Tak Habis Lagi Kisah Anak Beranak Didakwa Menyamun Ni Tu Pun Macai Dok Lagi Pangge Boosku Apa Pencuri Pangge Boss


 
Saman 1MDB: Anak tiri Najib diarah fail pembelaan sebelum 25 Okt

Bernama -September 28, 2021Saman itu difailkan 1MDB dan tiga subsidiarinya terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman USD248 juta (RM1 bilion) terhadapnya.
Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.
Semasa dihubungi Bernama, peguam Hariharan Tara Singh, mewakili Riza dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Oktober.
“Mahkamah juga menetapkan 9 November untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 November,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.
Hariharan berkata, defendan melantik Tetuan Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.
1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Tetuan Shearn Delamore & Co, menamakan Riza dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.
Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.
Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira USD250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.
Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.
Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.
Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/tak-habis-lagi-kisah-anak-beranak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkejut Umi Tak Tahu Bila Boleh Hilang Ni Anak Main Inai Celup Habis Muka Merah

Terkejut Umi Tak Tahu Bila Boleh Hilang Ni Anak Main Inai Celup Habis Muka Merah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 287 hits
Alahai anak Tiba tiba tengok warna merah penuh muka ingatkan darah rupanya inai dalam botol yang disapu pada muka Bertuah sungguh anak Patutlah orang kata sementara anak anak nak membesar pantang leka sikit adalah apa apa yang dilakukannya ...
Kemalangan Dua Beranak Anak Maut Tercampak Ibu Dikejar Ke Hospital

Kemalangan Dua Beranak Anak Maut Tercampak Ibu Dikejar Ke Hospital

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 311 hits
Berlaku satu kemalangan melibatkan seorang anak dan seorang ibu selepas anaknya yang berusia 25 tahun itu dikhabarkan maut akibat tercampak keluar dari kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu ibunya yang berlaku di Kilometer 11 Jalan Ten...
Hiburan Anak Dapat Anugerah Kecemerlangan Rita Rudaini Tak Kisah Orang Mengata Dirinya Kecoh

Hiburan Anak Dapat Anugerah Kecemerlangan Rita Rudaini Tak Kisah Orang Mengata Dirinya Kecoh

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 264 hits
Pelakon sensasi Rita Rudaini berkata dirinya tak kisah jika dianggap kecoh mengenai pencapaian anak anak meskipun ia dianggap biasa oleh sesetengah pihak ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Rita dia hanya menunjukkan rasa bangga dengan apa ...
Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 526 hits
Ketika Covid 19 menyerang satu demi satu bisnes lingkup Deretan kedai perniagaan yang satu ketika dulu meriah dengan urusan jual beli terpaksa ditutup dan sesetengah bandar menjadi pekan hantu seolah olah tidak berpenghuni Siapa saja tak te...
Lakukan Amang Seksual Pada Anak Kawan Warga Emas Didakwa

Lakukan Amang Seksual Pada Anak Kawan Warga Emas Didakwa

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 199 hits
Lakukan amang seksual pada anak kawan warga emas didakwa Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak kanak perempuan berusia tujuh ta...
Baju Laki Kain Pelikat Anak Belom Habis P4ntang Ozlynn Sempoi K0ngsi 0otd

Baju Laki Kain Pelikat Anak Belom Habis P4ntang Ozlynn Sempoi K0ngsi 0otd

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 349 hits
Pelakon Ozlynn Wati berkongsi sekeping foto dirinya mengenakan Outfit of the Day di laman Instagram yang masih menjalani proses berp4ntang selepas melahirkan cahaya mata keenam Menurut pelakon berusia 44 tahun itu dia terpaksa bersabar dudu...
Menjelang 4 Tahun Pernikahan Derby Romero Dan Claudia Adinda Umumkan Kabar Kehamilan Anak Pertama

Menjelang 4 Tahun Pernikahan Derby Romero Dan Claudia Adinda Umumkan Kabar Kehamilan Anak Pertama

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 259 hits
Derby dan Claudia tengah diliputi rasa bahagia berkat kehadiran calon anak pertamanya Selamat
Anak Jarang Sakit Tu Nikmat Rezeki Yang Tak Ternilai

Anak Jarang Sakit Tu Nikmat Rezeki Yang Tak Ternilai

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 479 hits
Anak sihat mak ayah hepi Betul kan Kalau anak asyik sakit kita pun penat stress Semalam Arreessa tanya mama bila last kakak demam ye Tahun lepas ada ke Mama pun tak ingat sebab Alhamdulilah 3 gurls ni jarang demam Sebab mama bila nampak bun...
Pesara Dakwa Rugi Rm16 000 Ditipu Anak Saudara

Pesara Dakwa Rugi Rm16 000 Ditipu Anak Saudara

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 273 hits
Seorang pesara membuat laporan polis mendakwa kerugian RM16 000 selepas ditipu anak saudaranya bagi melepaskan anaknya yang ditahan polis bagi kesalahan berkaitan dadah Julai lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd W...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025