Tak Nak Letakkan Harapan Yang Tinggi Hamil 5 Bulan Feeya Iskandar Harap Ada Rezeki Dapat Anak Perempuan
Sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, kini penyampai radio Feeya Iskandar, 31, atau lebih dikenali sebagai Cik Piah mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Diam tak diam rupanya usia kandungan Feeya sudah pun berusia lima bulan. Katanya menerusi Astro Gempak dan instagram miliknya, dia tidak berniat merahsiakan berita gembira itu daripada umum namun dia lebih selesa untuk berkongsi sekiranya ada yang mengajukan tentang kehamilannya.
“Allah nak bagi rezeki kita terima. Alhamdulillah. Cikpiah baru nak sorok perut sampai 9 bulan” katanya berseloroh.
Dalam pada itu, katanya lagi, ia merupakan waktu yang cukup sesuai untuknya menimang anak ketiga kerana anak keduanya, Aryyan kini sudah pun berusia hampir tiga tahun. Jadi pastinya ia bukan masalah untuknya memperoleh zuriat ketika.
“Sebenarnya saya bukan sorok atau nak rahsiakan, tapi selagi tak ada orang yang bertanya… saya diam saja la.
“Anak kedua saya pun tahun hadapan dah tiga tahun… jadi, rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk anak yang ketiga pula.
“Saya sendiri pun tak merancang untuk hamil tapi anggap Allah berikan rezeki,” katanya berkongsi.
Idam Anak Perempuan
Berkongsi khabar gembira ini, Cik Piah turut mengakui dia menyimpan harapan untuk mendapat anak perempuan pula kali ini. Sudah punya dua orang cahaya mata lelaki, pastinya kelahiran puteri pula yang diharapkan Feeya dan suaminya. Namun kata Feeya, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.
“Sudah tentu harapan saya untuk dapat anak perempuan memandangkan kedua-dua anak saya lelaki. Tapi saya tak nak letakkan harapan yang tinggi dan tak suka nak berharap sangat.
“Bagi saya, tak kisah la jantina lelaki atau perempuan sebab yang paling penting bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat dan tiada masalah.
“Tapi kalau belum ada rezeki saya nak dapat anak perempuan, tak apa la… kita boleh mencuba lagi selepas ini,” katanya lagi.
View this post on Instagram
btol org kata diam diam ubi berisi.diam diam cikpiah ngandung lagi wakakakakakaka
pasti komen ni dihujani ucapan tahniah dan mesti ada yg komen. baby pkp lah tu.so?
allah nk bagi rezeki kita terima.alhamdulillah..tq @mstaronlineofficial cikpiah baru nk sorok perut sampai 9 bulan hik hik
A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on Oct 12, 2020 at 6:35pm PDT
Feeya mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015. Hasil ikatan perkahwinan ini, penyampai radio yang cukup disenangi ini kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan, 2.
Tahniah diucapkan pada Cik Piah. Semoga kehamilan ketiga ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.
The post “Tak Nak Letakkan Harapan Yang Tinggi” -Hamil 5 Bulan, Feeya Iskandar Harap Ada Rezeki Dapat Anak Perempuan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-nak-letakkan-harapan-yang-tinggi-hamil-5-bulan-feeya-iskandar-harap-ada-rezeki-dapat-anak-perempuan/