Tak Mustahil Pn Menang 80 Undi



PETALING JAYA: Sasaran Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi 80% undi pada PRN akan datang mungkin realistik, kerana imej Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dicemari Umno, menurut seorang penganalisis politik.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, walaupun reputasi peribadi Anwar semakin bagus dalam kalangan pengundi Melayu, imejnya masih dicemarkan oleh rakan kongsi dalam gabungannya.
Umno menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar menerusi Barisan Nasional (BN).
“Anwar mempunyai karisma dan rekod prestasi yang menunjukkan integriti, tetapi perkara yang sama tidak boleh dikatakan bagi rakan kongsinya dalam kerajaan perpaduan, terutamanya Umno,” kata Fauzi kepada FMT.
Justeru, katanya, dakwaan pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu boleh memenangi sehingga 80% undi pada peringkat negeri, terutamanya undi orang Melayu, adalah realistik.
“Bukan tidak munasabah, tetapi PN perlu berhati-hati dengan usaha kerajaan untuk menambah baik kedudukannya, walaupun (kadarnya) sangat perlahan.
“(Usaha itu) tidak cukup pantas untuk membawa kesan pada PRN, tetapi perjuangan sebenar adalah PRU akan datang,” kata Fauzi.
Muhyiddin memetik kajian PN yang menunjukkan bahawa rakan-rakan kongsi dalam gabungan itu – Bersatu, PAS dan Gerakan – mendahului pesaing politik mereka dari segi populariti dan kepimpinan.
Ahli sains politik James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, keyakinan Muhyiddin tidak tersasar, mengambil kira prestasi PN sebelum ini di Kelantan dan Terengganu.
“Pada PRU15, mereka menyapu bersih (kerusi di) Kelantan dan Terengganu, pada dasarnya seluruh negeri, di peringkat Parlimen,” kata Chin kepada FMT.
“Jadi, jika gabungan itu boleh mengekalkan sasaran itu atau jumlah undi, (gabungan) itu patut tidak akan berdepan sebarang masalah.
“Kemenangan besar di Kelantan dan Terengganu (boleh dijangka).”
Bagaimanapun, katanya, peluang PN di Kedah dan Negeri Sembilan dijangka 50-50. Perkara itu masih terlalu awal, katanya, untuk dikatakan kerana kedua-dua pihak masih berkempen.
“Di Pulau Pinang dan Selangor, PN masih ketinggalan, disebabkan majoriti besar (PH). Saya sangat ragu-ragu PN boleh menawan negeri-negeri ini melainkan sesuatu berlaku semasa kempen,” katanya.
Kalimah ‘Allah’, Coldplay dan Proklamasi Orang Melayu
Chin berkata, pembangkang akan memainkan dua isu besar dalam kempen pilihan raya, iaitu kontroversi mengenai orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, dan kelulusan mengadakan konsert Coldplay.
“Kedua-dua isu ini mudah dimanipulasi kerana mereka hanya perlu mendakwa Islam dipinggirkan. Tidak perlu beri sebarang alasan, hanya salahkan kerajaan, iaitu PH dan Umno. Jadi ini sesuatu yang mudah untuk dilakukan,” katanya.
Fauzi juga berkata, Proklamasi Orang Melayu anjuran Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa impak yang besar pada Anwar kerana keabsahan bekas perdana menteri itu dalam kalangan orang Melayu telah terjejas - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/tak-mustahil-pn-menang-80-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undian Media Sosial Dap Tak Mampu Tarik Undi Melayu

Undian Media Sosial Dap Tak Mampu Tarik Undi Melayu

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 203 hits
UMNO kini sudah bekerjasama dengan DAP 126SharesRata rata pengguna di media sosial berpandangan DAP tidak mampu untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti itu lapor Sinar Harian Berdasarkan undian di laman Instagram akhbar itu yang diad...
Kalau Umno Tak Undi Dap Dap Tak Rugi Tapi Dap Tak Undi Umno Umno Banyak Rugi

Kalau Umno Tak Undi Dap Dap Tak Rugi Tapi Dap Tak Undi Umno Umno Banyak Rugi

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 317 hits
Secara umumnya UMNO dan DAP bertanding di kawasan yang berbeza serta tidak bertembung di tempat yang sama UMNO bertanding di kawasan luar bandar dan bermajoriti penduduk Melayu manakala DAP bertanding di kawasan bandar serta bermajoriti pen...
Tiada Siapa Berhak Arah Ahli Umno Undi Siapa

Tiada Siapa Berhak Arah Ahli Umno Undi Siapa

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 234 hits
bharian com myOleh Mei 21 2023 ISKANDAR PUTERI Ahli dan penyokong UMNO perlu diberi hak dan kebebasan mengundi mana mana calon pada Pilihan Raya Negeri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri Datuk Pandak Ahmad berkata mereka tidak bol...
Jika Onn Masih Hidup Pemimpin Umno Seru Undi Dap Dah Kena Tampar

Jika Onn Masih Hidup Pemimpin Umno Seru Undi Dap Dah Kena Tampar

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 260 hits
agendaily com23 05 2023Penganalisis politik dan pendakwah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Pengasas UMNO Allahyarham Datuk Onn Jaafar akan menampar muka pemimpin parti Melayu itu yang menyeru supaya akar umbinya mengundi DAP sekiranya beliau ma...
Nak Undi Tak Percaya Pukul Curi

Nak Undi Tak Percaya Pukul Curi

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 282 hits
Pendang nak ke Tg Rambutan Arau pula akan ke Tampoi Taki2 dah nak berhenti buat lagu Yang selebihnya akan pulang ke zoo SekumpulanYangTidakCerdikDiParlimen PM TAK ADA KALAH KELUAR DEWAN KALAU MENANG SEKALI PUN ITU BACUL KALAU MENANG LA
Prn Tiada Logo Dap Umno Atas Kertas Undi Kata Mat Maslan

Prn Tiada Logo Dap Umno Atas Kertas Undi Kata Mat Maslan

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 282 hits
agendaily com26 05 2023Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa ahli UMNO memangkah calon parti daripada kerajaan campuran pada PRN nanti Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan parti komponen dalam Pakatan Harapan Barisan Nas...
Teo Nie Ching Minta Ahli Penyokong Dap Undi Calon Umno Pada Prn Akan Datang

Teo Nie Ching Minta Ahli Penyokong Dap Undi Calon Umno Pada Prn Akan Datang

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 232 hits
KULAI Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching meminta ahli dan penyokong parti itu mengetepikan perbezaan dan memberi sokongan serta undi kepada calon UMNO yang juga parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Menyembuhkan Hfmd Cara Tradisional

Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi

Hafizh Syahrin Arrc 2025 Jdt Racing Team

Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Nahas Pesawat Air India Analisis Pilot Ini Raih Perhatian

Selamat Tinggal Whatsapp