Tak Lagi Sokong Muhyiddin Nazri Dakwa Pn Kini Hilang Majoriti



Malaysiakini) – Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh Umno Padang Rengas serta pendirian yang dibuat oleh majlis tertinggi parti (MT) itu baru-baru ini.
“Atas mandat yang telah diberikan oleh bahagian saya – Padang Rengas – dan dengan mandat oleh MT maka saya pada hari ini mengumumkan saya Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli parlimen kawasan Padang Rengas dengan ini dan dengan rasminya saya menarik sokongan kepada pimpinan Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada,” katanya.
Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, keputusan yang diambil itu dibuat selepas dia berfikir panjang dan berasakan ia adalah langkah terbaik untuk Umno.
Sidang media Nazri itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hanya beberapa jam selepas Muhyiddin menyampaikan ucapan berkenaan pelaksanaan darurat di negara ini.
Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Pilihan Raya Umno merangkap ahli MT, Tajuddin Abdul Rahman.
Menurut Nazri lagi walaupun membuat keputusan itu Umno tidak menentukan bila pilihan raya umum perlu diadakan.
Namun dia menyatakan, dalam keadaan sekarang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi memiliki majoriti di parlimen.
“Dengan (penarikan) sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ini, bermakna hari ini kerajaan sudah ada (sokongan) 109 (ahli parlimen) saja… sudah tidak ada majoriti,” katanya.
Ditanya media mengenai kemungkinan akan ada lagi ahli parlimen lain yang akan mengikut langkah sama, Nazri berkata, ia terpulang kepada pertimbangan wakil rakyat yang berkenaan.
Sebelum ini katanya penarikan balik sokongan itu sudah dibuat Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Ahmad Jazlan.
“Saya rasa ada dua tiga lagi (ahli parlimen akan mengambil langkah sama) dalam masa terdekat ini,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/12/tak-lagi-sokong-muhyiddin-nazri-dakwa-pn-kini-hilang-majoriti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 270 hits
January 11 2021 KERAJAAN Perikatan Nasional akan tumbang jika sekurang kurangnya lima ahli Parlimen Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin kata Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kelab penyokong ahli ...
Hilang Majoriti Muhyiddin Harus Segera Mengadap Agong

Hilang Majoriti Muhyiddin Harus Segera Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 681 hits
1 Apabila Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional bermakna ketika ini jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN hanya ada 110 orang sah...
Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri Dan Wajar Letak Jawatan

Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri Dan Wajar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 407 hits
Sebentar tadi Ahli Parlimen Machang Dato Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dengan ini sokongan ke atas kerajaan PN sekarang adalah sebanyak 110 orang ahli Pa...
Muhyiddin Sudah Kalah Mohon Darurat Pengakuan Tiada Majoriti Kata Nazri

Muhyiddin Sudah Kalah Mohon Darurat Pengakuan Tiada Majoriti Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 285 hits
January 12 2021 KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menganggap tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon darurat sebagai pengakuan beliau sudah tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat Ia juga pengakuan bahawa Muhyidd...
Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 350 hits
Janganlah mengharap dan saran biden mengadap Agong Kerusi PM takkan datang bergolek dan Jangan asyik tuding jari salahkan orang lain kononnya menghalang sedangkan sendiri lembab By the way Zahid dah istihar belum tarik sokongan pd Muhyiddin...
Muhyiddin Sudah Hilang Sokongan Dan Telah Gagal Kata Orang Najib

Muhyiddin Sudah Hilang Sokongan Dan Telah Gagal Kata Orang Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh Isham Jalil Setelah bertahun saya menulis tentunya tuan tuan dan puan puan telah boleh melihat bahawa dalam sesuatu isu saya mengambil pendirian berdasarkan prinsip fakta dan kepercayaan saya dan bukannya berdasarkan populariti Sebagai...
Muhyiddin Ada Sokongan Majoriti Tak Perlu Undur

Muhyiddin Ada Sokongan Majoriti Tak Perlu Undur

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 236 hits
Tiada keperluan bagi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana sehingga kini beliau masih menerima sokongan majoriti ahli ahli Parlimen Ketua Penerangan Bersatu Wan...
Panas Nazri Dakwa Bersatu Tawar Rm20 000 Tubuh Cawangan Baru

Panas Nazri Dakwa Bersatu Tawar Rm20 000 Tubuh Cawangan Baru

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 298 hits
January 4 2021 Bekas ahli majlis tertinggi Umno Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Bersatu menawarkan wang berjumlah RM20 000 kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan parti itu di Perak Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah