Tak Mustahil Syahredzan Boleh Tarik Melayu Sokong Dap Kata Penganalisis


 
Penganalisis politik Bilcher Bala berkata Syahredzan Johan yang baru dilantik naib pengerusi DAP sedar cabaran dihadapi parti itu dalam menarik sokongan Melayu dan mempunyai keyakinan terhadap potensi perubahan.
PETALING JAYA: Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil Naib Pengerusi DAP baru dilantik, Syahredzan Johan yang komited terus menjadi “duta” parti itu boleh menarik lebih ramai orang Melayu menyokong DAP.
Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah berkata Syahredzan sedar cabaran dihadapi DAP dalam menarik sokongan Melayu dan mempunyai keyakinan terhadap potensi perubahan.
“Pemilihan Syahredzan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP menunjukkan parti ini semakin terbuka kepada kepelbagaian kaum.
“Dengan kata lain, ini isyarat positif kepada pengundi Melayu bahawa DAP parti pelbagai kaum yang menerima kepelbagaian,” katanya kepada FMT.
Semalam, Berita Harian melaporkan Syahredzan yang baru dilantik naib pengerusi DAP komited terus menjadi ‘duta’ parti itu untuk mendapatkan lebih banyak sokongan orang Melayu.
Ahad lalu, Syahredzan dan Young Syefura terpilih menganggotai CEC DAP, manakala empat lagi calon Melayu gagal mendapat tempat.
Pada pemilihan sebelum ini, Young Syefura satu-satunya wakil Melayu menang dalam pemilihan CEC DAP, manakala Syahredzan pula dilantik menganggotai CEC.
Bilcher berkata, duta DAP perlu mempunyai pemahaman mendalam terhadap isu dihadapi masyarakat Melayu, termasuk ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.
Katanya, kemampuan berkomunikasi dengan pengundi Melayu secara berkesan juga penting dan ini termasuk keupayaan menjelaskan dasar DAP serta bagaimana ia boleh memanfaatkan komuniti itu.
“Tambahan, duta perlu mempunyai kredibiliti dan mampu membina kepercayaan dalam kalangan pengundi Melayu. Ini boleh dicapai melalui rekod perkhidmatan baik dan komitmen terhadap kepentingan masyarakat Melayu.”
Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, komitmen Syahredzan untuk terus menjadi ‘duta’ DAP menunjukkan parti itu semakin terbuka dan tidak mustahil ia boleh meraih sokongan lebih ramai orang Melayu kelak.
“Jika lihat perkembangan DAP hari ini dengan pemilihan baru-baru ini, lebih banyak kumpulan progresif menang menunjukkan DAP lebih sedia menjadi parti lebih terbuka.
“Kesediaan Syahredzan menjadi duta DAP dialu-alukan kerana ada kemungkinan penyokong DAP bukan hanya dalam kalangan orang Cina, tetapi ada kaum lain seperti orang Melayu.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/tak-mustahil-syahredzan-boleh-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 134 hits
Adrian Lim Pindah Pengundi PAS Ke Selangor Saya SETUJU dengan cadangan PASAdrian LimOleh kerana DAP dikatakan musuh yg perlu ditumbangkan maka dicadangkan supaya PAS menghantar pengundi ke kawasan kawasan DAP Ini 10 kawasan DUN DAP yg harus...
Dap S Malay Champs Syahredzan Young Syefura Urged To Sue Detractors For Spewing Traitor Apostate Remarks

Dap S Malay Champs Syahredzan Young Syefura Urged To Sue Detractors For Spewing Traitor Apostate Remarks

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 102 hits
DECADES of demonising defaming and slandering DAP seems to have done its job Well for a certain segment of social media anyway With the recently concluded DAP s Central Executive Committee elections social media is awash with racist tirades...
Apa Yang Boleh Ditiru Daripada Dap

Apa Yang Boleh Ditiru Daripada Dap

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 176 hits
ULASAN Ng Kor Ming Gobind Signh Lim Guan Engdan Teressa Kok PARTI PARTI Melayu baik Umno Pas Keadilan dan Amanah wajar mengikut jejak langkah parti DAP dalam melakukan perubahan menyuntik semangat ke dalam parti mereka agar kelihatan subur ...
Hari Itu Dapat Rm830k Bagi Kepada Dap Kata Pembaca Kepada Usaha Pas Buka Tabung Milo

Hari Itu Dapat Rm830k Bagi Kepada Dap Kata Pembaca Kepada Usaha Pas Buka Tabung Milo

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 115 hits
HarapandailyMarch 15 2025Pemuda Pas kini mula menggerakkan tabung derma bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Menerusi poster dikongsikan parti itu menyasarkan bantuan orang ramai sebanyak RM50 000 Ia turut menyertakan akaun Ba...
Fuhhhh Dia Dah Berpeluk Dengan Dap 10 Tahun Dia Nak Kata Ke Dap

Fuhhhh Dia Dah Berpeluk Dengan Dap 10 Tahun Dia Nak Kata Ke Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 156 hits
Kami ViralPAS hari memang sudah jadi parti pengkhianat Mengkhianati perjuangan arwah TG Nik Aziz Semoga Allah mencucuri Rahmat Nya ke atas arwah
Mp Pembangkang Marah Bila Pmx Kata Gaji Dan Elaun Mp Boleh Cecah Rm30k Hingga Rm40k

Mp Pembangkang Marah Bila Pmx Kata Gaji Dan Elaun Mp Boleh Cecah Rm30k Hingga Rm40k

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 125 hits
Inilah masalahnya Ahli Parlimen sendiri tak tak tahu imbuhan yang mereka layak Secara purata mereka mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM26K sebulan Tetapi jika kehadiran di Parlimen penuh pada bulan terentu sebanyak 20 hari maka jumlah ...
2 Malays Elected To Cec Shows Dap Has Progressed Says Syahredzan

2 Malays Elected To Cec Shows Dap Has Progressed Says Syahredzan

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 134 hits
Bangi MP Syahredzan Johan and Bentong MP Young Syefura Othman are the two Malay members on DAP s central executive committee for the 2025 2028 term SHAH ALAM The election of two Malay leaders to DAP s central executive committee today shows...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilang Juga

Usm Dah Jadi Markas Pemikiran Sampah

5 Kesilapan Utama Owner Homestay Yang Sering Berlaku

Bila Dah Kahwin Mulut Jangan Puaka Suami Isteri Bergaduh Bila Suka Cakap Lepas

Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

Ini Kata A Kadir Jasin