Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan


 


Jho Low ‘orang di balik tabir’ 1MDB, kata bekas pengarah


Ho Kit Yen -November 17, 2021 Jho Low hanya dinamakan sebagai penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi pelantikannya tidak didokumenkan selepas TIA menukar nama kepada 1MDB, menurut Ismee Ismail.KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan rasuah 1MDB Najib Razak bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho adalah “orang di sebalik tabir” syarikat.
Ismee Ismail yang berkhidmat sebagai pengarah sejak 2009 hingga 2016, berkata beliau mula bertemu Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low ketika Terengganu mula menubuhkan Terengganu Investment Authority (TIA), pelopor kepada 1MDB.Katanya, beliau dipilih oleh Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pemandu TIA. Ahli lain ialah Low, Mohd Bakke Salleh, Azlan Mohd Zainol dan Abdul Aziz Mohd Akhir.
“TIA bertujuan menjadi dana kekayaan negeri Terengganu.
“Jawatankuasa pemandu mengadakan pertemuan beberapa kali untuk membincangkan perkara berkaitan penubuhan syarikat dan dana. Saya diberitahu bahawa TIA akan mendapat jaminan kerajaan untuk membiayai operasinya nanti,” katanya.
Ismee berkata Low memperkenalkan dirinya ketika menghadiri salah satu mesyuarat jawatankuasa pemandu itu.
“Saya tidak tahu mengapa beliau berada di sana dan saya beranggapan beliau adalah penasihat Tuanku.
“Bagaimanapun, ketika mesyuarat kami, saya sedar bahawa Jho Low berperanan sebagai penasihat kepada Datuk Seri (Najib) dan sering menggunakan panggilan ‘boss’ kepada Perdana Menteri itu,” katanya.
Katanya, Low hanya dinamakan sebagai penasihat TIA tetapi pelantikannya tidak didokumenkan selepas TIA menukar nama kepada 1MDB.
Ismee berkata, walaupun Low tidak mempunyai peranan rasmi dalam 1MDB tetapi ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu “masih memainkan peranan di sebalik tabir”.
“Kami (pengarah-pengarah 1MDB) selalu menerima emel daripada beliau. Emel ini adalah pelbagai cadangan untuk kami laksanakan.
“Saya tidak tahu atas kapasiti apa Jho Low menghantar emel ini. Apa yang kami tahu ialah beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Perdana Menteri dan kami tidak mengabaikan langsung cadangannya,” katanya.
Ismee berkata Low turut mengikuti Najib, beberapa pegawai kerajaan dan pihak 1MDB untuk melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi.
“Tujuan lawatan ini bagi pihak 1MDB adalah untuk melihat model masjid yang akan dibina di Malaysia menerusi usahasama dengan Aabar.
“Jho Low turut membantu kerajaan mendapatkan kuota tambahan haji sebanyak 10,000 bagi rakyat Malaysia,” katanya.
Pihak pendakwaan, dalam kenyataan pembukaan perbicaraan itu, berkata Low adalah “cerminan imej” Najib. Ia berkata “kata-kata dan tingkah laku bekas Perdana Menteri itu kepada pegawai 1MDB, ahli lembaga pengarah dan lain-lain jelas menunjukkan Jho Low adalah alter egonya”.
‘Najib menandatangani resolusi pemegang saham tidak bertarikh di hadapan pengarah’
Ismee turut memberitahu mahkamah bahawa beliau biasanya akan bertanyakan soalan sebelum menandatangani resolusi pengarah kerana ia melibatkan keputusan penting dalam pelaburan, pelantikan kakitangan dan urusan keselamatan negara.
“Saya sering bertanya (bekas Ketua Pegawai Eksekutif) Shahrol Azral Ibrahim Halmi atau (bekas Ketua Pegawai Kewangan) Azmi Tahir sama ada penilaian telah dibuat sebelum kami melaksanakan apa-apa keputusan. Kadangkala, saya bertanyakan perkara sama kepada pengarah yang lain.
“Resolusi kami akan dibawa kepada Datuk Seri (Najib) untuk kelulusannya kerana beliau adalah pemegang saham,” katanya.
Ismee berkata bagaimanapun, terdapat beberapa kali apabila Najib terlebih dahulu memberi kelulusan sebelum pengarah menandatangani resolusi itu.
“Walaupun perkara ini terbalik daripada proses sebenar, namun jika Datuk Seri telah tandatangan Resolusi Pemegang Saham Keutamaan Boleh Tebus Hak Istimewa tanpa meletakkan tarikh, kami (pengarah) hanya tandatangani tanpa mempersoalkannya,” katanya.
Najib berdepan 25 pertuduhan menyalahguna kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dipindahkan ke akaun AmBank antara February 2011 dan Disember 2014.
Pendengaran dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah akan bersambung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kahkahbosslu-dia-balun-duit-billion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tak Dapat Duit Dari Youtube I Tips Buat Orang Baru Nak Buat Channel Youtube

Boleh Tak Dapat Duit Dari Youtube I Tips Buat Orang Baru Nak Buat Channel Youtube

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 221 hits
Mulanya aku ingat nak tulis keperluan asas nak buat channel YouTube Tapi pikir pikir balik rasa tak payah lah Apa saja yang korang ada yang boleh rekod video dan suara gunakan dulu Upgrade sikit demi sedikit Oklah jom pergi kepada topik Kis...
Kah Kah Kah Apa Macam Pergi Noreh Atau Tidak Pagi Ini Cai Apa Khabar Anak Anak Macamana

Kah Kah Kah Apa Macam Pergi Noreh Atau Tidak Pagi Ini Cai Apa Khabar Anak Anak Macamana

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 226 hits
https wrlr blogspot com 2021 11 biar betul najibdapat rumah bernilai htmlBlog ini telah menyiarkan isu ini minggu lepas Mungkin masa itu ramai yang tidak menyangka lagi perkara ini benar atau tidak berita ini disiarkan pada 13 november lepa...
Apa Plak Ada Dakwaan Terpilih Hai Nak Peram Duit Bagi Bertelur Gamaknya Ya

Apa Plak Ada Dakwaan Terpilih Hai Nak Peram Duit Bagi Bertelur Gamaknya Ya

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 221 hits
Mengapa Zeti Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi soal Puad mengenai kes SRC November 24 Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa pada saat akhir Zeti dan bekas menteri kewangan Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakw...
Boleh Ke Kalau Kita Tak Nak Maafkan Orang

Boleh Ke Kalau Kita Tak Nak Maafkan Orang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 406 hits
Salahkah kita tak memaafkan orang lain dan menuntut keadilan di akhirat Baru baru ini penulis novel dan buku islamik Saudara Hilal Asyraf telah menjawab soalan salah seorang pengguna twitter iaitu Saudari Mira Beliau mulakan dengan mengisah...
Berapa Hari Lagi Nak Mengundi Mana Janji Boleh Kempen Di Tv

Berapa Hari Lagi Nak Mengundi Mana Janji Boleh Kempen Di Tv

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 298 hits
Janji Menteri kerajaan Perikatan Nasional untuk membenarkan calon calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berkempen di media rasmi kerajaan kerana kekangan berkempen secara tradisional akibat Prosedur Operasi Piawai terlalu ketat terus ditag...
Boleh Pulak Nak Puji Florida Isu Vksin Dan Pelitup Muka Sekali Ramai Pulak Warganet Tampil Bidas Kenyataan Lana Nodin

Boleh Pulak Nak Puji Florida Isu Vksin Dan Pelitup Muka Sekali Ramai Pulak Warganet Tampil Bidas Kenyataan Lana Nodin

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 260 hits
Pelakon kontroversi Lana Nodin sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila dia memuji negeri Florida di Amerika Syarikat kerana tidak lagi mengenakan peraturan memakai pelitup muka ketika keluar rumah
Kereta Togel Boleh Siap Dalam Seminggu Ke Dah Viral Mekanik Gelabah Nak Restore Semula Kereta Pelanggan

Kereta Togel Boleh Siap Dalam Seminggu Ke Dah Viral Mekanik Gelabah Nak Restore Semula Kereta Pelanggan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 398 hits
Susulan tular video luahan seorang gadis yang kecewa kereta miliknya Proton Wira gagal disiapkan dan lebih teruk lagi keretanya itu ditogelkan sehingga kelihatan seperti kereta buruk pihak bengkel terbabit telah tampil memberikan maklum bal...
Syed Saddiq Balun Menteri Agama Tunggu Pilihanraya Baru Nak Beradab

Syed Saddiq Balun Menteri Agama Tunggu Pilihanraya Baru Nak Beradab

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur sikap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad supaya tidak sombong dan menghormati wartawan serta menjawab soalan yang ditanya dengan baik Katanya tidak perlu men...
Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 303 hits
Jika ibu mahu berdiet tetapi masih mahu mengekalkan rasa sedap lauk pauk sama seperti yang dimakan bersama nasi Terung John ini boleh mama cuba Bukan roti john biasa tetapi roti digantikan dengan terung yang lebih berkhasiat dan sedap Nak b...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting