma...
Hiburan Bagai Langit Dengan Bumi Mengaku Kalah Dengan Tokti Iqbal Akui Belum Cukup Kaya

Hiburan Bagai Langit Dengan Bumi Mengaku Kalah Dengan Tokti Iqbal Akui Belum Cukup Kaya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 211 hits
Usahawan yang namanya kerap disebut sebut sejak kebelakangan ini Ahmad Iqbal Zulkefli berkata bahawa tidak wajar untuk orang ramai membanding bandingkan kekayaan dirinya dengan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ARTIKEL BERK...
Perap Dulu Guna Pes 3 Bahan Ni Baru Sotong Bakar Rasa Kebih Sedap

Perap Dulu Guna Pes 3 Bahan Ni Baru Sotong Bakar Rasa Kebih Sedap

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 311 hits
Bagi penggemar menu Sotong Bakar resipi pes yang dikongsi dari saudari Rosmawati Mohammad ni antara yang terbaik untuk dicuba Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali Hanya menggunakan tiga baha...
Kat Sekolah Baru Semangat Pun Kena Mau Baru

Kat Sekolah Baru Semangat Pun Kena Mau Baru

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum Hari ni 6 April 2014 dah lama akak tak update blog Memang cam malas sikit dah sekarang Ape nak cerita yer Hari ni genap seminggu dah akak bertugas di sekolah baru Pertukaran ni pun agak mengejut Akak pun tak bersedia nak pin...
Reuni 212 Di Monas Belum Dapat Izin Polisi Ingatkan Bahaya Klaster Covid 19 Baru

Reuni 212 Di Monas Belum Dapat Izin Polisi Ingatkan Bahaya Klaster Covid 19 Baru

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 218 hits
Dedi mengaku kalau kepolisian terus melakukan komunikasi dengan panitia PA 212 Menurutnya harus ada surat pemberitahuan mengenai kegiatan reuni tersebut
Potret Nasib Para Nelayan Tidur Di Kapal Saat Hujan Berdempetan Bagai Ikan Pindang

Potret Nasib Para Nelayan Tidur Di Kapal Saat Hujan Berdempetan Bagai Ikan Pindang

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 183 hits
Tak banyak yang tahu seperti inilah potret kehidupan para nelayan saat sedang pergi melaut Tinggal dan tidur berdempetan di dalam kapan bahkan saat hujan lebat turun Simak ulasannya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp