Tak Guna Pru Jika Rakyat Tidak Dapat Pilih Kerajaan Yang Stabil Zaid



(Malaysia Gazette) – Tiada makna diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kalau rakyat tidak dapat memilih kerajaan yang stabil, kuat dan mampu mentadbir, kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Beliau berkata, jika kerajaan tidak kuat dan stabil sebagaimana Barisan Nasional (BN) sebelum ini, keadaan akan berpanjangan sama seperti sekarang, selepas BN tumbang pada PRU 14 tahun 2018.
“Kestabilan politik Malaysia hari ini telah menjadi isu. Rakyat selalu lihat keadaan tidak begitu memuaskan dengan hampir dua tahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berupaya memerintah.
“Dalam tempoh itu juga PH tidak melakukan apa-apa yang dijanjikan walaupun memperkenalkan manifesto terbesar dan tertebal dalam sejarah PRU Malaysia, iaitu banyaknya janji kepada rakyat, tetapi selepas dua tahun, jatuh.
“Selepas itu PH ‘harakiri’ awal disebabkan mereka sendiri, mengalahkan diri mereka dalam fenomena politik mainan Tun Dr. Mahathir Mohamad, DAP dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim),” katanya dalam temubual eksklusif OWHMG.
Zaid yang juga pengamal undang-undang turut mengulas krisis dalaman dalam Perikatan Nasional (PN) yang menggantikan kerajaan PH menerusi ‘Langkah Sheraton’.
Katanya, dalam PN juga wujud ‘mainan politik’ kumpulan tertentu menyebabkan bukan sahaja kerajaan tidak stabil, gabungan parti itu juga dilihat rapuh.
Apa yang berlaku hari ini, kumpulan A menyokong B, manakala B berpihak kepada C dan C mahu berganding dengan D sehingga masing-masing tidak ada masa untuk pedulikan masalah rakyat.
Sebab itu, tegas beliau, PRU 15 ini penting dalam konteks rakyat bukan sahaja kena buat pilihan tepat, tetapi perlu bermuafakat untuk memilih parti yang boleh memberi kemenangan besar supaya ada kerajaan stabil untuk memerintah negara.
“Dalam konteks UMNO dan BN pula, saya lihat kemenangan di Johor dan Melaka itu sebagai satu petanda bahawa BN masih tidak dibenci oleh rakyat, walaupun tidak semestinya ia disayangi.
“Dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, peratusan keluar mengundi tidak ramai, maka keputusan memihak kepada BN, tetapi kita tidak boleh selesa, tidak boleh kata rakyat sudah memihak kepada kita.
“Bagaimanapun, pada masa sama kita boleh gunakan kemenangan BN itu sebagai momentum yang cukup untuk kita gerakkan – kalau kita tak ada masalah lainlah – cukup untuk menang PRU 15,” katanya.
Mengenai kemelut dalam UMNO selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak berdepan kes rasuah di mahkamah, Zaid berkata, beliau melihat apabila berlaku senario itu sebahagian daripada pemimpinnya masing-masing mengambil kesempatan untuk menunjukkan mereka lebih baik, konon tidak terlibat dengan rasuah dan sebagainya.
Dengan itu ujar beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memimpin parti Bersatu dan dilantik sebagai perdana menteri mengambil kesempatan melantik kumpulan yang asalnya memihak kepada Ahmad Zahid dan Najib dalam kabinetnya.
“Akhirnya mereka yang dikatakan kabinet kluster ini mula menentang kepimpinan UMNO sekarang, sebab itu UMNO dilihat berpecah.
“Cabaran utama PRU 15 ini ialah perpecahan yang disebabkan Naib Presiden terkanan yang juga perdana menteri sekarang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun dipilih sebagai posterboy oleh UMNO, tetapi juga adalah pilihan Muhyiddin.
“Jadi, timbul persoalan daripada orang ramai akan kesetiaan Ismail Sabri itu kepada UMNO atau siapa?,” ujarnya.
Ditanya, adakah PRU 15 perlu diadakan awal, beliau memulang paku buah keras dengan menyatakan, apakah UMNO sudah bersedia?
“Jika tanya kepada saya, saya kata tidak, selagi tidak selesai soal kepimpinan ini, dan ada orang kata, baik kita buat pemilihan parti dulu, saya kata itu soal UMNOlah, tapi pada saya kalau buat pemilihan pun, Ahmad Zahid dan Najib menang juga.
“Kalau nak buat pemilihan dulu, buatlah. Saya rasa dia orang ni menang,” katanya.
Ditanya adakah gesaan supaya diadakan PRU awal bagi membolehkan Ahmad Zahid dan Najib terlepas daripada kes yang dihadapinya di mahkamah, Zaid yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menegaskan, tidak adil dijadikan itu alasan untuk tidak mengadakan PRU awal.
Ini kerana, kes kedua pemimpin itu sudah dijadualkan di mahkamah dan sesiapa pun tidak tahu bila ianya berakhir.
“Soal kluster mahkamah hendak masuk jel atau apa, itu soal mahkamahlah. Parti (UMNO) kena buat keputusan atas parti.
“Mereka yang tidak mahu PRU mungkin disebabkan kerana hendak kekalkan jawatan dalam Kabinet kerana mereka tahu mereka dapat jawatan dulu pun dengan pakatan politik.
“Jadi mereka hendaklah PRU sampai habis (penggal), mereka takut berdepan dengan rakyat. Kalau kita lihat susah nak selesai masalah PRU ini kerana dalam Kabinet itu ada parti A yang akan lawan dengan parti B dan lawan parti C, semuanya dalam kabinet ini,” katanya sinis.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/24/tak-guna-pru-jika-rakyat-tidak-dapat-pilih-kerajaan-yang-stabil-zaid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Dan Rakyat Gesa Kerajaan Kawal Selia Industri Vape Yang Semakin Berleluasa

Ngo Dan Rakyat Gesa Kerajaan Kawal Selia Industri Vape Yang Semakin Berleluasa

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 368 hits
Kesan buruk pada kesihatan akibat merokok atau vape bukanlah perkara baru Walaupun banyak pendedahan telah diberikan kepada masyarakat mengenai keburukan vape serta rokok namun tak semua perokok dapat mengambil iktibar daripada kesannya Tre...
Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 225 hits
Bantuan Elaun RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan Oleh itu kerajaan Malaysia telah menub...
Setahun Sekali Je Sesak Mb Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

Setahun Sekali Je Sesak Mb Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 282 hits
Sebuah video menjadi perdebatan netizen apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ada membuat kenyataan mengenai permintaan rakyat memperbesarkan jalan di negeri itu Dalam video itu Mohd Amar ada mengulas mengenai kesesaka...
Kalau Besarkan Jalan Tapi Guna Setahun Sekali Takde Makna Juga Timb Mb Kelantan Minta Rakyat Hadap Je Jalan Jem

Kalau Besarkan Jalan Tapi Guna Setahun Sekali Takde Makna Juga Timb Mb Kelantan Minta Rakyat Hadap Je Jalan Jem

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 503 hits
Bagi mereka yang selalu pulang ke Kelantan semasa musim perayaan umum mengetahui mereka terpaksa menempuh perjalanan yang lama akibat kesesakan teruk dan juga keadaan jalan raya Walaupun sejak dari dulu lagi penduduk di negeri kerap mengges...
Apakah Kem Najib Zahid Akan Menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia Pada Sidang Dewan Rakyat Ini

Apakah Kem Najib Zahid Akan Menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia Pada Sidang Dewan Rakyat Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 174 hits
Kalau kita meneliti berita dari awal Julai tahun ini rata rata isu yang berlegar adalah berkaitan tentang masalah tadbir urus dan demokrasi beberapa negara yang kian serius Pertama rakyat Sri Lanka melakukan demonstrasi besar besaran bagi m...
Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 185 hits
Parlimen Sri Lanka pilih presiden baharu hari ini Dikemas kini 28 saat yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9 00AM
Doktor Kongsi Cara Pilih Telur Berkualiti Untuk Anak Baru Anak Dapat Khasiat Sebenar

Doktor Kongsi Cara Pilih Telur Berkualiti Untuk Anak Baru Anak Dapat Khasiat Sebenar

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 285 hits
Umum mengetahui tentang khasiat telur terutama untuk anak kecil Namun nak memilih telur terbaik untuk anak juga perlu tahu caranya supaya anak dapat khasiat terbaik dari telur ayam Doktor Mazliana Mazlan berkongsi tip untuk memilih telur ya...
Pilih La Dia

Pilih La Dia

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 292 hits
HUSAM MUSATujuan dan semangat perjuangan kekal tak berubah Malaysia perlu berikan peluang pada Anak Watan ini menerajui pemulihan dan kegemilangan Negara tercinta
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Drama Curang Tanpa Niat

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Pizza Kuali Simple Mudah Dan Sedap


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det

Rare And Unrestored A Barn Fresh Ducati 750ss Selling At Mecum