Tak Kuat Tapi Masih Pm


 
Mohsin Abdullah -December 4, 2020 
Tanpa cakap berlapik dinyatakan Muhyiddin Yassin tidak kuat. Bukan fizikal tetapi bercakap daripada sudut politik. Rasanya ramai yang beranggapan demikian.
Sejak beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Mac lalu, umumnya dalam kalangan orang politik (malah orang ramai juga) berkata “Muhyiddin tak lama jadi PM”.
Sebabnya beliau tidak mempunyai sokongan majoriti yang besar di Parlimen. Tipis sebenarnya. Sehingga jika hanya dua Ahli Parlimen yang menyokong berpaling tadah, beliau akan berada dalam keadaan amat tidak selesa (ini cakap berlapik). Dua tiga lagi tarik sokongan jawatan perdana menteri hilang, kerajaannya tumbang.
Beberapa kali kita dengar ini akan berlaku. Si polan si polan kononnya akan paling tadah. Namun itu tidak berlaku. Mengapa? Pelbagai sebab dan alasan diberi yang saya tidak cadang menghuraikan disini. Ramai sudah dengar dan punya tafsiran masing-masing .
Ada usaha menguji Muhyiddin di Parlimen menerusi undi tidak percaya. Itu pun tidak kesampaian sehingga kini. Speaker kata urusan kerajaan mesti diberi keutamaan terlebih dahulu. Terselamat Muhyiddin. Tuah seorang PM.
Timbul keadaan menumbangkan beliau menerusi Belanjawan 2021. Sekat belanjawan Muhyiddin letak jawatan. Sehingga kini langkah menyekat Belanjawan 2021 tidak berhasil. Sebaliknya ia dilihat menuju ke arah mendapat kelulusan Parlimen. Maknanya Muhyiddin kekal PM.
Hakikatnya Muhyiddin tidak kuat tetapi pembangkang yang dilihat gah dan kuat tidak sepakat. Ada yang mahu Dr Mahathir Mohamad jadi PM. Ada yang mahu Anwar Ibrahim. Ada juga yang mahu Shafie Apdal. Yang tersenyum lebar Muhyiddin.
Benar wabak Covid-19 memeningkan Muhyiddin. Namun kerana Covid-19 lah Parlimen yang sepatutnya bersidang pada 9 Mac ditunda. Ketika itu “kemarahan” terhadap kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin (atau kerajaan tebuk atap kata Presiden PAS, Hadi Awang) memuncak. Pembangkang ketika itu cukup bersedia merampas semula apa yang dirampas daripada mereka. Hasrat itu tidak kesampaian.
Seperti dikatakan tadi Covid-19 memaksa sidang yang dijadual 9 Mac ditangguh sehingga 18 Mei. Bagaimanapun ia bukan bersidang dalam erti kata bersidang. Kerajaan Muhyiddin memutuskan ia diadakan selama satu hari dan menyaksikan titah pembukaan penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong dan tiada sidang selepas titah Diraja. Pembangkang kecewa.
Sidang Parlimen diadakan pada Julai. Muhyiddin kemukakan usul menamatkan khidmat Speaker Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming. Usul diterima dengan kemenangan undian tipis.
Pengganti ialah Azhar Azizan Harun sebagai speaker dan Azalina Othman Said timbalan speaker. Mohd Rashid Hasnon kekal timbalan speaker kedua.
Covid-19 juga mendorong Muhyiddin memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Agong bagaimanapun menolak. Tamparan buat Muhyiddin kata orang. Namun beliau tetap PM.
Tetapi proklamasi darurat beliau perolehi untuk kawasan Parlimen Batu Sapi di Sabah bagi mengelakkan pilihan raya kecil demi membendung wabak.
Bercakap mengenai pilihan raya, ramai khususnya pembangkang dan penentang beranggapan PRU-15 gelanggang terbaik untk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Namun dalam keadaan Covid-19, pilihan raya mengundang bahaya. Lantas Muhyiddin belum boleh diuji. Masih selamat.
Pun begitu UMNO yang dilihat sebagai sekutu PN (kadang-kadang bertindak bukan seperti sekutu) mahu pilihan raya diadakan sebaik sahaja keadaan wabak reda.
Muhyiddin baru-baru ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang menyentuh beberapa perkara penting termasuk mengadakan PRU-15.
Mungkin beliau sudah dalam keadaan selesa dan yakin untuk menghadapi pilihan raya.
Apa pun bukannya semua “plain sailing” buat Muhyiddin. Melihat PN mengingatkan saya filem P Ramlee, Keluarga 69. Filem komedi itu mengisahkan dua keluarga yang bertembung tetapi disatukan menerusi perkahwinan antara mereka dengan cara luar biasa. Yakni kisah kahwin cerai dan kahwin semula yang membabitkan anggota keluarga.
Kesimpulanya dibuat oleh Osman, antara watak utama filem itu, apabila dia berkata di penghujung filem, “keluarga ini telah menjadi tunggang terbalik, keluarga songsang, keluarga 69″. Jika anda pernah menonton filem itu anda akan tahu apa maksud si Osman.
PN dianggotai PPBM pimpinan Muhyididn, PAS, dan dua parti Sabah iaitu STAR dan SAPP.
UMNO-BN bukan komponen PN walaupun beberapa pemimpinnya ada dalam kerajaan Muhyiddin. Hakikatnya ada dalam UMNO yang menyokong PN, ada yang tidak.
UMNO kekal dalam BN bersama MCA dan MIC. UMNO bersama PAS menubuhkan Muafakat Nasional. Seperti semua maklum PAS duduk dalam MN dan PN.
UMNO tidak ada dalam PN sebab tidak senang dengan PPBM. Mereka mahu bersama PAS kerana percaya gabungan mereka boleh beri kemenangan pilihan raya.
PAS pula mahu UMNO bersama dalam PN kerana, kata pemerhati politik, lebih senang berunding untuk kerusi yang mereka ingin bertanding jika rundingan membabitkan juga PPBM. Rundingan secara “direct” dengan UMNO memang sukar kerana PAS dan UMNO sama kuat. Jelas PPBM dilihat sebagai lemah.
Bagaimana pun “selemah-lemah” PPBM, parti itu ada Muhyiddin sebagai PM. Tidak perlu dijelaskan apa seorang perdana menteri boleh lakukan dengan kuasa yang ada.
Walau pun perdana menteri presiden PPBM, ada pemerhati politik berpendapat UMNO yang menekan PPBM, “dictate terms” sehinga dilihat mendera PPBM. Sekurang-kurangnya begitulah gambarannya.
Ada pemerhati politik pula (termasuk orang UMNO) yang melihat sebaliknya. Kata mereka, PPBM yang mendera dan menganaktirikan UMNO.
Bukanlah rahsia UMNO mahu berkuasa semula. Mereka mahu memimpin bukan dipimpin. Jika berada dalam sesuatu gabungan UMNO mahu mendominasi. Seperti dalam BN. Semasa BN memerintah UMNO lah yang menjadi bos.
Untuk itu, walaupun ada bermacam-macam kem dalam parti, UMNO boleh merapatkan barisan bila menghadapi ancaman khususnya pilihan raya. Sengketa diketepikan buat seketika. Menang pilihan raya bersengketa semula.
Realitinya UMNO boleh ketepikan persengketaan sesama sendiri untuk mencapai “common goal”. Mereka menang pilihan raya demi pilihn raya sehinggalah PRU-14 pada 2018. Mereka tewas bukan kerana tidak bersatu tetapi tidak tertahan gelombang anti-BN ketika itu.
Kini UMNO mahu berkuasa semula. Pemimpin UMNO bertindak untuk mencapai matlamat itu. Ini termasuk berunding dengan pelbagai pihak untuk mereka mendapat keuntungan. Tidak ada salahnya mereka cuba mendapat yang terbaik.
Kita dengar mereka berunding dengan pembangkang khususnya Anwar. Ada pihak berpendapat ini digunakan untuk “menakutkan” Muhyididn. UMNO “mengancam” atau memberi gambaran untuk menarik sokongan terhadap Muhyididn jika apa yang mereka mahu tidak dituruti.
Tetapi kerap juga mereka cakap tak serupa bikin. Lantas ramai yang melihat UMNO sebagai “berani berani takut”. Tidak dinafikan UMNO dapat kenikmatan dalam keadaan sekarang lalu ada pemerhati politik berkata parti itu tidak berani bergerak sendirian khususnya tanpa PAS (begitu juga PAS yang perlukan UMNO).
Yang jelas UMNO mahu jadi parti dominan. PPBM tahu ini semua. Pemimpinnya, Saifuddin Abdullah, baru-baru ini menegaskan isu siapa mendominasi tidak perlu timbul jika partinya, UMNO, dan PAS duduk dalam satu gabungan untuk menghadapi PRU-15.
Bagi UMNO, cara terbaik ialah PPBM dibubarkan dan semua pemimpin dan ahli menyertai UMNO. Apatah lagi kebanyakan mereka berasal daripada UMNO. Dengan ini UMNO jadi parti dominan.
Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, apabila beliau dipetik berkata sudah sampai waktunya Muhyiddin dan partinya “pulang ke gagang”. Ini bukan kali pertama Asyraf mengajak PPBM menyertai UMNO.
Pemerhati politik tidak menjangka Muhyiddin akan menyahut “jemputan” itu.
Kesimpulannya, pembangkang dan kerajaan mempunyai masalah tersendiri masing-masing. Untuk mendapat kuasa, masalah itu semua mesti diselesaikan. Dengan cara dan kaedah tersendiri.
Cukup setakat ini sebelum saya dituduh mahu mengajar orang yang tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana perlu dilakukan.
 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/tak-kuat-tapi-masih-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 558 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak

Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 248 hits
Seorang penduduk melalui jalan Kampung Hutan Palas Kodiang di Kubang Pasu yang rosak dan berlubang KUBANG PASU Kira kira 40 penduduk daripada tujuh buah keluarga di Kampung Hutan Palas Kodiang di sini memohon kerajaan membina jalan tar di k...
Hiburan Umur Dah 26 Tahun Tapi Masih Dapat Watak Budak Sekolah Daiyan Trisha Mahu Dikenali Sebagai Pelakon Serba Boleh

Hiburan Umur Dah 26 Tahun Tapi Masih Dapat Watak Budak Sekolah Daiyan Trisha Mahu Dikenali Sebagai Pelakon Serba Boleh

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 426 hits
Pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha mengaku dirinya gembira apabila ditawarkan dengan watak pelajar sekolah meskipun usia sudah pun mencecah 26 tahun Tidak merasa janggal Daiyan bakal membawakan watak tersebut menerusi drama siri berjud...
Hidup Di Negeri Kuat Umno Tapi Gagal Sumbang Kerusi Pedih Kan

Hidup Di Negeri Kuat Umno Tapi Gagal Sumbang Kerusi Pedih Kan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 284 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 4 59 pmAnnuar MusaDilabel sebagai tokoh yang sudah mati dalam Umno Setiausaha Agung BN Annuar Musa bingkas menempelak pihak yang melontarkan sindiran tersebut Dan menteri Wilayah Persekutuan itu membidas...
Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 Ppbm Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa Tapi Ppbm Masih Bernafsu Besar

Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 Ppbm Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa Tapi Ppbm Masih Bernafsu Besar

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 351 hits
Kalau di peringkat pusat Presiden PPBM Muhyiddin Yassin bergelut dalam menghadapi pengundian Bajet 2021 dan usul undi percaya serta usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat di peringkat negeri Perak pula Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faiza...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya