Tak Minta Lebih Cuma Susu Diapers Kisah Abang Grab Buat Hati Anzalna Tersentuh


“Tak minta lebih, cuma susu dan diapers.” Ayat yang ringkas ini cukup membuatkan hati pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir tersentuh.
Di sebalik kerja keras menghantar makanan, terselit kisah pilu pengorbanan seorang ayah yang hanya mahu memastikan anak-anaknya cukup keperluan harian.
Kisah ini tular di media sosial minggu lalu apabila seorang penghantar makanan dikenali sebagai Abang Grab terpaksa menukar lampin anak di atas motosikal. Situasi itu bukan sahaja mengundang simpati ramai, malah mencerminkan betapa beratnya tanggungjawab seorang ayah dalam keadaan serba kekurangan.

Ziarah Anzalna: Buka Mata Tentang Erti Pengorbanan Tersentuh dengan kisah tersebut, Anzalna mengambil inisiatif menziarahi sendiri keluarga abang Grab untuk mengetahui keadaan sebenar. Lawatan itu membuka matanya tentang betapa tabahnya lelaki ini menyara keluarga yang memerlukan perhatian istimewa.
“Bila tanya apa keperluan mereka sekarang, abang tu cuma minta diapers jenama Drypers dan susu Dutch Lady untuk anak-anak. Itu sahaja. Hati saya betul-betul tersentuh,” kata Anzalna.
Menurutnya, keluarga ini hidup sederhana di sebuah rumah kecil bersama anak-anak yang masih kecil termasuk seorang bayi berusia dua bulan. Lebih menyentuh perasaan, isterinya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu penjagaan rapi setiap hari.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

“Saya Langsung Tak Kisah Keadaan Rumah…” Walaupun pasangan itu malu untuk menjemput Anzalna masuk ke rumah kerana keadaannya tidak begitu terurus, Anzalna tetap menghargai kesederhanaan dan semangat mereka.
“Dia dan isteri sangat peramah. Mereka malu nak ajak saya masuk rumah, tapi saya langsung tak kisah. Bila tengok keadaan mereka, siapa kita nak menilai?”
Sebagai seorang ibu kepada dua anak, Anzalna akui dia dapat membayangkan betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul abang Grab dalam menjaga anak-anak dan isteri, sambil bekerja keras mencari rezeki.
Masih Ramai Perlukan Bantuan Walaupun kisahnya telah menjadi viral, bantuan yang diterima oleh keluarga ini sangat terhad. Justeru, finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu berharap perkongsiannya dapat membuka hati lebih ramai pihak untuk tampil menghulurkan bantuan.
“Mereka betul-betul perlukan sokongan. Tak perlu banyak, sekecil mana pun bantuan, asalkan ikhlas, sangat besar maknanya.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudah memberi bantuan dan menitipkan doa agar Allah membalas kebaikan semua pihak yang membantu keluarga ini.
Majalah Pa&Ma sentiasa dekat dengan kisah keibubapaan, dan menyokong usaha membantu ibu bapa yang berdepan cabaran membesarkan anak-anak dalam serba kekurangan. Kisah ini bukan sekadar tentang susahnya hidup, tetapi tentang besarnya kasih seorang ayah dan sabarnya seorang ibu yang tidak pernah mengalah.
Moga rezeki Anzalna semakin melimpah ruah asbab prihatin dan sudi meringankan beban keluarga tersebut.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-minta-lebih-cuma-susu-diapers-kisah-abang-grab-buat-hati-anzalna-tersentuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dekat Jauh Hati Yang Lebih Mengerti

Dekat Jauh Hati Yang Lebih Mengerti

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 153 hits
Monolog Jiwa Dekat Jauh Hati Yang Lebih Mengerti 25 Julai 2025 Label Monolog Jiwa Catatan Kehidupan Reflektif Ada waktunya kita keliru siapa yang benar benar hadir dan siapa yang sekadar wujud Kadang dekat tidak membawa rasa tenang dan yang...
Susu Badan Atau Formula Tak Kisah Nina Ismail Sabri Minta Ibu Jangan Tertekan

Susu Badan Atau Formula Tak Kisah Nina Ismail Sabri Minta Ibu Jangan Tertekan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 175 hits
Jaga diri sendiri dulu baru boleh jaga bayi dengan baik Itulah nasihat jujur dan penuh kasih sayang yang dikongsikan oleh selebriti dan ibu kepada dua cahaya mata Nina Ismail Sabri buat semua mama yang sedang melalui fasa berpantang dan men...
Pga Rampas Susu Getah Jentera Lebih Rm700 000

Pga Rampas Susu Getah Jentera Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 295 hits
Lima lelaki turut ditahan dalam serbuan di Taiping Proses pemindahan susu getah dilakukan suspek dengan menggunakan hos paip masuk ke tangki berkapasiti 1 000kg IPOH Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta merampas susu getah 35 400kg serta pelbagai j...
Saya Bukan Pukul Untuk Dera Ibu Anna Jobling Luah Isi Hati

Saya Bukan Pukul Untuk Dera Ibu Anna Jobling Luah Isi Hati

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 412 hits
Setiap ibu pasti mahu melihat anaknya membesar menjadi insan yang baik beradab dan sentiasa menghargai pengorbanan keluarga Namun tidak semua perjalanan keibubapaan berjalan lancar Begitulah yang diluahkan oleh Ariz Arop ibu kepada pelakon ...
Nadhif Basamalah Bergema Di Kuala Lumpur Menjaga Hati Asia Tour 2025

Nadhif Basamalah Bergema Di Kuala Lumpur Menjaga Hati Asia Tour 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 2744 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPenjaga Hati anda Nadhif Basamalah bakal singgah di Kuala Lumpur pada 11 September 2025 bersempena dengan Nadhif Basamalah Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur Ya Anda tidak salah dengar dan ti...
Hiburan Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di Klia

Hiburan Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di Klia

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 1069 hits
Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam berlaku kira kira pukul 7 40 malam ketika empat individu warga China termasuk seor...
Didie Shazry Peganglah Hati Chord

Didie Shazry Peganglah Hati Chord

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 381 hits
G D F Bm C m D E A Dsus2 Dedup jantungku terhenti E A Saat kau tatap mata ini C m F m Bm E Semakin laju semakin aku malu A D Redup padangan yang terkunci E A Biarkan sedih mu ku sambut C F m G E Agar jiwamu bisa kembali bercahaya A Pegangla...
Menjaga Emosi Sendiri Catatan Dari Hati

Menjaga Emosi Sendiri Catatan Dari Hati

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1367 hits
Ada masa aku penat Penat bukan pada jasad tapi pada hati Penat kerana terlalu banyak yang aku simpan terlalu banyak yang aku telan Aku belajar menjadi kuat walaupun di dalam hati ini ada ribut yang tak berhenti Aku selalu cuba jadi orang ya...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Jangan Fitnah Walaun Hati Hati Tentang Maklumat

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Masak Kicap Berempah

Networking Is A Lifeline For Startups

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3d Dari Skrin Telefon Pintar

Warga Emas Dicekup Menyelinap Ke Rumah Janda Muda Ketika Isteri Sudah Tidur

How To Take Great Food Photos With Your Phone