Tak Kisah Dipulau Tak Ada Kawan Arena Dewi Remaja Kongsi Kisah Adik Autisme Salute
Tak Kisah Dipulau & Tak Ada Kawan, Arena Dewi Remaja Kongsi Kisah Adik Autisme. Salute! Si gadis 19 tahun ini antara finalis Dewi Remaja 2018/19 kali ini. Biarpun tiada rezeki untuk terpilih sehingga ke top 5, Arena atau nama penuhnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan tetap gembira berada dalam top 12.
BACA: “Nak malu apa isteriku?” – Isteri naik angin anak dinamakan Muhammad Bossku
Malah, lebih membanggakan apabila dia berjaya meraih Anugerah Dewi Favorite di dalam program berkenaan menerusi undian peminat.
Rupa-rupanya Arena adalah kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’, selain merupakan anak kepada komposer terkenal, Iman Wan.
Sangat Raat Dengan Adiknya
Menerusi pemerhatian di laman sosial Instagram milik Arena; @arenalieya, gadis yang mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar ini cukup rapat dengan adiknya itu. Malah, dia pernah membuat thread berkenaan adik istimewanya itu menerusi laman twitter.
Rata-rata yang membaca thread tersebut menyifatkan ia satu perkongsian yang sangat berinspirasi terutama sekali kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga autisme.
Lahir dalam keluarga campuran Cina (ayah) dan Melayu (ibu), Arena mempunyai adik autistik yang 2 tahun lebih muda daripadanya.
Menerusi thread berkenaan, Arena mengakui cukup gembira waktu kecil dahulu apabila diberitahu bakal mendapat adik. Namun dia kemudiannya mendapat tahu adiknya itu tidak senormal kanak-kanak lain.
Ketika itu usianya baru empat tahun dan belum mengerti apa-apa. baginya, Adam seperti kanak-kanak normal lain. Sehinggalah menginjak ke usia 12 tahun Arena mula terasa kelainan tersebut.
Perangai Tantrum Adam sering menarik perhatian orang ramai ketika keluar bersama keluarga menyebabkan Arena malu. Pandangan orang ramai terhadap keluarga mereka juga membuatkan Arena tidak selesa.
Hampir-hampir kehilangan adiknya di dalam kompleks membeli belah memaksa Arena menjadi penjaga kepada adiknya itu setiap kali mereka keluar bersama. Ini kerana Arena cukup pantas mengejar si adiknya
Sebagai kakak sulung dan mempunyai adik yang istimewa, bukanlah satu hal yang mudah. Sementelah ibu bapa terpaksa memberi tumpuan penuh kepada adiknya itu. Namun Arena memahami akan perkara tersebut.
Kenal Erti Tanggungjawab
Sehinggalah usianya 13 tahun, Arena mendapat seorang adik perempuan. Itulah yang dinanti-nantikannya selama ini. Kehadiran adik baru ini membuatkan Arena mengenal erti tanggung jawab.
Biarpun adiknya Adam mula bertindak ganas, namun Arena belajar erti tanggung jawab sebagai kakak sulung. Dalam mententeramkan adiknya itu, kadang kala Arena mengalami kecederaan kecil termasuklah muka dan lengan dicakar dan sebagainya.
Namun, kasih sayang terhadap adiknya itu tetap utuh. Dek kerana itu jugalah dia tidak mempunyai kawan rapat di luar sana. Sementelah masanya banyak dihabiskan di rumah.
Adam Tantrum Teruk
Sehinggalah dia menyertai Dewi Remaja dan hampir-hampir melupakan hasrat tersebut apabila Adam tantrum yang sangat teruk. Kisah tersebut dikongsikan oleh ayahnya menerusi instagramnya.
Mengakui bukan mudah mempunyai ahli keluarga yang menghadapi autisme. Namun Arena tetap positif dan menjadi kakak yang penyayang dan begitu melindungi adik-adiknya.
Malah Arena bersyukur kerana memiliki adik seperti Adam yang mengajarnya supaya lebih berkeyakinan, sabar serta bersyukur dengan apa yang dia ada selama ini.
Sumber: Keluarga
The post Tak Kisah Dipulau & Tak Ada Kawan, Arena Dewi Remaja Kongsi Kisah Adik Autisme. Salute! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tak-kisah-dipulau-tak-ada-kawan-arena-dewi-remaja-kongsi-kisah-adik-autisme/