Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 Ppbm Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa Tapi Ppbm Masih Bernafsu Besar



Kalau di peringkat pusat, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, bergelut dalam menghadapi pengundian Bajet 2021 dan usul undi percaya serta usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat, di peringkat negeri Perak pula, Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja), menghadapi kekalutan yang sama bila Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, telah membenarkan usul undi percaya yang dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baharu, Abd Manaf Hashim, dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat dan akan dibahaskan pada sidang DUN Perak pada Jumaat ini, 4 Disember 2020.
Kalau Presiden PPBM yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini hanya mempunyai kelebihan sokongan 2 Ahli Parlimen dari 220, dari 113 Ahli Parlimen (ditolak dengan 1 Ahli Parlimen blok kerajaan yang meninggal dunia), berbanding dengan blok pembangkang yang mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen (ditolak dengan kematian 1 Ahli Parlimen), majoriti mudah di dalam Parlimen ialah 111 sokongan Ahli Parlimen


Peja pula hanya mempunyai kelebihan sokongan 3 ADUN, dari 33 ADUN di blok kerajaan dan blok pembangkang pula mempunyai sokongan 26 ADUN

Majoriti mudah yang diperlukan oleh PPBM untuk mengekalkan kuasa PPBM dan Peja sebagai Menteri Besar Perak ialah sokongan minima 30 ADUN dari jumlah keseluruhan seramai 59 ADUN Perak

Secara dasarnya, kalau berlaku undi percaya atau tidak percaya, sama ada ke atas Presiden PPBM, Muhyiddin dalam Dewan Rakyat atau ke atas Timbalan Presiden PPBM, Peja dalam Dewan Undangan Negeri Perak, PPBM memerlukan sokongan padu dari kesemua Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang berada di blok kerajaan untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden mereka sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak

Masaalah terbesar yang dihadapi oleh PPBM untuk mengekalkan Presiden mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Presiden mereka sebagai Menteri Besar ialah PPBM merupakan parti picisan dalam gabungan parti politik yang membentuk kerajaan

PPBM memerlukan sokongan dari Barisan Nasional yang mempunyai 43 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dan 25 ADUN Perak di peringkat Dewan Undangan Negeri Perak

Seharusnya, sebagai pihak yang lebih memerlukan, PPBM sepatutnya menghormati Barisan Nasional/UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai kuasa untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat negeri Perak pada bila-bila masa

Namun yang berlaku adalah sebaliknya

Sikap angkuh PPBM terhadap UMNO telah menimbulkan pergeseran dalaman

Tidak perlu admin ulas dengan panjang lebar apa yang telah dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO di peringkat pusat hingga beberapa kali menimbulkan ketegangan hubungan antara UMNO dan PPBM

Namun ramai yang tidak mengetahui, di peringkat negeri Perak, pergeseran yang serius bermula dari Pilihanraya Kecil Slim yang lepas

Walau pun kebersamaan berada di blok kerajaan sudah wujud, namun sikap biadab yang menaburkan borang keahlian PPBM ketika pihak jentera pilihanraya UMNO dan PAS sedang berkempen adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab


Walau pun telah ditegur dan diberikan sindiran pedas oleh Presiden UMNO sendiri, namun kebiadapan PPBM masih tetap diteruskan dengan mengedarkan borang keahlian PPBM di kawasan kubu kuat UMNO

Apakah motif mereka lakukan demikian

Di manakah kejujuran dan keikhlasan PPBM dalam menjalinkan kerjasama

Sekiranya PPBM gagal mempertahankan Presiden atau Timbalan Presiden PPBM tumbang dari jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar, secara moralnya, PPBM sudah tidak layak memimpin Perikatan Nasional


Sedang orang nombor 1 dan nombor 2 berhempas pulas cuba untuk mengekalkan kuasa, namun beberapa pemimpin setahun jagung PPBM terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan keangkuhan dan kebodohan mereka di dalam politik

PPBM mesti sedar, dari sudut saiz parti dan kualiti pemimpin, PPBM tidak akan mampu untuk melawan UMNO

Keahlian PPBM di peringkat akar umbi PPBM baru mencecah 160,000 orang ahli, manakala keahlian akar umbi UMNO sudah mencecah 3.2 juta ahli

Kekuatan UMNO berada di akar umbi, dalilnya, selepas tewas di PRU 14, tidak ada satu cawangan, apa lagi bahagian UMNO yang ditutup kerana meninggalkan UMNO, malah akar umbi UMNO yang berkerja siang dan malam untuk terus memperjuangkan parti keramat orang Melayu ini

Manakala kekuatan PPBM hanyalah di peringkat kepimpinan tertinggi, lebih tepat lagi kerana Presiden PPBM menjawat jawatan Perdana Menteri, tanpa jawatan Perdana Menteri, PPBM sudah lama berkubur

Namun PPBM tiada pelapis yang mampu menggantikan Muhyiddin, manakala pemimpin PPBM di peringkat pusat hanya mempunyai pengalaman setahun jagung, baik dari sudut kepimpinan, mahu pun dari sudut berpolitik

Kalau benar PPBM ikhlas mahu satukan parti-parti Melayu dengan alasan penyatuan masyarakat Melayu Islam, buanglah sifat khianat dan angkuh PPBM, kalau tidak, bersedialan menghadapi penolakan dan tentangan dari UMNO

Sedarlah, apa yang dilakukan oleh PPBM ke atas UMNO selama ini, ibarat mengganggu seekor harimau luka yang sedang berehat

Jangan salahkan harimau kalau dia mengamuk!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/12/orang-nombor-1-dan-nombor-2-ppbm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Allah Sudah 3 Tahun Dikubur Jenazah Kiai Madura Masih Utuh Dan Wangi

Kuasa Allah Sudah 3 Tahun Dikubur Jenazah Kiai Madura Masih Utuh Dan Wangi

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 210 hits
Inilah insiden yang membuat warga Dusun Banbalang Desa Batoporo Barat Kecamatan Kedungdung Kabupaten Sampang Madura tiada henti mengucap MasyaAllah Penggali kubur serta warga seketika dibuat takjub dengan fenomena langka yang mereka saksika...
Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak

Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 256 hits
Seorang penduduk melalui jalan Kampung Hutan Palas Kodiang di Kubang Pasu yang rosak dan berlubang KUBANG PASU Kira kira 40 penduduk daripada tujuh buah keluarga di Kampung Hutan Palas Kodiang di sini memohon kerajaan membina jalan tar di k...
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 565 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 284 hits
YBhg Dato Kamal Amir Kamal Hijaz penganalisa politik bekas editor Karangkraf mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah agar UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Adakah PAS yang telah me...
Annuar Nafi Sertai Ppbm Jiwa Masih Bersama Umno

Annuar Nafi Sertai Ppbm Jiwa Masih Bersama Umno

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 300 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berikrar untuk terus setia kepada Umno dan tidak akan menyertai PPBM Walaupun berdepan pelbagai tekanan dan cabaran dalam politik ahli Parlimen Ketereh itu berkata jiwanya kekal sebagai ahli Umn...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi