Rindu Nak Makan Apam Kampung


Rindu Nak Makan Apam Kampung. Siapa tak rindu, ya tak? Apam kampung atau apam "bodo" kita orang panggil, adalah apam yang guna yis, tepung gandum, gula putih + gula merah sikit. Kemudian kukus dan makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam. Itu je.. tapi kalau bonda saya buat berloyang-loyang.. tetap habis sekelip mata. Acaner tu?? Bukan main kita orang gila makan apam kampung hinggakan boleh bergaduh kalau apam habis. Hmm.. memang memori sangat. Sekarang ni boleh sekadar merindu je la saat-saat seperti itu. Yang penting ia memori indah yang boleh diceritakan pada anak-anak kita. Betul tak? Tapi.. bila sekarang ni beli apam kampung gitu, hanya saya dan En suami yang beriya makan, budak-budak bertuah 2 orang tu hanya tolong ikut ketawa je dengar cerita kami. Apa nak buat. Zaman dah berubah. Sekarang ni banyak betul apam yang dah dimodenkan. Macam-macam warna dan bentuk. Kalau dulu apam kampung kami gedabak keluar dari loyang, kemudian baru potong empat segi je.. 
Walau apa pun, apam kampung atau apam moden, sebenarnya asas nak buat apam pun sama. Ada tepung dengan yis. Tak ada dulu, mana ada sekarang. Kan?

Rindu Nak Makan Apam Kampung
Untuk melepas rindu makan apam kampung, saya pergi beli untuk sarapan. Kuih apam kampung di tempat kami ni ada yang jual RM1.00 untuk 3 ketul. Okay la, saiz pun sesedap nak makan dan kelapa parut dia pun ada rasa masin sikit. Barulah ngam!


Apam kampung yang saya beli, lembut simple dan ada kelapa parut yang lemak masin. Hmm.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah lorongkan hari ini. Rasa dia sama macam berpuluh tahun dulu saya makan dari air tangan bonda tercinta. 


Dalam sibuk beli apam kampung yang ku rindu, tetap kena beli juga donat gebu untuk di bujang kecil kat rumah ni. Walau dah cecah 13 tahun  tetap nak makan donat gebu dia. Sama macam si abang.. 


Dalam sekolah dicutikan ni, banyak stok makanan sarapan kita orang kena beli. Si kecil sorang kat rumah tu mudah lapar selepas tengok TV, main game atau pun main dengan kucing. Kalau tak, dia gasak makan biskut kering dengan teh "O" kegemaran dia. Hehe..

Bila nampak banyak makanan atas meja, muka ada senyum. Bila kita bahagiakan anak-anak, itu pun satu sedekah kasih sayang buat kita. Besar pahalanya ya membahagiakan orang lain. 
Jangan hidup penuh hasad dan dengki. Nanti susah nak bahagia. Okay👌👌Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2020/11/rindu-nak-makan-apam-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindunya Nak Makan Dodol Jom Buat Sendiri Dodol Cair Untuk Pelepas Rindu

Rindunya Nak Makan Dodol Jom Buat Sendiri Dodol Cair Untuk Pelepas Rindu

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 467 hits
Warga kota jangan risau Boleh je nak makan dodol Buat sendiri dodol cair Guna empat bahan sahaja Walau mungkin tak sama macam dodol yang dimasak atas api dapur kayu di kampung sekurangnya dapatlah kita rasa dodol homemade DODOL CAIR BAHAN B...
Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 442 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 423 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Kek Tornado Viral Paling Sempoi Buat Bekas Kecil Kecil Lagi Senang Nak Makan

Kek Tornado Viral Paling Sempoi Buat Bekas Kecil Kecil Lagi Senang Nak Makan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 605 hits
Rasa nak makan pencuci mulut manis manis ini antara salah satu pilihan yang boleh dibuat waktu hujung minggu Nampak je susah nak buat tapi sebenarnya taklah rumit Asalkan ada bahan bahan utama semuanya jadi mudah Bagi yang pertama kali nak ...
Apam Kampung Gebu Bersarang Begini Cara Buatnya

Apam Kampung Gebu Bersarang Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 297 hits
Apam Kampung memang punya ramai peminat Lebih lebih lagi kalau resipi yang dikongsi sangat mudah dan hasilnya begitu gebu Teruja Bagi anda yang tercari cari resipi Apam Kampung yang sedap gebu dan elok bersarang resipi perkongsian saudari N...
Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan Bukan Salah Mama Kenal Pasti Sebab Ni

Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan Bukan Salah Mama Kenal Pasti Sebab Ni

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 295 hits
Anak tak mahu makan sememangnya merunsingkan ibu bapa Lagi pula bila berat anak muka menurun disebabkan tidak cukup zat Walaupun anak minum susu seperti biasa tetapi dengan hanya minum susu tanpa sumber makanan lain kenaikan berat anak mula...
Resipi Unicorn Cheese Cake Viral Mewah Dengan Warna Warni Tak Sabar Nak Makan

Resipi Unicorn Cheese Cake Viral Mewah Dengan Warna Warni Tak Sabar Nak Makan

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 618 hits
Kek yang kini viral unicorn cheese cake Mana taknya meriah dengan warna warni Bukan hanya anak anak suka malahan orang dewasa juga Kek ini simple namun diolah dengan meletakkan cheese dan juga bahan hiasan maka rupanya jadi wow dan terserla...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi