Laluan Mudah Kepada Bn


SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos ini disifatkan sebagai perebutan kerusi yang sangat menarik untuk diperhatikan.
PRK itu menjadi tumpuan kerana ia melibatkan penyertaan daripada calon kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, walaupun pengaruh Dr Mahathir dicanang mampu memberi saingan sengit kepada calon UMNO yang bertanding atas tiket BN, namun keyakinan itu dilihat sukar menewaskan calon UMNO-BN.
Menurutnya, dalam sejarah politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak sampai 10 calon Bebas menang dalam pilihan raya kerana mereka bukan sahaja tiada parti bahkan tidak mempunyai agenda, kekuatan dan jentera.
“Meskipun dibayangi Dr Mahathir, parti itu belum diluluskan. Sekiranya parti yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu diluluskan, masa yang panjang diperlukan untuk membentuk jentera, kekuatan parti dan asas parti di peringkat akar umbi.
“Bukan mudah untuk parti baharu membina keyakinan rakyat dan mendapat kemenangan dalam pilihan raya yang diumpamakan seperti Rome was not build in a day,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.
Mohammad Tawfik daripada Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya turut melahirkan keyakinan bahawa calon Bebas proksi Dr Mahathir itu bakal berdepan kekalahan teruk kerana mood rakyat dan pengundi masih bersama parti kerajaan.
Pertembungan tiga penjuru PRK Slim melibatkan BN mempertaruhkan calon anak tempatan Slim, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
Seorang peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang bertanding atas tiket Bebas menggunakan simbol pokok mewakili kem Dr Mahathir, manakala seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 42, menggunakan simbol buku.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, pertembungan tiga penjuru pada PRK Slim mengulangi situasi PRK Chini.
Katanya, walaupun Amir Khusyairi bertanding sebagai calon Bebas tetapi beliau secara de facto mewakili parti baharu serpihan Bersatu iaitu Pejuang berbanding pada PRK Chini, calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin bertindak sebagai proksi dan mendapat restu daripada Dr Mahathir.
“Di atas kertas, BN dilihat tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi DUN Slim kerana beberapa faktor antaranya calon muda dan berpendidikan, jentera akar umbi BN serta keupayaan menggembleng sumber-sumber yang ada semasa berkempen serta keadaan semasa yang dilihat sangat memihak kepada BN.
“Sepertimana di Chini, dua perkara yang ingin dilihat adalah majoriti yang diperoleh BN kali ini dan mampukah PRK Slim mencatatkan peratusan keluar mengundi yang baik,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, calon BN tidak berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kerusi di PRK Slim berdasarkan prestasi pada PRU13.
Beliau berkata, selain kawasan itu merupakan kubu kuat UMNO-BN, gabungan Pas dan Bersatu dalam Muafakat Nasional yang membentuk kerajaan PN dilihat memudahkan sokongan kepada calon BN.
“Jika kita gabungkan prestasi parti-parti yang bertanding pada PRU13 terutamanya dalam kalangan pengundi tegar BN dan Pas, maka tidak mustahil kita melihat sekurang-kurangnya seramai 12,000 pengundi menyokong calon BN,” katanya.
SH
The post Laluan mudah kepada BN appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/16/laluan-mudah-kepada-bn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begedil Daging Guna Daging Korban Lebih Lembut Baby Pun Senang Kunyah Ini Resipi Mudah

Begedil Daging Guna Daging Korban Lebih Lembut Baby Pun Senang Kunyah Ini Resipi Mudah

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 393 hits
Hari raya Aidiladha baru je berlalu pasti ramai yang dapat daging korban kan Jadi kalau mama mama semua tak tahu nak masak apa dengan daging korban tu apa kata buatkan untuk si manja menu begedil daging Tapi bagi anak mama mama yang kurang ...
Makanan Jejari Berasaskan Ikan Kaya Dha Untuk Anak Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

Makanan Jejari Berasaskan Ikan Kaya Dha Untuk Anak Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 561 hits
Makanan jejari sering dihidangkan sebagai snek untuk si manja Kalau selalu menggunakan ayam sebagai sumber protein kali ini ibu ini menggunakan isi ikan pula Amat baik kerana kaya DHA DHA atau docosahexaenoic acid yang banyak terkandung di ...
Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga

Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 552 hits
Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga Sementara hujung minggu ni tak tahu nak masak apa Cikza pasti ramai yang masih tercari cari menu yang sesuai untuk dijamu bersama keluarga Tapi Menu yang Cikza nak kongsikan ...
6 Aneka Sup Terbaik Yang Mudah Disediakan Menjadi Pilihan

6 Aneka Sup Terbaik Yang Mudah Disediakan Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 404 hits
6 Aneka Sup Terbaik Yang Mudah Disediakan Menjadi Pilihan Assalammualaikum dan Salam sejahtera Pasti ramai yang tiada idea nak buat apa di hujung minggu bersama keluarga Apa kata cuba perkongsian Cikza resepi sup yang mudah dan senang Resip...
Resepi Mudah Ayam Panggang Kenny Rogers

Resepi Mudah Ayam Panggang Kenny Rogers

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 394 hits
RESEPI MUDAH AYAM PANGGANG KENNY ROGERS Dekat rumah Cikza untuk sekarang memang suami hanya jamah nasi sehari sekali sahaja Sebagai isteri Cikza sedang cuba untuk mencari alternatif makanan sihat untuk suami Maklumlah selepas di sahkan berp...
Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada Akaun Ewallet Anda

Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada Akaun Ewallet Anda

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 2075 hits
Jika anda ada duit di dalam akaun eWallet anda boleh keluarkan duit tersebut dalam bentuk cash Nak tahu boleh ikuti langkah mudah ini cara keluarkan duit cash daripada akaun eWallet Sekarang rasanya semua aplikasi eWallet tidak menyediakan ...
Soulofjohor Jangan Mudah Terpedaya Remaja Rugi Hampir Rm300 Ribu Ditipu Love Scam

Soulofjohor Jangan Mudah Terpedaya Remaja Rugi Hampir Rm300 Ribu Ditipu Love Scam

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 295 hits
KUANTAN Remaja lelaki 14 tahun diperdaya seorang gadis yang dikenalinya dalam laman Facebook sehingga sanggup menyerahkan RM295 950 menerusi 21 transaksi pindahan wang antara 2 Mei hingga 20 Jun lalu Remaja itu yang dipercayai diperdaya sin...
Cara Terbaik Untuk Basuh Bekas Plastik Berminyak Dengan Berkesan Mudah Dan Pantas

Cara Terbaik Untuk Basuh Bekas Plastik Berminyak Dengan Berkesan Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 437 hits
Lihat sahaja bekas plastik berminyak di dalam sinki mula buatkan ramai yang mengeluh Membayangkan betapa susahnya untuk menghilangkan segala kekotoran terutama minyak pastinya memeningkan kepala Kotoran minyak pada bekas plastik bukan sahaj...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My