Tak Mudah Membuat Linda Beauties E Commerce
Nampaknya sudah 3 bulan berlalu semenjak awal bulan July admin membuat laman web e-commerce. Satu usaha yang tidak mudah dan memerlukan pengorbanan masa yang cukup tinggi untuk mengejar masa dan juga mempelajari sesuatu yang baru.
Bidang e-commerce mula-mula dengar memang cukup best iaitu perniagaan pasif yang menjana kewangan dengan hanya duduk didepan komputer sahaja. Kita hanya uruskan jualan dan barang dihantar oleh pihak kilng . Wow!! hanya perlu sebuah laman web dan selesai semuanya.
Kalau tak mahu laman web guna sahaja pihak ketiga seperti Shopee atau Lazada. Dan semua produk boleh integrasi dengan Shopee/Lazada dengan hanya skill sahaja.
Admin memulakan perjalanan dengan menggunakan laman web e-commerce LINDA BEAUTIES yang memakan kos sebanyak RM1600-RM2000 setahun untuk kos pendaftaran tahunan. Ini termasuk beberapa plugin atau apps yang diperlukan untuk memudahkan e-commerce kita nanti. Banyakkan untuk kos pembinaan laman web yang baik.
Sebenarnya kos ini adalah kecil kerana ia amelibatkan penggunaan plan wordpress dan dropshipping plugin. Belum termasuk templates e-comeerce, brainstorm design e-commerce kamu. Belum masuk set up pendaftaran gateaway payment dan pelabagai lagi. Admin bernasib baik kerana mempunyai pengetahuan tentang laman web ini atas penaglama admin selama 10 tahun berblogging. Kalau admin upah designer berapa rasanya kos tersebut?
Perjalanan permbinaan e-comerce ini cukup payah dari manual masukkan produk ke kedai hingga jumpa produk intergrasi dengan dropshipping yang lain. Banyak kesalahan yang admin lakukan hingga terpaksa diulang-ulang pembetulan.
Admin tiada pengalaman dalam pembinaan e-commerce menggunakan platform wordpress sudah tentu admin kena belajar. Masuk kelas dengan SEO WORDPRESS Neil Patel serta melakukan analisis dengan menonton beratus jam di You Tube. Luangkan masa 3-4 jam sehari di PC untuk siapkan e-commerce ini.
Admin mengambil masa 2 bulan menyiapkan laman web ini dan akhirnya siap seperti yang admin mahukan serta mendapat approval dari CEO admin iaitu isteriku..hahahahaa
Masalah utama dengan laman web baru ini ialah proses matangnya, ia akan mengambil masa dari 3 hingga 6 bulan untuk matang di dalam engin carian supaya pengguna mudah mencari laman web anda ketika membuat carian. Dan untuk mendapatkan kematangan ini, ia mempunyai syarat yang ketat.
Syarat yang paling ketat ialah konten atau "content" dimana admin kena membuat post atau artikel setiap hari minimum 3 post untuk memastikan enjin carian bergerak dengan cepat ke laman web e-commerce admin. Ini adalah kerja yang berterusan yang tiada penghujungnya. Wajib kena buat dan hasilnya selepas 6 bulan.
Belum lagi maintenance website setiap minggu yang harus admin luangkan masa 4- 5 jam minimum untuk pastikan SEO admin atas 80%. Admin kena pastikan laman web admin mesra SEO supaya berada dalam carian enjin Google khususnya.
Bermaksud selama 6 bulan pertama jangan haraplah ada carian kat laman web kau. Itu pun nasib kalau kau maintain content dengan baik dan ikuti SEO dengan baik.
Lalu apa anda kena buat. Mahu tak mahu kena buat pengiklanan 20 produk terbaik samada di FB ads atau Google ads yang memerlukan kos. Kalau iklan menjadi maka baguslah, kalau tak menjadi maka kena buat lagi ler..
Katakan kos paling untuk iklan sebulan RM500, itu paling minimum kalau anda monitor dengan baik prestasi iklan anda dan tutup iklan yang tak berjalan. Ada caranya bagaimana nak buat iklan, itu pun kena belajar juga. Dan setakat ini admin tidak bernasib baik dalam buat iklan..hehehehe.
Buat masa sekarang admin kena study produk yang terbaik dan murah dan masih lagi dalam proses. Ini tugas yang masih yang masih belum selesai.
Dengan sebuah laman web e-commerce tidak menjamin kekuatan e-commerce anda. Mahu tak mahu kena daftar dengan Shopee dan admin telah selesai dengan masukkan produk ke Shopee. Admin tak mahu cerita masa yang admin gunakan...hehehe
Kini tinggal Lazada, Lelong dan beberapa laman web yang lain admin tengah usahakan. Semua laman yang admin masukkan ialah admin nak brandingkan LINDA BEAUTIES ini. Barnding penting untuk sesebuah syarikat agar dipercayai oleh pembeli kan.
Banyak lagi usaha yang admin kena buat. Buat masa sekarang tak terburu-buru kejar sales sebab kena kuatkan jenama dulu. Tak guna kalau buat sales kalau branding atau penjenamaan orang ramai tidak percaya.
Belum lagi usaha promosi dalam laman sosial FB pages atau Instagram atau You Tube yang memerlukan disiplin. Maka mudah tak buat perniagaan on line ini ?
YOU TUBE LINDA BEAUTIES
GOOGLE MY BUSINESS
FACEBOOK PAGES KAMI
INSTAGRAM LINDA BEAUTIES
WEBSITE KAMI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2020/08/tak-mudah-membuat-linda-beauties-e.html