Tak Hormat Institusi Raja Dewan Kecoh Anwar Baca Kenyataan Istana





Laungan ‘derhaka’, ‘letak jawatan’ ketika Anwar baca kenyataan Agong





Anwar Ibrahim berkata, negara bukan sahaja menghadapi krisis Perlembagaan, tetapi kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin turut menghina Agong dan menipu Ahli Parlimen serta rakyat.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh dengan laungan derhaka dan gesaan supaya Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meletak jawatan, selepas Yang di-Pertuan Agong mendedahkan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan baginda.

“Derhaka…derhaka. Letak jawatan, rujuk dia,” kata beberapa Ahli Parlimen pembangkang ketika Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) membaca kenyataan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Anwar berkata, negara bukan sahaja menghadapi krisis Perlembagaan, tetapi kerajaan pimpinan Muhyiddin turut menghina Agong dan menipu Ahli Parlimen serta rakyat.

Ketua Pembangkang itu berkata, Agong juga menyebut secara khusus nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang bertindak mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kenyataan ini jelas menunjukkan Kabinet yang diketuai Muhyiddin telah melanggar Perlembagaan, menghina institusi diraja, khususnya Agong dan ini termasuk Takiyuddin mengelirukan Dewan.

“(Beliau) tidak bercakap benar pada Dewan dan kelirukan rakyat Malaysia. Kita tidak ada pilihan, selain tuntut Perdana Menteri letak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Katanya, Agong menzahirkan rasa amat dukacita kerana pembatalan Ordinan Darurat tidak dikemukakan untuk mendapat perkenan baginda.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon menyifatkan kenyataan Agong itu sebagai “kenyataan media”.

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bangkit mempersoalkan kenapa Rashid melindungi menteri daripada menjawab perkara itu, selepas beliau meminta perbahasan mengenai pakej rangsangan diteruskan.

Katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun perlu meletak jawatan, jika usul difailkannya semalam mengenai Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat tidak dibahaskan.

“Ia satu perkara yang patut diberi keutamaan kerana isu itu sangat serius. Isu berkenaan kuasa, kenapa sehingga sekarang usul itu tidak dibahaskan?

“Bukan setakat Kota Bharu (Takiyuddin), semua menteri di situ tahu. Kenapa Speaker melindungi mereka?” soalnya.

Lebih ramai Ahli Parlimen kemudiannya menuntut Azhar, Muhyiddin dan Takiyuddin hadir di Dewan Rakyat kerana ketiga-tiganya tiada di dalam Dewan ketika ini.

Noh Omar (BN-Tanjung Karang) mencadangkan Dewan Rakyat ditangguhkan hari ini kerana timbul isu kontroversi.

“Tangguh sementara dulu. Ini perkara serius.”

Rashid kemudian menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama 15 minit.

Bagaimanapun, selepas penangguhan sidang selama 15 minit, Rashid memaklumkan Dewan Rakyat akan disambung semula 2.30 petang ini.

“Saya telah adakan sedikit perbincangan dan membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat ini, kemudian dimulakan semula 2.30 petang.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/tak-hormat-institusi-raja-dewan-kecoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laungan Derhaka Letak Jawatan Ketika Anwar Baca Kenyataan Agong

Laungan Derhaka Letak Jawatan Ketika Anwar Baca Kenyataan Agong

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 318 hits
Laungan derhaka letak jawatan ketika Anwar baca kenyataan Agong Dewan Rakyat kecoh dengan laungan derhaka dan gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas Yang di Pertuan Agong mendedahkan kerajaan membatalkan Ordi...
Pn Masih Ada Majoriti Anwar Gesa Tpm Baca Undang Undang

Pn Masih Ada Majoriti Anwar Gesa Tpm Baca Undang Undang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 356 hits
By Opposition Chief and Member of Parliament of Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Dewan Rakyat sitting in the Parliament PIX Courtesy of the Department of Information MalaysiaGazette 26 JULY 2021 KUALA LUMPUR Kenyataan Timbalan P...
Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 565 hits
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli ahli Parlimen walaupun terdapat gesaan ahli Parlimen pembangkang yang mahu Muhyiddin Yassin meletakkan...
Dr Mahathir Checkmates Zahid Najib Anwar And Istana

Dr Mahathir Checkmates Zahid Najib Anwar And Istana

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 391 hits
Well it looks like Dr Mahathir is back in the center stage again Since yesterday I began hearing alternative theories about what is actually going on It began with Dr M apologizing for being at that gathering at Dataran Merdeka He apologize...
Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu Menurut Timbalan Dewan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari pembocora...
Dewan Rakyat Adjourns Sitting Again To 3 30pm After Istana S Statement

Dewan Rakyat Adjourns Sitting Again To 3 30pm After Istana S Statement

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 367 hits
In a rare move the Dewan Rakyat adjourned for a second time in the same day during today s special Parliament sitting Dewan Rakyat deputy speaker Azalina Said Othman said discussion on the order of sitting was still underway therefore she p...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Ralat Tak Tengok Supermoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah