Tak Habis Habis Lagi Hal Konsert


 

“Abang tak pergi ke konsert Coldplay?” Tanya kawan saya, anak muda yang setelah gigih bertarung di internet, akhirnya gagal memiliki tiket.
“Tak. Tak minat,” jawab saya.
Saya mempunyai sifir mudah dalam hitungan hidup saya. Jika tak minat, walaupun ditawarkan tiket percuma pun saya tak mahu. Biarlah diberikan kepada mereka yang benar-benar minat. Kalau saya minat betul dengan seseorang artis atau sesebuah band tapi bajet tak ada untuk beli tiket konsert, saya diam sajalah buat bodoh tanpa perlu ada rasa ralat. Saya hanya peminat, bukan penyembah. Mampu, saya pergi. Tak mampu, lupakan. Tapi kalau beri tiket percuma, ya saya akan pergi. Saya harap sifir hidup saya ini boleh dijadikan contoh. Ha! Ha!
Isu Coldplay jadi besar hanya kerana orang politik menyibuk-nyibuk. Ada banyak konsert berlalu dan mendatang tapi konsert Coldplay pula yang jadi isu nasional. Sebab permainan geng-geng politik ni aja! Antara pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Mulalah main isu LGBT, isu ‘maksiat merosakkan ummah dan mengundang kemurkaan tuhan’ padahal waktu ‘awak’ jadi kerajaan sebelum ini tak adakah konsert di mana artisnya ‘menyokong’ LGBT? Tak payahlah kita nak senaraikan di sini, boleh saja kita buat “homework” (bak kata Hattan) apa konsert dan siapakah artis semasa kerajaan terdahulu, akan terkeluarlah. Kenapa pada masa itu kamu tak bising? Tak bertekak tentang isu moral atau LGBT atau maksiat? Di rumah kamu tidak ada cermin muka waktu kamu menyikat rambut pagi-pagi? Tentang kedai judi dan cabutan nombor ekor waktu kamu perintah bagaimana? Kenapa kamu diam?
“Oh! Ingat abang anti-LGBT,” gurau kawan saya membuat saya tersedar jauh benar saya mengelamun menjawab persoalan di atas. Saya tahu kawan saya ini hanya sekadar melawak. Dia sengaja hendak menjolok saya, saya tahu.
Saya cukup berasa mual dan menyampah dengan permainan isu politik ‘bangang’ tak habis-habis macam ini. Okeylah, saya tak minat Coldplay. Kita tukar situasi. Saya peminat band Queen. Jika band Queen masih ada atau Freddie Mercury masih hidup dan datang Malaysia untuk buat konsert, saya hendak pergi. Saya suka Freddie, setiap kali mendengar nyanyian dan menonton persembahannya tidak terlintas pun dalam kepala saya dia itu mempunyai sisi lain dari segi orientasi seks apatah lagi untuk menjadi seperti dirinya. TIDAKKK! Saya pernah ketika remaja diancam seorang ‘brader’ seks songsang dan trauma yang saya alami memakan masa bertahun-tahun. Saya “straight” dan saya menentang sesuatu yang dipaksakan ke atas saya. Kau, kau. Aku, aku!
Jadi, saya meminati Queen bukan kerana Freddie seorang homoseksual atau biseksual. Itu dia punya hal. Saya terangsang mendengar lagu Bohemian Rhapsody, Innuendo, Love Of My Life, Don’t Stop Me Now, dan lain-lain. Muziknya membuat saya bertenaga. Minat gila!
Soal konsert meruntuhkan moral, mengundang kemarahan Tuhan ini amat menyedihkan saya. Apakah seorang saya yang ingin menikmati muzik sesebuah band itu turut sama dicop bersubahat jika berpuluh ribu penonton lain dikatakan buat maksiat? Sedihnya. Tanpa memikirkan Freddie seorang homoseksual apakah saya tergolong dalam golongan yang bersubahat ketika saya hadir di dalam stadium itu? Saya hanya ingin menikmati bunyian yang dihasilkan oleh sekumpulan seniman. Tapi saya kena pukul rata dan dahi saya pun kena cop sebab adanya istilah ‘subahat’? Isy… kecewanya.
Yang saya tahu artis-artis yang membuat konsert di mana saya hadir itu bukan kluster mahkamah yang mempunyai tuduhan rasuah. Puak yang menyatakan saya tak bermoral sebab pergi konsert itu boleh pula berpeluk-peluk dengan musuh lama mereka yang mereka sendiri pernah kata tak bermoral, perembat kekayaan, dan pemecah-belah ummah. Eh…eh dia berkawan tak apa, kita tak boleh. Bila dia buat, dia kata demi menyelamatkan ummah, kita yang pergi konsert dia bilang meruntuhkan ummah. Untuk dia tak ada istilah bersubahat, istilah moral. Apa cerita ni, dey?
Alamak! Ter-emosi pula saya. Maaf. Tenang! Tenang! Mari kita selesaikannya baik-baik atas nama demokrasi. Siapa saja berhak beri pandangan. Kita alu-alukan. Pihak ‘sana’ berhak mengatakan saya tak bermoral jika saya hadir ke konsert, saya terima. Saya juga berhak menolak mereka yang saya rasa bersubahat apabila mereka bergabung dengan pemimpin politik yang pernah mereka sendiri gelarkan sebagai bapa perasuah. Adil, 1-1.
“Masalah moral, masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moral mu, urus saja akhlak mu…”
Itu kata Iwan Fals dalam lagu Manusia Setengah Dewa. Kata saya pula..
“Masalah moral, masalah akhlak
Kita uruslah sendiri,
Bersihkan diri, bersihkan hati,
Bersihkanlah air paip yang keruh itu sekali!”
-FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/tak-habis-habis-lagi-hal-konsert.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Konsert Coldplay Dijadikan Sebagai Mas Kahwin

Tiket Konsert Coldplay Dijadikan Sebagai Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 222 hits
Baru baru ini isu konsert kumpulan rock popular Britain Coldplay hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia Mereka akan mementaskan konsert siri jelajah mereka di beberapa negara termasuklah Malaysia yang akan diadakan di Stadiu...
Konsert Coldplay Tambah Satu Lagi Hari Tambahan

Konsert Coldplay Tambah Satu Lagi Hari Tambahan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 174 hits
Konsert Coldplay tambah satu lagi hari tambahan Penganjur tidak menolak kemungkinan konsert sulung Coldplay pada November nanti ditambah sehari lagi susulan permintaan tinggi Pengarah Urusan Live Nation Malaysia Para Rajagopal berkata terla...
Ramli Sarip Ajak Peminat Pahang Saksi Konsert Blues Di Sukpa Pada 5 Ogos Ini

Ramli Sarip Ajak Peminat Pahang Saksi Konsert Blues Di Sukpa Pada 5 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Orang ramai yang merindukan persembahan penyanyi lagenda Datuk Ramli Sarip boleh menyaksikan Konsert Blues Untuk Rakyat depan di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota pada 5 Ogos hadapan Sebanyak 3 000 tempat duduk disediakan...
Cegah Kegiatan Mungkar Mufti Pahang Gesa Konsert Coldplay Di Haramkan

Cegah Kegiatan Mungkar Mufti Pahang Gesa Konsert Coldplay Di Haramkan

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Konsert Coldplay wajar diharamkan berikutan sokongan kumpulan rock alternatif British itu kepada golongan lesbian gay biseksual dan transgender Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bertegas umat Islam perlu menegah keg...
Kbs Pastikan Konsert Coldplay Aksi Harimau Malaya Di Stadium Bukit Jalil Berjalan Baik

Kbs Pastikan Konsert Coldplay Aksi Harimau Malaya Di Stadium Bukit Jalil Berjalan Baik

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 227 hits
Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 dan konsert Coldplay masing masing dijangka berlangsung pada 16 21 dan 22 Nov di Stadium Nasional Bukit Jalil KUALA LUMPUR Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan penganjuran konsert kum...
Johnny Depp Terima Kontrak Rm89 5 Juta Kontrak Termahal Dalam Dunia Bikin Amber Heard Menyesal Buat Hal

Johnny Depp Terima Kontrak Rm89 5 Juta Kontrak Termahal Dalam Dunia Bikin Amber Heard Menyesal Buat Hal

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 193 hits
Johnny Depp terima kontrak RM89 5 juta kontrak termahal dalam dunia bikin Amber Heard menyesal buat hal JENAMA terkenal Perancis yang bukan hanya terkenal dengan rangkaian fesyen tetapi juga wangian Christian Dior dilaporkan telah memperbah...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing