Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai


Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru, rumah cantik, perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook, Tuan Abd Ghani Haron dia berkongsi sebuah cerita dimana sepasang suami isteri yang serba kekurangan sedang memilih baju terpakai buat anaknya kerana mereka tidak mampu.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Pasangan suami isteri itu berpakaian lusuh Mengendong Anak Tak Berbaju
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.


 
Membelek helaian baju yang digantung
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami.
Tak Mampu Beli Pakaian Baru Untuk Anak-Anak
Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. “Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kita Lupa Mensyukuri Nikmat Sedangkan Ada Lagi Manusia Serba Kekurangan
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.

Kita Merungut Tak Boleh Beraya Sakan, Tapi Keluarga Ini Bahagia Memilih Pakaian Terpakai
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيلَشَدِيدٌ
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Kekayaan Hakiki Adalah Hati Yang Sentiasa Berasa Cukup
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
#maag
#nhag
**************************************
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
The post “Tak Mampu Beli Baju Raya Anak” Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-mampu-beli-baju-raya-anak-pasangan-suami-isteri-gendong-anak-tak-berbaju-gembira-pilih-baju-terpakai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Ini Ringankan Beban Isteri Tambah Roda Pada Bakul Tak Payah Angkat Baju Basah Berat Berat

Suami Ini Ringankan Beban Isteri Tambah Roda Pada Bakul Tak Payah Angkat Baju Basah Berat Berat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 368 hits
Suami mana yang tidak gembira kalau pulang dari kerja rumah bersih dan tersusun cantik Tak kurang juga untuk isteri yang bekerjaya sudah tentu tidak mempunyai banyak masa di rumah dan kerja kerja urusan mengemas pasti akan dilakukan pada hu...
Bekas Suami Naik Gila Cekik Isteri Sampai Mati Kerana Tak Mampu Bayar Kos Cerai

Bekas Suami Naik Gila Cekik Isteri Sampai Mati Kerana Tak Mampu Bayar Kos Cerai

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 561 hits
Proses perceraian yang berlaku pastinya memerlukan sedikit masa dan kesabaran tinggi daripada kedua dua pihak Namun siapa sangka seorang wanita berdepan ajalnya selepas bekas suami cekik leher sehingga dia meninggal dunia Topik perpisahan s...
Dua Ekor Buaya Ditemui Bergelut Di Depan Rumah Buat Pasangan Suami Isteri Terkejut

Dua Ekor Buaya Ditemui Bergelut Di Depan Rumah Buat Pasangan Suami Isteri Terkejut

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 509 hits
Sepasang suami isteri dikejutkan dengan bunyi bising di pintu rumah dan kemudian mendapati dua ekor buaya yang besar sedang bergelut di halaman rumah mereka Walaupun dalam keadaan yang terkejut Susan Geshel berjaya merakam pergaduhan dianta...
Rentas Negeri Untuk Suami Isteri Tinggal Berjauhan Bertemu Bukan Untuk Hari Raya

Rentas Negeri Untuk Suami Isteri Tinggal Berjauhan Bertemu Bukan Untuk Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 366 hits
Kelonggaran yang diberikan kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi berjumpa keluarga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak boleh digunakan sewaktu hari raya Me...
Isteri Jangan Demand Lebih Lebih Kalau Suami Tak Mampu Sedikit Suami Bagi Bersyukurlah

Isteri Jangan Demand Lebih Lebih Kalau Suami Tak Mampu Sedikit Suami Bagi Bersyukurlah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 234 hits
Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing masing Walaupun isteri yang bekerja dan pendapatan lebih besar daripada suami nafkah kepada isteri tetap wajib diberi Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kep...
Gembira Bahagia Bukan Pada Wang Rahsianya Peluk Ciumlah Selalu Pasangan Serta Anak Anak

Gembira Bahagia Bukan Pada Wang Rahsianya Peluk Ciumlah Selalu Pasangan Serta Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 255 hits
Mempunyai wang ringgit ada pangkat harta benda dan cahaya mata yang cemerlang bukanlah pengukur sebuah kebahagiaan dalam diri setiap individu Bahagia atau gembiranya seseorang individu itu bukanlah bersandar pada kemewahan semata mata Apa g...
Didakwa Gara Gara Permainan Pubg Isteri Lari Tinggalkan Suami Dan Anak 3 Tahun

Didakwa Gara Gara Permainan Pubg Isteri Lari Tinggalkan Suami Dan Anak 3 Tahun

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 622 hits
KUALA LUMPUR Gara gara kerana permainan atas talian PUBG yang popular dalam kalangan remaja seorang wanita yang juga berstatus isteri orang dikatakan sanggup meninggalkan suami dan anaknya yang masih kecil berusia tiga tahun Wanita dari Pen...
Aidil Zafuan Akui Raya Teramat Sayu Sekali Netizen Tanya Pasal Anak Dengan Bekas Isteri

Aidil Zafuan Akui Raya Teramat Sayu Sekali Netizen Tanya Pasal Anak Dengan Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 513 hits
JIKA sebelum ini perasaan sedih berjauhan dengan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri dapat diketepikan memandangkan lebih fokus memikul tugas mengharumkan nama negara di pentas sukan tanah air Sebaliknya tahun ini sambutan 1 Syawal ternyata ...
Mungkin Suami Dah Tiada Tapi Tetap Jalankan Tanggungjawab Pada Isteri Anak Anak Itulah Bukti Cintanya

Mungkin Suami Dah Tiada Tapi Tetap Jalankan Tanggungjawab Pada Isteri Anak Anak Itulah Bukti Cintanya

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 344 hits
Seorang suami harus menjaga kebajikan isterinya sejak dari hari pertama bernikah sehingga bila bila Ketika isteri diminta untuk berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga pastikan anda bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku Apakah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids