Tak Lama Lagi Vaksin Koronavirus Covid 19 Akan Siap



Dalam dua bulan sahaja jumlah kes dan kematian berkaitan novel koronavirus (Covid-19) sudah melepasi bilangan kes dan kematian SARS (sindrom pernafasan akut teruk). Maka tidak hairanlah pelbagai pihak antarabangsa kini berlumba-lumba dalam penghasilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu.

Ketika artikel ini ditulis, virus itu telah menjangkiti 45,194 mangsa dan menyebabkan 1,114 kematian.

Penghasilan vaksin yang selamat digunakan manusia biasanya mengambil masa bertahun, namun ahli virologi Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit percaya kali ini, proses itu boleh dipercepatkan lagi.

“Kemajuan teknologi membolehkan kita menghasilkan vaksin cubaan (candidate vaccine) dalam masa beberapa minggu sahaja, berbanding kaedah tradisional yang mengambil masa bertahun,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Turut membantu mempercepatkan proses itu ialah inisiatif saintis China yang pantas mengesan jujukan genom virus itu lalu berkongsi dapatan mereka dengan masyarakat dunia pada 10 Januari. Ini hanya sebulan selepas pendedahan kes pertama pneumonia disebabkan virus misteri di Wuhan pada 8 Disember.

Situasi ini berbeza dengan masa yang diambil untuk mengenalpasti jujukan koronavirus SARS selepas penyebaran wabak itu pada lewat 2002, iaitu lebih setengah tahun.


Berapa lama lagi?

Walaupun vaksin cubaan dapat dihasilkan dalam beberapa minggu sahaja, proses penilaian untuk keselamatan penggunaannya ke atas manusia tetap akan mengambil masa yang lama.

“Vaksin cubaan ini perlu melalui ujian haiwan sebelum ujian klinikal yang melibatkan manusia. Ada kemungkinan vaksin ini hanya dapat siap setelah tempoh penularan wabak berakhir. Ini seperti dalam kes SARS dahulu yang vaksinnya mengambil masa 20 bulan untuk dihasilkan,” kata Sai Kit.

Vaksin itu tidak sempat dipasarkan kerana penularan wabak SARS berjaya dikawal dengan langkah kesihatan awam yang baik, manakala vaksin untuk MERS (sindrom pernafasan Timur Tengah) pula masih dalam penghasilan.

Pakar imunologi Datuk Dr Musa Nordin berkata walaupun terdapat keperluan mendesak untuk menghasilkan vaksin Covid-19 dengan segera, harus diingat penghasilan vaksin merupakan satu proses yang melibatkan kos dan risiko tinggi.

“Secara puratanya, ia mengambil masa 10 tahun dari tempoh ujian pra-klinikal ke Fasa 1-3 ujian klinikal sebelum keberkesanan dan keselamatan sesuatu vaksin itu dapat dibuktikan. Hanya selepas itu badan-badan penyelia dapat meluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia.

“Bagaimanapun, pengalaman dalam penghasilan vaksin cubaan bagi MERS dan SARS dapat membantu mempercepatkan penghasilan Covid-19. Kalaulah saya diminta teka secara optimis, jangkaan saya dalam enam bulan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Bagaimana pula kalau ia bermutasi?

Antara kerisauan yang timbul sekiranya vaksin tidak dapat dihasilkan dengan cepat ialah Covid-19 akan mengalami mutasi, sekaligus mengurangkan keberkesanan vaksin yang bakal dihasilkan.

Namun, harus diketahui bahawa koronavirus tidak melalui rombakan genom seperti virus influenza, yang kerap melalui mutasi.

Covid-19, seperti juga SARS, adalah daripada keluarga koronavirus. Genom koronavirus terdiri daripada sehelai RNA (asid ribonuklik). Mikrob yang mempunyai genom sebegitu biasanya bermutasi dengan amat cepat, tetapi SARS mempunyai sistem pembetulan molekular yang dapat mengurangkan kadar mutasi.

Oleh kerana genom Covid-19 mirip SARS, maka ada kemungkinan Covid-19 juga tidak akan bermutasi dengan pantas.

Ini berbeza dengan genom virus influenza yang terdiri daripada pelbagai helaian segmen RNA, menyebabkan ia kerap bermutasi.

Maka, jika vaksin bagi Covid-19 dihasilkan, ia tetap akan berkesan walaupun tempoh penularan wabak telah berakhir.

Lam tidak menolak kemungkinan Covid-19 bermutasi, namun berkata ianya tidak perlu dirisaukan.

“Biasanya, perubahan besar hanya berlaku apabila virus berpindah ke spesis lain. Harapannya ialah kalau pun ada mutasi, ianya kecil dan tidak melibatkan spike protein, iaitu satu antigen penting dalam penghasilkan antibodi yang meneutralkan kesan virus dalam sistem imun kita.

“Kalau perubahan yang berlaku kecil, vaksin itu masih mampu memberi perlindungan atau pun mengurangkan keterukan penyakit,” jelasnya.

Spike protein koronavirus ialah satu jentera molekular pelbagai fungsi yang menjadi pengantara kemasukan koronavirus dalam sel.


CEPI

Pada bulan Januari, Coalition of Endemic Preparedness Innovations (CEPI) mengumumkan ia akan membiayai tiga program bagi penghasilan vaksin Covid-19.

Antara organisasi yang dibiayai CEPI ialah Queensland University. Ketua pusat pengajian kimia dan biosains molekular di universiti itu, Profesor Paul Young berkata kumpulannya menggunakan satu teknologi yang dipanggil molecular clamp untuk penghasilan vaksin yang cepat.

Kumpulan penyelidik di bawah Young berpengalaman tinggi dalam penggunaan teknologi itu dalam penghasilan vaksin cubaan bagi influenza, Nipah, Ebola dan MERS. Mereka optimis dapat menghasilkan vaksin Covid-19 dalam hanya enam bulan.

“Kami sedang bekerja siang dan malam untuk menghasilkan spike protein dalam sel secukupnya untuk penghasilan vaksin sub-unit ini,” katanya melalui emel.

Vaksin sub-unit ialah vaksin yang dibuat daripada secebis komponen virus yang meransang tindakbalas imuniti. Ini seterusnya akan mewujudkan imuniti dalam tubuh bagi virus itu.

CEPI ialah organisasi bukan untung yang ditubuhkan pada 2017 untuk membiayai penghasilan vaksin bagi penyakit berjangkit yang baru muncul. Ia berpangkalan di Oslo, Norway dan merupakan perkongsian antarabangsa yang mempelopori pembangunan vaksin dalam situasi kecemasan seperti ini.

CEPI turut membiayai Inovio Pharmaceuticals Inc dalam penghasilan vaksin Covid-19.

“Berdasarkan pengalaman kami dalam penghasilan vaksin bagi MERS dan demam Lassa, Inovio dapat merangka vaksin potensi dalam hanya beberapa jam selepas China berkongsi kod genetik Covid-19. Kami menyasarkan ujian manusia pertama dijalankan di US sebelum awal musim panas,” kata Joseph Kim, Presiden dan CEO Inovio Pharmaceuticals.

Satu lagi projek yang dibiayai CEPI dijalankan oleh Moderna Therapeutics Inc yang sedang bekerjasama dengan US National Institute of Allergy and Infectious Diseases. Vaksin yang diusahakan Moderna berasaskan molekul RNA yang akan mengarahkan sel menghasilkan protein yang mampu mencegah atau melawan penyakit.


Kebersihan diri amalan terbaik

Walaupun pelbagai usaha dan kajian sedang dijalankan, tiada jaminan bahawa ada ubat antiviral atau vaksin bagi Covid-19 yang dapat dihasilkan sebelum berakhirnya penularan wabak ini. Bagaimanapun, situasi ini bukanlah seteruk yang dijangka.

“Kita mungkin akan mengambil berbulan untuk menghasilkan ubat antiviral atau pun vaksin yang berkesan, tetapi ini tidak bermaksud kita tidak mampu menghentikan penularan virus ini. Seperti yang kita lihat dalam kes SARS dan MERS, amalan kesihatan awam yang baik harus dijadikan tunggak utama dalam pengawalan penularan wabak ini dan dalam rawatan mereka yang telah dijangkiti virus.

“Pengesanan sentuh (contact tracing), mengasingkan pesakit, pemakaian topeng muka, kerap membasuh tangan dan mengelakkan kontak rapat dengan pesakit adalah cara yang terbukti dan berkesan untuk mengawal penyebaran wabak.

“Kini dengan maklumat daripada China yang mengatakan virus ini boleh disebarkan bukan sahaja melalui titisan, malah menerusi aerosol (percampuran virus dengan titisan udara) juga, adalah lebih mencabar untuk mengelakkan jangkitan. Maka, penghasilan vaksin adalah sangat dialukan.”

Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/tak-lama-lagi-vaksin-koronaviruscovid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubatan Vaksin Koronavirus Dijangka Siap Lebih Awal

Perubatan Vaksin Koronavirus Dijangka Siap Lebih Awal

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 310 hits
Kemajuan teknologi mampu mempercepatkan vaksin cubaan dalam masa beberapa minggu sahaja berbanding kaedah tradisional yang mengambil masa bertahun GAMBAR HIASAN AFPKUALA LUMPUR Dalam dua bulan sahaja jumlah kes dan kematian berkaitan novel ...
Who Vaksin Covid 19 Dijangka Siap Dalam 18 Bulan

Who Vaksin Covid 19 Dijangka Siap Dalam 18 Bulan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 249 hits
GENEVA 14 FEB Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk koronavirus 2019 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan lapor agensi berita Xinhua Menerusi Twitternya be...
Syarikat Taiwan As Jalin Kerjasama Bangunkan Vaksin Covid 19

Syarikat Taiwan As Jalin Kerjasama Bangunkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 265 hits
Syarikat Taiwan AS jalin kerjasama bangunkan vaksin Covid 19 Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Feb 2020 11
Pengalaman Lepas Jadikan Malaysia Lebih Siap Sedia Tangani Covid 19 Pakar

Pengalaman Lepas Jadikan Malaysia Lebih Siap Sedia Tangani Covid 19 Pakar

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR 12 Feb Pengalaman Malaysia berdepan dengan krisis kesihatan seperti virus Zika Influenza dan Nipah pada masa lepas membolehkan negara ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang penularan penyakit berjangkit Ke...
Koronavirus Covid 19 Ragut 1 110 Nyawa China Rekod Lebih 90 Kes Kematian Baru

Koronavirus Covid 19 Ragut 1 110 Nyawa China Rekod Lebih 90 Kes Kematian Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 412 hits
Jangkitan Coronavirus yang menular di China kini telah mengorbankan sebanyak 1 110 orang dengan Hubei yang menjadi pusat muculnya wabak melaporkan 94 kematian baharu Menurut The Korea Herald Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam kemas kini hari...
Boleh Ke Virus Covid Koronavirus Tersebar Melalui Barang Beli Dari Luar Negara

Boleh Ke Virus Covid Koronavirus Tersebar Melalui Barang Beli Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 596 hits
Siapa suka beli di Shopee dan Lazada Kebanyakan barang import dari China Alamak virus banyak di sana Tak takut barang kena virus ke Tiada bukti menunjukkan virus korona terkini boleh merebak menerusi penghantaran barangan dari negara yang t...
Who Umum Covid 19 Sebagai Nama Rasmi Bagi Koronavirus

Who Umum Covid 19 Sebagai Nama Rasmi Bagi Koronavirus

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 395 hits
Koronavirus yang telah menjangkiti lebih 43 100 orang yang melibatkan 12 negara terjejas telah dinamakan dengan sebagai Covid 19 Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebryeses memaklumkan pada Selasa dalam satu sidang media bahawa Huruf CO be...
Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 316 hits
https ift tt 31YDnkT Wabak koronavirus yang kini sedang menular dengan bahaya dari negara China mempunyai nama rasmi yang diberikan oleh pihak World Health Organization iaitu COVID 19 Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus Ketua Pengarah WHO...
Jack Ma Derma Rm57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus

Jack Ma Derma Rm57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 322 hits
Jack Ma pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelid...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Motif Majlis Peguam Kenapa Kerajaan Takut Bertindak

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024