Ph Tolak Cubaan Guling Ismail Sabri Dedah Mat Sabu


malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Oct 26, 2022 10:14 AM
Satu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru-baru ini, dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Tanpa menyebut nama, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh politik telah berjumpa dengannya dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, antara lain meminta sokongan mereka untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kalau Ismail Sabri tak mahu bubar Parlimen, (Yang di-Pertuan) Agong tidak mahu bubar parlimen makna perdana menteri baru akan dilantik. Takkanlah kita nak ikut Britain yang mana seorang perdana menteri ditukar dalam masa 44 hari.

“Dasar Ismail Sabri belum lagi berjalan nak datang perdana menteri baru pula... (Orang) yang nak jadi perdana menteri jumpa kita berkali-kali.

“Mat tolonglah sokong kami kali ini. Saya nak jadi PM, katanya dan jumpa Anwar Ibrahim dan sebagainya,” katanya pada majlis jelajah mega PH di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
Namun, katanya, PH menolak permintaan itu.

“Kita kata enough is enough. Tak apa la kamu bubar, kita berdepan pilihan raya.

“Banjir pun nak buat macam mana kalau banjir. Kalau banjir kita berenang ke tempat mengundi. Sebab kalau berlaku banjir itulah kehendak (Presiden Umno) Zahid Hamidi,” katanya.

Dia menambah BN akan menggunakan jentera kerajaan mengangkut penyokong-penyokong mereka ke pusat pengundian semasa banjir.

Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Okt lalu, selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut spekulasi, naib presiden Umno itu menerima tekanan hebat daripada partinya, khususnya daripada Zahid, untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Ini di sebalik penentangan daripada parti pembangkang yang berpendapat bahawa pilihan raya umum perlu diadakan selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang.
Bagaimanapun, Umno dan Ismail Sabri turut menyalahkan 12 menteri kabinet daripada Perikatan Nasional yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana membantah pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri berhujah bahawa kedudukannya menjadi tidak dapat dipertahankan selepas 12 menteri PAS dan Bersatu itu membelakanginya.

Dalam ucapannya, Mat Sabu mendakwa tindakan 12 menteri PN itu sebagai “biadap” kerana menarik balik sokongan kepada Ismail Sabri.

“Sekarang ketua eksekutif ialah Ismail Sabri yang hantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, tiba-tiba 12 menteri kabinet hantar surat, mereka biadap terhadap PM mereka.

“Pengkhianat ini dia khianat kita, dia khianat PM (Ismail Sabri). Sebab itu pengkhianat ini jangan kita percaya. Sekali dia khianat dia akan khianat terus.

“Kita dia khianat, Muhyiddin Yassin, Azmin (Ali)... dia juga khianat Ismail Sabri. Mana boleh (hantar) dua surat kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong. Ertinya 12 menteri kabinet termasuk daripada PAS tiga menteri buat undi tidak percaya kepada Ismail Sabri,” kata Mat Sabu.

Untuk rekod, Amanah adalah parti serpihan PAS dan Mat Sabu pernah menjadi timbalan presiden parti itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ph-tolak-cubaan-guling-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 146 hits
Satu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru baru ini dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu Tanpa menyebut nama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh poli...
Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 227 hits
Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan Katanya ...
Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 225 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak cadangan dibuat Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim agar calon calon perdana menteri dipertemukan dalam sesi perdebatan Bagi Ismail Sabri amalan berdebat untuk calo...
Dr M Why Didn T Ismail Sabri Resign Like Muhyiddin

Dr M Why Didn T Ismail Sabri Resign Like Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 154 hits
There was no reason for Parliament to be dissolved simply because caretaker Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has lost his majority support former premier Tun Dr Mahathir Mohamad said In his latest social media posting the Langk...
Apakah Orang Politik Percaya Ismail Sabri

Apakah Orang Politik Percaya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 172 hits
BOLEHKAH kenyataan pecat Menteri hanya gurauan BERSATU tentu ada pengalaman yang serik Siapa dari mereka yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan Orang politik UMNO sendiri tentu lebih masak dengan Ismail Sabri...
Zahid Cakap Lain Ismail Sabri Kata Lain Tapi Nak Salahkan Pak Lebai

Zahid Cakap Lain Ismail Sabri Kata Lain Tapi Nak Salahkan Pak Lebai

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 227 hits
agendaily com20 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata Barisan Nasional akan mengutamakan kemenangan pada...
Menteri Sangkal Dakwaan Ismail Sabri Kata Kabinet Bincang Bubar Parlimen

Menteri Sangkal Dakwaan Ismail Sabri Kata Kabinet Bincang Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 244 hits
agendaily com10 10 2022Dakwaan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan isu pembubaran Parlimen dibincang dalam Kabinet disangkal seorang Menteri dalam kerajaannya dengan menyifatkan ia tidak tepat sama sekali I...
Saya Patut Pecat 12 Menteri Pn Tetapi Tidak Sebab Saya Baik Lemah Lembut Ismail Sabri

Saya Patut Pecat 12 Menteri Pn Tetapi Tidak Sebab Saya Baik Lemah Lembut Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 214 hits
Foto The VibesPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di 3 000 pemimpin dan ahli Barisan Nasional di Majlis Solidatiti Kestabilan dan Kemakmuran Negeri Perak di Bagan Datuk semalam berkata dia sepatutnya memecat 12 menteri kabine...
Budget 2023 Will Be Presented Again Before Year End Ismail Sabri

Budget 2023 Will Be Presented Again Before Year End Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 173 hits
Budget 2023 will be presented again before the end of this year caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob said He pointed out that it must be debated and approved in the Dewan Rakyat so that the essence of the federal budget can be imple...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza