Perubatan Vaksin Koronavirus Dijangka Siap Lebih Awal


Kemajuan teknologi mampu mempercepatkan vaksin cubaan (candidate vaccine) dalam masa beberapa minggu sahaja, berbanding kaedah tradisional yang mengambil masa bertahun. GAMBAR HIASAN. - AFP
KUALA LUMPUR - Dalam dua bulan sahaja jumlah kes dan kematian berkaitan novel koronavirus (Covid-19) sudah melepasi bilangan kes dan kematian SARS (sindrom pernafasan akut teruk). Maka tidak hairanlah pelbagai pihak antarabangsa kini berlumba-lumba dalam penghasilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu.

Ketika artikel ini ditulis, virus itu telah menjangkiti 45,194 mangsa dan menyebabkan 1,114 kematian.

Penghasilan vaksin yang selamat digunakan manusia biasanya mengambil masa bertahun, namun ahli virologi Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit percaya kali ini, proses itu boleh dipercepatkan lagi.

“Kemajuan teknologi membolehkan kita menghasilkan vaksin cubaan (candidate vaccine) dalam masa beberapa minggu sahaja, berbanding kaedah tradisional yang mengambil masa bertahun,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Turut membantu mempercepatkan proses itu ialah inisiatif saintis China yang pantas mengesan jujukan genom virus itu lalu berkongsi dapatan mereka dengan masyarakat dunia pada 10 Januari. Ini hanya sebulan selepas pendedahan kes pertama pneumonia disebabkan virus misteri di Wuhan pada 8 Disember.

Situasi ini berbeza dengan masa yang diambil untuk mengenalpasti jujukan koronavirus SARS selepas penyebaran wabak itu pada lewat 2002, iaitu lebih setengah tahun.

Berapa lama lagi?

Walaupun vaksin cubaan dapat dihasilkan dalam beberapa minggu sahaja, proses penilaian untuk keselamatan penggunaannya ke atas manusia tetap akan mengambil masa yang lama.

“Vaksin cubaan ini perlu melalui ujian haiwan sebelum ujian klinikal yang melibatkan manusia. Ada kemungkinan vaksin ini hanya dapat siap setelah tempoh penularan wabak berakhir. Ini seperti dalam kes SARS dahulu yang vaksinnya mengambil masa 20 bulan untuk dihasilkan,” kata Sai Kit.
Vaksin itu tidak sempat dipasarkan kerana penularan wabak SARS berjaya dikawal dengan langkah kesihatan awam yang baik, manakala vaksin untuk MERS (sindrom pernafasan Timur Tengah) pula masih dalam penghasilan.

Pakar imunologi Datuk Dr Musa Nordin berkata walaupun terdapat keperluan mendesak untuk menghasilkan vaksin Covid-19 dengan segera, harus diingat penghasilan vaksin merupakan satu proses yang melibatkan kos dan risiko tinggi.

“Secara puratanya, ia mengambil masa 10 tahun dari tempoh ujian pra-klinikal ke Fasa 1-3 ujian klinikal sebelum keberkesanan dan keselamatan sesuatu vaksin itu dapat dibuktikan. Hanya selepas itu badan-badan penyelia dapat meluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia.“Bagaimanapun, pengalaman dalam penghasilan vaksin cubaan bagi MERS dan SARS dapat membantu mempercepatkan penghasilan Covid-19. Kalaulah saya diminta teka secara optimis, jangkaan saya dalam enam bulan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Bagaimana pula kalau ia bermutasi?

Antara kerisauan yang timbul sekiranya vaksin tidak dapat dihasilkan dengan cepat ialah Covid-19 akan mengalami mutasi, sekaligus mengurangkan keberkesanan vaksin yang bakal dihasilkan.

Namun, harus diketahui bahawa koronavirus tidak melalui rombakan genom seperti virus influenza, yang kerap melalui mutasi.

Covid-19, seperti juga SARS, adalah daripada keluarga koronavirus. Genom koronavirus terdiri daripada sehelai RNA (asid ribonuklik). Mikrob yang mempunyai genom sebegitu biasanya bermutasi dengan amat cepat, tetapi SARS mempunyai sistem pembetulan molekular yang dapat mengurangkan kadar mutasi.

Oleh kerana genom Covid-19 mirip SARS, maka ada kemungkinan Covid-19 juga tidak akan bermutasi dengan pantas.

Ini berbeza dengan genom virus influenza yang terdiri daripada pelbagai helaian segmen RNA, menyebabkan ia kerap bermutasi.

Maka, jika vaksin bagi Covid-19 dihasilkan, ia tetap akan berkesan walaupun tempoh penularan wabak telah berakhir.

Lam tidak menolak kemungkinan Covid-19 bermutasi, namun berkata ianya tidak perlu dirisaukan.

“Biasanya, perubahan besar hanya berlaku apabila virus berpindah ke spesis lain. Harapannya ialah kalau pun ada mutasi, ianya kecil dan tidak melibatkan spike protein, iaitu satu antigen penting dalam penghasilkan antibodi yang meneutralkan kesan virus dalam sistem imun kita.“Kalau perubahan yang berlaku kecil, vaksin itu masih mampu memberi perlindungan atau pun mengurangkan keterukan penyakit,” jelasnya.
Spike protein koronavirus ialah satu jentera molekular pelbagai fungsi yang menjadi pengantara kemasukan koronavirus dalam sel.

CEPI

Pada bulan Januari, Coalition of Endemic Preparedness Innovations (CEPI) mengumumkan ia akan membiayai tiga program bagi penghasilan vaksin Covid-19.

Antara organisasi yang dibiayai CEPI ialah Queensland University. Ketua pusat pengajian kimia dan biosains molekular di universiti itu, Profesor Paul Young berkata kumpulannya menggunakan satu teknologi yang dipanggil molecular clamp untuk penghasilan vaksin yang cepat.

Kumpulan penyelidik di bawah Young berpengalaman tinggi dalam penggunaan teknologi itu dalam penghasilan vaksin cubaan bagi influenza, Nipah, Ebola dan MERS. Mereka optimis dapat menghasilkan vaksin Covid-19 dalam hanya enam bulan.

“Kami sedang bekerja siang dan malam untuk menghasilkan spike protein dalam sel secukupnya untuk penghasilan vaksin sub-unit ini,” katanya melalui emel.
Vaksin sub-unit ialah vaksin yang dibuat daripada secebis komponen virus yang meransang tindakbalas imuniti. Ini seterusnya akan mewujudkan imuniti dalam tubuh bagi virus itu.

CEPI ialah organisasi bukan untung yang ditubuhkan pada 2017 untuk membiayai penghasilan vaksin bagi penyakit berjangkit yang baru muncul. Ia berpangkalan di Oslo, Norway dan merupakan perkongsian antarabangsa yang mempelopori pembangunan vaksin dalam situasi kecemasan seperti ini.

CEPI turut membiayai Inovio Pharmaceuticals Inc dalam penghasilan vaksin Covid-19.

“Berdasarkan pengalaman kami dalam penghasilan vaksin bagi MERS dan demam Lassa, Inovio dapat merangka vaksin potensi dalam hanya beberapa jam selepas China berkongsi kod genetik Covid-19. Kami menyasarkan ujian manusia pertama dijalankan di US sebelum awal musim panas,” kata Joseph Kim, Presiden dan CEO Inovio Pharmaceuticals.
Satu lagi projek yang dibiayai CEPI dijalankan oleh Moderna Therapeutics Inc yang sedang bekerjasama dengan US National Institute of Allergy and Infectious Diseases. Vaksin yang diusahakan Moderna berasaskan molekul RNA yang akan mengarahkan sel menghasilkan protein yang mampu mencegah atau melawan penyakit.

Kebersihan diri amalan terbaik

Walaupun pelbagai usaha dan kajian sedang dijalankan, tiada jaminan bahawa ada ubat antiviral atau vaksin bagi Covid-19 yang dapat dihasilkan sebelum berakhirnya penularan wabak ini. Bagaimanapun, situasi ini bukanlah seteruk yang dijangka.

“Kita mungkin akan mengambil berbulan untuk menghasilkan ubat antiviral atau pun vaksin yang berkesan, tetapi ini tidak bermaksud kita tidak mampu menghentikan penularan virus ini. Seperti yang kita lihat dalam kes SARS dan MERS, amalan kesihatan awam yang baik harus dijadikan tunggak utama dalam pengawalan penularan wabak ini dan dalam rawatan mereka yang telah dijangkiti virus.“Pengesanan sentuh (contact tracing), mengasingkan pesakit, pemakaian topeng muka, kerap membasuh tangan dan mengelakkan kontak rapat dengan pesakit adalah cara yang terbukti dan berkesan untuk mengawal penyebaran wabak.“Kini dengan maklumat daripada China yang mengatakan virus ini boleh disebarkan bukan sahaja melalui titisan, malah menerusi aerosol (percampuran virus dengan titisan udara) juga, adalah lebih mencabar untuk mengelakkan jangkitan. Maka, penghasilan vaksin adalah sangat dialukan.” - Bernama-Sinar Harian
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/02/perubatan-vaksin-koronavirus-dijangka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Lama Lagi Vaksin Koronavirus Covid 19 Akan Siap

Tak Lama Lagi Vaksin Koronavirus Covid 19 Akan Siap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 234 hits
Dalam dua bulan sahaja jumlah kes dan kematian berkaitan novel koronavirus sudah melepasi bilangan kes dan kematian SARS Maka tidak hairanlah pelbagai pihak antarabangsa kini berlumba lumba dalam penghasilan vaksin bagi mencegah jangkitan i...
Who Vaksin Covid 19 Dijangka Siap Dalam 18 Bulan

Who Vaksin Covid 19 Dijangka Siap Dalam 18 Bulan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 249 hits
GENEVA 14 FEB Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk koronavirus 2019 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan lapor agensi berita Xinhua Menerusi Twitternya be...
Umno Pas Bincang Agihan Kerusi Lebih Awal

Umno Pas Bincang Agihan Kerusi Lebih Awal

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 231 hits
UMNO dan Pas tidak menolak kemungkinan membincangkan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke 15 lebih awal bagi mengelak konflik pada saat akhir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia penting bagi mewujudkan keserasian...
Share To Lebih Banyak Rakyat Pertama Positif Koronavirus Stabil Di Wad Pengasingan

Share To Lebih Banyak Rakyat Pertama Positif Koronavirus Stabil Di Wad Pengasingan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 239 hits
MALAYSIAKINI KORONAVIRUS l Seorang lelaki bujang berusia 41 tahun dari Selangor menjadi warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif koronavirus Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pada satu sidang media di La...
Lapor Langsung Koronavirus Lebih 700 Maut Di Seluruh Dunia

Lapor Langsung Koronavirus Lebih 700 Maut Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 330 hits
ASTRO AWANI Angka korban jangkitan koronavirus terus meningkat merekodkan lebih 700 kematian setakat ini Jumlah kematian daripada wabak koronavirus baru di China melonjak kepada 718 pada Sabtu melebihi angka korban akibat wabak SARS hampir ...
Doktor Beri Amaran Awal Wabak Koronavirus Meninggal Dunia

Doktor Beri Amaran Awal Wabak Koronavirus Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 196 hits
MALAYSIAKINI Salah seorang doktor paling awal yang memberi amaran berkenaan penemuan koronavirus baru di Wuhan dan ditegur pihak berkuasa kerana berbuat demikian meninggal dunia awal pagi tadi Li Wenliang pakar mata berusia 34 tahun meningg...
China Lebih Ramai Pesakit Dijangkiti Koronavirus Pulih

China Lebih Ramai Pesakit Dijangkiti Koronavirus Pulih

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 194 hits
BEIJING 4 Feb Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti novel koronavirus telah pulih dan dibenarkan keluar hospital lapor agensi berita Xinhua Pada Isnin seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan k...
Koronavirus Covid 19 Ragut 1 110 Nyawa China Rekod Lebih 90 Kes Kematian Baru

Koronavirus Covid 19 Ragut 1 110 Nyawa China Rekod Lebih 90 Kes Kematian Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 412 hits
Jangkitan Coronavirus yang menular di China kini telah mengorbankan sebanyak 1 110 orang dengan Hubei yang menjadi pusat muculnya wabak melaporkan 94 kematian baharu Menurut The Korea Herald Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam kemas kini hari...
Jack Ma Derma Rm57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus

Jack Ma Derma Rm57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 323 hits
Jack Ma pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelid...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Jim Parsons Mayim Bialik Kembali Sebagai Sheldon Amy Dalam Gambar Siri Finale Young Sheldon