Tak Masuk Akal Bn Batal Mesyuarat Sebab Ada Komponen Tak Terima Notis





Pembatalan mesyuarat Dewan Tertinggi BN dikatakan dibuat selepas parti komponen BN mendakwa tidak menerima notis tentang pemakluman mesyuarat yang sepatutnya berlangsung malam ini, kata sumber Umno.

"Mesyuarat dibatalkan kerana parti komponen BN mendakwa tidak menerima notis tentang pemakluman mesyuarat berkenaan.

"Ia adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak masuk akal, kerana BN cukup cekap dalam hal ini," katanya ketika dihubungi malam ini.

Mesyuarat malam ini dikatakan dihadiri MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Terdahulu Astro Awani melaporkan mesyuarat dewan tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan tanpa penjelasan.

Menurut laporan berkenaan, pembatalan itu diberitahu melalui pesanan WhatsApp malam ini daripada bahagian komunikasi BN.

Bagaimanapun, ia mengatakan tidak ada penjelasan atau alasan yang ditawarkan untuk pembatalan tersebut.

Ketika dihubungi sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup memberitahu Malaysiakini bahawa dia masih menunggu pemberitahuan rasmi mengenai pertemuan itu.

Presiden MIC SA Vigneswaran ketika dihubungi Malaysiakini berkata, dia tidak tahu-menahu berhubung mesyuarat tersebut.

“Saya tidak tahu, saya tidak sihat. Biar saya bercakap dengan mereka dulu,” katanya setelah ditanya berhubung kehadiran MIC.

“Biar saya cakap dengan MCA dulu, kerana ada perubahan (pada agenda). Saya akan bercakap dengan Pengerusi BN dahulu,” katanya lagi.

Hubungan antara Umno dan Bersatu didakwa ibarat sudah retak menunggu belah.

Sebahagian Umno yang dipimpin Presidennya Ahmad Zahid Hamidi mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu, manakala pemimpin parti itu yang lain - majoriti memegang jawatan kabinet dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) - dilihat mahu kekal bersama Bersatu dalam PN.

PAU baru-baru ini juga bersetuju memberikan mandat kepada Zahid untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak memberi waktu jelas akan pelaksanaan PRU.

MIC juga telah menyatakan secara jelas ketika perhimpunan agung parti itu pada 3 April, bahawa pihaknya akan kekal menyokong Muhyiddin dan gabungan PN.

Bagaimanapun, parti itu kekal setia dengan BN dan gabungan itu juga akan memutuskan sama ada untuk mengikuti jejak Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/tak-masuk-akal-bn-batal-mesyuarat-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Pengadil Berikan Penalti Tak Masuk Akal Ini Kini Dipenjara Dan Digantung 10 Tahun

Video Pengadil Berikan Penalti Tak Masuk Akal Ini Kini Dipenjara Dan Digantung 10 Tahun

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 290 hits
Pengadil Serbia Srbjan Obradovic telah dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan larangan terlibat dalam bola sepak 10 tahun dari pengadil setelah memberikan dipercayai menjual penalti tiga tahun lalu Obradovic adalah pengadil perlawanan pent...
Luahan Hati Najib Setelah Terima Notis Muflis Bacalah

Luahan Hati Najib Setelah Terima Notis Muflis Bacalah

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 388 hits
Najib Razak hari ini menjelaskan notis muflis Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diserahkan kepadanya semalam bagai menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah dan beliau menjadi mangsa ketidakadilan Bekas perdana menteri itu menje...
Mesyuarat Bn Batal Tapi Tiada Penjelasan

Mesyuarat Bn Batal Tapi Tiada Penjelasan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 229 hits
Mesyuarat dewan tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan tanpa penjelasan menurut satu laporan Laporan Astro Awani berkata pembatalan itu diberitahu melalui pesanan WhatsApp malam ini daripada bahagian komunikasi BN Ba...
Najib Terima Notis Kebrankrapan

Najib Terima Notis Kebrankrapan

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 529 hits
Apa kata penyokong Najib Nak tulis ayat pembelaan lagi ke Nak kempen untuk calon perdana menteri lagi ke Sepatutnya perbanyakkan doa kepada Allah agar diberi ketenangan dalam menghadapi segala ujian yang sedang dihadapi beliau bukanya jadi ...
Najib Sahkan Terima Notis Muflis Daripada Lhdn Bakal Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Najib Sahkan Terima Notis Muflis Daripada Lhdn Bakal Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 412 hits
3 061 total views 3 061 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima notis muflis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung tuntutan cukai pendapatannya RM1 74 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 Beli...
Cakap Najib Masuk Akal

Cakap Najib Masuk Akal

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 358 hits
Zahid zero Yang Tak masuk akal kurang akal kenapa MASIH nak sokong kerajaan Najib pun tahu saranannya no value ditentang dipinggirkan Dalam isu PEMILIHAN awal umno Kj menempelak Najib umno tetap tewas walaupun PEMILIHAN umno 2018 ditangguh ...
Tak Masuk Akal Pakcik Ni Dilarang Masuk Mall Sebab Takut Susahkan Orang Lain

Tak Masuk Akal Pakcik Ni Dilarang Masuk Mall Sebab Takut Susahkan Orang Lain

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 324 hits
Baru baru ini kisah seorang warga emas yang dilarang daripada memasuki sebuah pusat membeli belah telah menjadi tular di aplikasi TikTok dan mendapat perhatian ramai netizen Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Fida Rosly pakcik tua...
Hiburan Tidak Dapat Hadir Neelofa Terima Anugerah Tokoh Wanita Kelantan

Hiburan Tidak Dapat Hadir Neelofa Terima Anugerah Tokoh Wanita Kelantan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 429 hits
Rezeki mencurah curah buat Neelofa memandangkan dia menerima pelbagai tawaran kerja selepas baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu bersama PU Riz BACA AdvertisementTerbaru selebriti popular itu turut dinamakan sebagai salah s...
Pas Terima Ahli Seawal Usia 13 Tetapi Umur 18 Dianggap Belum Matang Memilih Kerajaan

Pas Terima Ahli Seawal Usia 13 Tetapi Umur 18 Dianggap Belum Matang Memilih Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 474 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju terhadap penangguhan pelaksanaan undi 18 kerana usia itu bukan penentu kematangan bagi rakyat negara ini memilih kerajaan Undi bergantung kepada tahap kematangan Jangan kira undi 18 tahun s...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah