Tak Masuk Akal Hakim Putuskan Perkataan Bapa Termasuk Ibu


“Bagaimana Hakim itu boleh memutuskan bahawa perkataan “bapa” juga termasuk “ibu” tidak masuk akal. Kanak-kanak umur dua tahun pun tahu perbezaan antara “bapa” dan “ibu” dan tidak pernah memanggil bapa kepada ibu dan sebaliknya. 
Masakan penggubal Perlembagaan dan Ahli-Ahli Parlimen yang meluluskan Perlembagaan itu kesemuanya tidak tahu perbezaan di antara “bapa” dan “ibu” atau terkeliru dalam menggunakan perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b),” kata mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Ujar Tun Abdul Hamid dalam ulasannya mengenai hujah yang digunakan oleh hakim dalam kes penghakiman kerakyatan anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara,

“Kita perlu mengambil ingatan terlebih dahulu bahawa tugas hakim adalah untuk membuat keputusan mengikut undang-undang, bukan untuk membuat atau meminda undang-undang untuk mencari remedy bagi sesuatu kes di hadapannya.”

Tegasnya, “Hakim hanya boleh mengguna undang-undang yang ada untuk memutuskan kes di hadapannya. Bahawa, pada pandangannya terdapat diskriminasi dan rungutan plaintif-plaintif yang disokong oleh pandangan awam tidak memberi kuasa kepada Hakim untuk meminda undang-undang atas nama “tafsiran” untuk memberi remedy kepada plaintif-plaintif”.

“Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir, memberi penghakiman memihak kepada plaintif-plaintif yang bererti semua anak-anak dalam kategori tersebut adalah warganegara dengan kuat kuasa undang-undang.”

“Tetapi, beliau merujuk kepada Perkara 8 mengenai kesamarataan dan menghalang diskriminasi dan mengatakan bahawa peruntukan-peruntukan Perkara 14(1)(b), Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b) dan Perkara 8 sepatutnyalah ditafsirkan secara harmoni dan bertujuan (harmoniously and purposively) dan, memutuskan bahawa perkataan “bapa” hendaklah dibaca sebagai termasuk “ibu”. Oleh itu anak-anak kepada ibu-ibu itu juga berhak menjadi warganegara dengan kuat kuasa undang-undang.”

Menurut Tun Abdul Hamid, “kesilapan paling nyata yang dilakukan oleh Hakim Akhtar ialah menggunakan (apply) peruntukan Perkara 8 dalam “mentafsirkan” Perkara 14(1)(b) dan Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b). Sebenarnya, Perkara 8 tidak terpakai kepada Perkara 14(1)(b) dan Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b) kerana semua dikriminasi yang disebut dalam Perlembagaan adalah dikecualikan daripada operasi Perkara 8(2) dan dibenarkan. Atas alasan ini sahaja rayuan terhadap penghakiman itu patut dibenarkan”.

Tambahnya, “jika seorang Hakim berpendapat sesuatu undang-undang itu patut dipinda, beliau boleh mengesyorkannya dalam penghakimannya”.

“Saya pernah berbuat demikian dan ada cadangan saya yang Parlimen telah membuat pindaan-pindaan berkenaan. Bukanlah tugas Badan Kehakiman untuk menyelesaikan masalah Badan Perundangan dan Badan Perundangan tidak sepatutnya mengharapkan Badan Kehakiman menyelesaikan masalahnya. Dan Hakim tidak boleh mengambil alih bidang kuasa Parlimen kerana Hakim bukan Parlimen, dan sebaliknya.”

“Sesuatu penghakiman itu tidak semestinya betul semata-mata kerana kita sukakan hasilnya (result/outcome). Ia betul jika ia mengikut undang-undang yang terpakai pada masa itu,” kata Tun Abdul Hamid. - www.samudera.my
Lihat juga“Bapa” juga bermaksud “ibu”: Hakim mengambil alih kuasa Parlimen

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/tak-masuk-akal-hakim-putuskan-perkataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Klasifikasi Rating Filem Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kenali Klasifikasi Rating Filem Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 246 hits
Menonton filem atau rancangan televisyen bersama keluarga sangat menyeronokkan tetapi kadang kala situasi boleh bertukar menjadi sangat memalukan apabila terdapat adegan yang tidak sepatutnya terpampang di kaca televisyen Situasi sebegini b...
Pembukaan Sekolah Selamat Ibu Bapa Tidak Perlu Bimbang

Pembukaan Sekolah Selamat Ibu Bapa Tidak Perlu Bimbang

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 301 hits
BH ONLINE Foto hiasan KUALA LUMPUR Pembukaan semula sekolah di seluruh negara mulai esok selepas ia ditutup bagi tempoh yang agak lama akan mewujudkan persekitaran yang selamat sekali gus mampu mengembalikan semangat murid Setiausaha Agung ...
Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Mulai Esok Ibu Bapa Digesa Bersedia

Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Mulai Esok Ibu Bapa Digesa Bersedia

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 222 hits
Ibu bapa digesa peka status sekolah anak masing masing mengikut fasa PPN Ibu bapa perlu bersedia untuk mengenal pasti status anak masing masing menjelang pembukaan semula sekolah di bawah Pelan Pemulihan Negara Menjelang pembukaan sekolah d...
Sedihnya Jadi Ibu Rumah Tangga Sudah Repot Dan Sering Dinyinyiri Pakai 4 Perkataan Ini

Sedihnya Jadi Ibu Rumah Tangga Sudah Repot Dan Sering Dinyinyiri Pakai 4 Perkataan Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 251 hits
Ada aja gitu yang nyinyir sama ibu rumah tangga yang padahal kerjaannya juga nggak kalah berat
Dia Tanya Dah Perlu Ke Usia Dia Ada Pasangan Hidup Bila Bapa Isi Masa Dengan Anak Tervna Ini Jawapan Norman Hakim

Dia Tanya Dah Perlu Ke Usia Dia Ada Pasangan Hidup Bila Bapa Isi Masa Dengan Anak Tervna Ini Jawapan Norman Hakim

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 466 hits
Pelakon dan hos Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mended4hkan anak tervnanya Danish Hakim mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon 45 mereka ...
Ibu Bapa Di Sabah Sambut Baik Pemberian Vaksin Remaja

Ibu Bapa Di Sabah Sambut Baik Pemberian Vaksin Remaja

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 280 hits
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah daripada 400 000 remaja diberi suntikan vaksin sejak 16 Sept lepas 200 445 adalah membabitkan pelajar sekolah di negeri berkenaan KOTA KINABALU Sejak Sabah melaksanakan pemberian vaksin kepada remaja b...
Adakah Berdosa Anak Tidak Beri Duit Kepada Ibu Bapa

Adakah Berdosa Anak Tidak Beri Duit Kepada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 328 hits
Adakah berdosa anak tidak beri duit kepada ibu bapa Tidak ada syarat beri duit kalau kita tiada duit kita nak beri macam mana Yang penting kita buat baik kepada ibu bapa kita Kadang kadang kita sudah beri duit tetapi kita tak buat baik deng...
Ini Senarai Kehendak Ibu Bapa Yang Tak Logik Keterlaluan Silap Gaya Boleh Jadikan Anak Down

Ini Senarai Kehendak Ibu Bapa Yang Tak Logik Keterlaluan Silap Gaya Boleh Jadikan Anak Down

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 404 hits
Sebagai ibu bapa tentu sekali kita nak yang terbaik untuk anak kita Namun kadang kala sikap kita mungkin akan mengundang ketidakstabilan emosi terhadap anak anak Periksa diri kita melalui senarai ini dan ikuti solusi yang dikongsi oleh penu...
Hiburan Diselar Dek Kritik Ramai Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa Ag Coco Mohon Maaf

Hiburan Diselar Dek Kritik Ramai Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa Ag Coco Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 287 hits
Baru baru ini penerbit muzik dan gitaris AG Coco telah mencetuskan kecaman ramai selepas menulis ciapan berbaur perlian terhadap orang ramai yang ingin berlibur ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi ciapannya AG dilihat seakan akan memerl...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash