Tak Menyesal Masuk Malaysia Heritage Studios Melaka Amazing


Destinasi terakhir di Melaka kami akhiri dengan jelajah di Malaysia Heritage Studios Melaka selepas jelajah The Shore Ocenarium. Malaysia Heritage Studios Melaka adalah tapak Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park yang dulu dikenali ramai. 
Malaysia Heritage Studios Melaka ni kira penjenamaan semula, nafas baru Mini Malaysia lah kiranya kan. Malaysia Heritage Studios baru dibuka kepada pengunjung sejak Disember 2022. Masih baru lagi dan baru-baru ni Malaysia Heritage Studios viral di media sosial kerana tempatnya yang sangat cantik dan menarik

Lalu kami pun tertariklah untuk berkunjung ke Malaysia Heritage Studios. Tak nak lepaskan peluang alang-alang dah sampai kan

Tapi sampai-sampai je dah rasa kecewa. Nampak globe Malaysia Heritage Studios ni under maintainance. So kita ambil gambar globe lah dulu dengan harapan balik nanti dorang dah siap buat kerja.


Cantiknya pintu gerbang Malaysia Heritage Studios Melaka  seperti senia bina Istana melayu lama. Sebelah kiri dari pintu masuk, kaunter tiket. Boleh beli tiket di kaunter tiket atau beli secara online. Bayar tunai atau guna kad

Harga tiket Malaysia Heritage StudioDewasa : RM45 seorang
Kanak-kanak : RM35 seorang
Warga emas : RM35 seorang
OKU : RM30 seorang

Non-Malaysians/ Bukan warganegara
Dewasa : RM72 seorang
Kanak-kanak : RM56 seorang
Warga emas : RM56 seorang
Masa beli tiket, staff bagitahu siap-siap boleh masuk hanya beberapa rumah je sebab rumah-rumah yang tak boleh masuk tu under maintainance dan renovation. Tak syok pula kalau dah sampai tapi tak masuk kan. Bukan selalu kita nak datang sini. Nak tak nak kita redah masuk je lah. Lain kali dah siap kita pergi lagi. Ada alasanlah kita nak datang Melaka. Bukan begitu


Seni bina seperti istana Melayu lama nampak macam ala Disney pun ada


Pintu masuk sebelah kanan dan pintu keluar sebelah kiri

Selepas masuk, akan melalui Studio gambar disebalik dinding bercorak batik tu. Tempat wajib bergambar. Ada 3 ruangan bergambar yang ada patung lilin Angelina Jolie, Brad Pitt dan Mr. Bean. 
Kami ambil gambar bersama patung lilin Angelina Jolie. Gambar yang dah siap dicetak akan dijual di sourvenir shop masa keluar nanti. Terpulang nak beli atau tidak kata Staff yang bertugas

Keluar dari Studio bergambar bersama patung lilin, terus nampak Malaysia Heritage Studios Sign ni. Ambil gambar lah sekejap. 

Sebelum tu, staff kata sekarang tengah ada show berlansung di penetas Teja, Jadi dia advise kami suruh pergi ke pentas dulu melihat persembahan yang ada.

Ada tarian dan juga permainan bersama penonton. Seronok juga layan persempahan mereka. Walaupun tak ramai penonton tapi mereka tetap memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan penonton. Salutelah usaha mereka ni. Terhibur dengan persembahan mereka. 

Selesai tengok persembahan, jom kita ziarah rumah ke rumah. Rumah Mini Malaysia ni memang terkenal dengan rumah rumah tradisional negeri-negeri di Malaysia. Kami mulalah dari sebelah kanan

House of Busana " Who's The Fairest of Them All"
Rumah Perlis


Rumah perlis yang dipenuhi dengan cermin cermin di dinding luar rumah. Nak masuk dalam setiap rumah kena buka kasut ye kawan-kawan. Kalau pakai kasut tu bertabahlah nak buka pakai buka pakai kasut.

Masuk-masuk rumah perlis yang berlangsir hitam, ada hologram projector yang bercakap tentang rumah Perlis. Ada beberapa rumah yang ada hologram projector ni. Tak semua rumah ada. 

Rumah berlangsir hitam semuanya ada air conditioner. Lega sikit masuk rumah Perlis ni dapat menyejukkan badan kejap. Dalam rumah Perlis dipenuhi dengan patung patung figura lagenda seperti Cik Siti Wan Kembang, Changsan dan lain-lain yang menggayakan busana zaman dahulu


Setiap patung tu boleh berpusing dan ada music macam music box. Untuk pusingkan patung tu ala ala menari ken pusingkan kuncinya. Disebabkan terlalu leka main kunci patung ni, baru perasan ambil sekeping dua je gambar dalam Rumah Perlis ni. Selebihnya banyak video

Yang bawah ni pun ambil dari screenshot video. Jadilah buat tepek dalam blog


Di penghujung rumah ada ruang bilik menjahit. 

Keluar dari rumah Perlis nak menuju ke rumah seterusnya ada hotspot bergambar yang menarik dengan hiasan bingkai gambar warna warni tergantung


Rumah Pulau Pinang
Rumah Pulau Pinang serba putih dan comel je saiz rumahnya


Teringat cerita DoReMi. Mi cari kerja.Wahh sila panggung kau ya..turun kaki bawah. Ohh kau datang ni nak minta kerja yee..


Rumah Pulau Pinang ni berkaitan dengan Allahyarham P.Ramlee. Boleh masuk setakat di serambi je


Pemain piring hitam hiburan orang orang zaman dulu sebelum munculnya zaman kaset dan radio


Papan tanda filem-filem Allahyarham P.Ramlee yang popular dari dulu sehingga kini. Tak pernah jemu layan filem filem beliau. TV zaman orang dulu dulu jenis ada tingkap


Beralih ke rumah seterusnya

House of Cultural Belief " From Another World"
Rumah KedahRumah Kedah serba kuning pun comel je


Sumpah kagum gila bila selak langsir hitam terpandang permandangan yang super duper cantik ni. Wow! unexpected! Tak sangka dalaman rumah Kedah ni macam ni. Rumah luar papan dalam dia awesome sangat

Rumah Kedah dilimpahi cahaya lampu padi dengan kesan dinding cermin memberikan ruang nampak luas. Selain lampu LED padi, terdapat buaian bulat yang boleh diduduki untuk ambil gambar


Mula-mula tak berani nak naik buaian ni tapi nampak ada staff duduk, kita pun duduklah buat rasa-rasa. Tapi gambar auto nampak gemuk bila duduk. Terus tak jadi letak dalam ni. Hehe..


Sekali lagi dikejutkan dengan bilik yang cantik dengan lampu warna-warni tergantung ni pada bahagian bilik belakang Rumah Kedah. Ruginya lah kalau datang ke Malaysia Heritage Studios tapi tak masuk setiap rumah


Disebabkan tak ramai orang, kita pun buatlah macam rumah sendiri. Mujur bawa tripod. Dapatlah ambil gambar bersama sesuka hati dengan sebebasnya dan berlama-lamaan. Berkeping keping ambil gambar di sini sebab cantik sangat


Dah puas bergambar, jom kita berkunjung ke rumah seterusnya
Rumah PerakRumah Perak hanya boleh bergambar di luar sahaja sebab dikunci tandanya tak boleh masuklah tu. Barangkali belum siap sepenuhnya untuk pengunjung masuk


Di halaman rumah Perak ada kereta labu berwarna putih ala Cinderella gitu. Mulanya nak naik posing bergambar tapi hasrat terbatal sebab macam tak kukuh je. Sendal pula tu dengan batu-batu. Nanti bergerak tak pasal pasal je


Dihadapan jalan rumah Perak ada hiasan wau bulan tergantung menghiasi jalan


House of Merdeka " Tanah Tumpah Darahku"
Rumah Selangor
Selak je langsir hitam pintu masuk rumah Selangor. Sekali lagi terpaku tengok lampu LED tergantung bertukar tukar warna dan ada kalanya bercorak bendera Malaysia. Di Rumah Selangor pengunjung akan dihiburkan dengan lagu Standing In the eyes of world nyanyian Ratu Rock negara, Ella


Sempat juga merakam saat bertukar corak bendera Malaysia ni


Di ruangan bilik tengah Rumah Selangor terpapar Rukun Negara

Berhadapan Rukun Negara dalam ruang yang sama, Ruang yang cukup memukau pandangan mata. Dipenuhi dengan bunga raya merah. Kesan lampu dan lantai tiles buat lagi ruang ni nampak luas dan cantik sangat. Terpersona..aku terpersona...sila sambung lirik ini


Ambil gambar banyak-banyak sampai puas hati. Ini tempat ana yang punyaaa..Tapi masa masuk rumah Selangor ni ada pengunjung lain juga. Kena tunggu giliran kejap untuk bergambar. Tak lama. Tak dapat bayangkan kalau datang on weekend. Mesti jenuh nak tunggu ambil gambar. Kena cepat berebut tempat


Ruang bilik belakang sekali Rumah Selangor ada bendera negeri-negeri di Malaysia


Jodoh kitalah negeri berjiran je. 01 dan 05. Waghih Forever katanya! Saya pula Bangsa Johor


Rumah Negeri SembilanAgak kecewa jugalah tak dapat rumah Negeri Sembilan

The Golden Age of Malacca " Once Upon a Time"
Rumah Melaka penuh dengan sejarahnya. 

Rumah Melaka ni terkenal dengan tangga rumah yang cantik. Senang nak kenal Rumah Melaka


Tak lupa juga terkenal dengan terompah baba nyona. Menarik juga terompah kayu warna warni dibuat hiasan dingin macam ni untuk port bergambar


Semasa melangkah ke rumah seterusnya, ada hiasan kuda kepang tergantung. Maksudnya? Nak sampai Rumah Johor lah tu


Rumah JohorSayangnya juga Rumah Johor tak dapat kita jelajahi. Baru nak feeling balik kampung. Terkenang rumah kampung zaman dulu. Rindu rumah kampung lama dulu. Lebih kurang beginilah rupa


Rumah KelantanTak boleh masuk juga. Cantik serambi rumah kelantan ni


Rumah TerengganuTidak dibenarkan masuk juga. Menarik juga serambi Rumah Terengganu ni. Dihalamannya ada replika perahu


House of Hope " Happily Ever After"
Rumah PahangJuga tak dibenarkan masuk. Unik pintu masuk di tengah-tengah


House of Ethnic Masks " One Thousand & One Borneo Nights"
Rumah SabahSetelah skip banyak rumah yang tak boleh masuk, akhirnya dapat masuk Rumah Sabah. Rumah kedua terakhir


Dah penat berjalan, masuk rumah Sabah ada air conditioner. Sejuk sikit rasa. Masuk-masuk nampak figura pegang tombak ni


Rumah Sabah dipenuhi dengan topeng topeng pelik, unik lagi menakutkan. Kita ambillah juga mana-mana yang macam menarik. Yang menakutkan rasa seram pula


Tang mata tu paling unik, guna cengkerang siput


Di serambi Rumah Sabah ada beberapa staff yang buat persembahan tadi. Kita pun ambil peluang bergambar bersama. Dah kenapa kita kaku je kat tengah-tengah tu. Cantik dan kacak mereka dengan busana lama. Kalau ada persalinan yang boleh digayakan, teringin juga nak memakainya


Rumah SarawakRumah terakhir tak boleh masuk juga. Hanya memandang dari luar je lah


Dah puas ziarah berkunjung dari rumah ke rumah, kita masuk maze pula. Mula mula jumpa si Mawas ni. Baru tahu Mawas, The Snaggled Toothed Ghost of Johor. 

Jalan lagi sempat tersesat jalan mati. Jumpa pula si Jentayu dan Garuda


Kemudian jumpa Naga Seri Gumum, Naga Tasik Chini. 

Akhir sekali jumpa Gajah Mina. Kepala Gajah badan ikan. Unik betul


 4 creatures ni je lah kami jumpa masa memasuki maze. Tak larat nak berjalan lagi sebenarnya dengan sesat 2 3 kali. Akhirnya jumpa jalan keluar. Tak pasti ada berapa banyak creatures dalam maze ni

Dah penat dan puas berjalan, jomlah kita keluar. Ini pintu exit dan dalamnya adalah sourvenir shop. Masuk je pintu ni akan ternampak gambar gambar yang diambil masa awal-awal masuk tadi. Gambar cantik sebab guna DSLR kan

Mulanya macam nak beli tapi fikir harga RM50 sekeping tu macam overprice baik batalkan je niat nak membeli. Mahaplah ye


Tertarik dengan tiffin ada signature Malaysia Heritage Studios ni. Kita ambil gambar je tak membeli


Keluar pintu gerbang ni nampak mereka masih lagi bekerja. Nampaknya tak ada peluanglah nak bergambar depan globe Malaysia Heritage Studio ni. Itu tandanya kena datang lagilah kot. Kann..


Begitulah kisahnya jalan-jalan ambil pengalaman jelajah Malaysia Heritage Studios. Tak menyesal sangatlah datang sini. Tempat baru buka memang seronok tapi ada beberapa yang tak siap lagi tu macam rugi sikit. Kena datang lagi bila semuanya dah siap


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/02/malaysia-heritage-studios-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Konvensional Pula Yang Amal Kaedah Islam Utusan Malaysia 04 02 2023

Bank Konvensional Pula Yang Amal Kaedah Islam Utusan Malaysia 04 02 2023

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 379 hits
SAUDARA PENGARANG SAYA ingin mengulas pendedahan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bertajuk Kewangan Islam ada unsur menindas dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari lalu Menurut beliau produk sistem kewangan ...
Recognise Shadow Cabinet To Achieve Malaysia Madani

Recognise Shadow Cabinet To Achieve Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 198 hits
Bersih welcomes the announcement of the shadow cabinet line up by Perikatan Nasional and congratulates its chairperson Muhyiddin Yassin and opposition leader Hamzah Zainudin The act of forming a shadow cabinet is a step forward to empowerin...
Malaysia Komited Tingkat Kesejahteraan Kesihatan Global

Malaysia Komited Tingkat Kesejahteraan Kesihatan Global

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 172 hits
Malaysia komited tingkat kesejahteraan kesihatan globalPosted By on February 04 2023Malaysia komited untuk menyumbang ke arah meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat di peringkat tempatan dan global Komitmen itu dinyatakan Menteri Kesih...
Potret Cantik Nagita Slavina Saksikan Konser Melly Goeslaw Di Malaysia Curi Perhatian

Potret Cantik Nagita Slavina Saksikan Konser Melly Goeslaw Di Malaysia Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 190 hits
Raffi Ahmad dan Nagita Slavina terbang langsung ke Malaysia untuk menyaksikan konser sahabat mereka Melly Goeslaw Penampilan wanita yang kerap disapa Gigi kala menyaksikan konser sukses mencuri perhatian Ia begitu cantik Berikut foto fotony...
Kejam Kat Malaysia Aduh Sembelih Suami Kekasih Tanam Mayat Belakang Banglo

Kejam Kat Malaysia Aduh Sembelih Suami Kekasih Tanam Mayat Belakang Banglo

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 177 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myPASUKAN forensik membuat pemeriksaan kelmarin di lokasi lelaki warga India dipercayai ditanam kekasih isterinya di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya sejak Mei tahun lalu F...
Malaysia Sweden Agree To Continue Fight Against Islamophobia Minister

Malaysia Sweden Agree To Continue Fight Against Islamophobia Minister

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 271 hits
Malaysia and Sweden have agreed to continue joint efforts to combat Islamophobia and any other form of discrimination in addition to exploring various ways to cooperate with each other in a tolerant and peaceful manner Minister in the Prime...
Carsome Keen On Collaborations With The Ministry Of Human Resources To Strengthen Malaysia S Human Capital Ecosystem

Carsome Keen On Collaborations With The Ministry Of Human Resources To Strengthen Malaysia S Human Capital Ecosystem

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 172 hits
Southeast Asia s largest integrated car e commerce platform CARSOME was pleased to welcome and brief the Minister of Human Resources Yang Berhormat Tuan V Sivakumar on its operations at its regional headquarters in Petaling Jaya Minister of...
From Keluarga Malaysia To Keluarga Pkr

From Keluarga Malaysia To Keluarga Pkr

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 186 hits
What a difference one appointment has made to the credibility of the prime minister Anwar Ibrahim For 25 years with Reformasi ringing in our ears we defied the governments of the day and demanded an end to cronyism nepotism corruption and a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa