Apakah Kem Najib Zahid Akan Menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia Pada Sidang Dewan Rakyat Ini





Kalau kita meneliti berita dari awal Julai tahun ini, rata-rata isu yang berlegar adalah berkaitan tentang masalah tadbir urus dan demokrasi beberapa negara yang kian serius.
Pertama, rakyat Sri Lanka melakukan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut presidennya, Gotabaya Rajapaksa, melepaskan jawatan selepas terpalit dengan jenayah rasuah dan ketirisan sehingga keadaan ekonomi negara itu semakin tenat

Kedua, tindakan ‘rebel’ ahli parlimen Konservatif - sama ada anggota kabinet atau ahli parlimen penyokong kerajaan - yang mendesak Boris Johnson berundur daripada jawatan perdana menteri United Kingdom (UK), kerana terpalit dengan skandal dan salah laku yang tidak berkesudahan

Desakan untuk pemimpin utama di Sri Lanka dan UK berundur nampaknya berhasil. Rajapaksa mengalah dengan berundur pada 15 Julai dan Johnson menyerah pada 8 Julai

Ia sekali gus membuktikan betapa berkesannya suara rakyat untuk menolak pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan gagal menunjukkan nilai integriti tinggi

Tidak kira sama ada di negara dunia ketiga (Sri Lanka) atau pertama (UK), krisis kepimpinan dan urus tadbir dalam kerajaan tetap timbul. Kebanyakannya berpunca daripada sikap pemimpin kerajaan yang mementingkan diri dan tidak mengendahkan keperitan rakyat


Nampak lambat bertindak
Menariknya, kedua-dua negara itu memilih parlimen sebagai jalan untuk meletakkan pentadbiran negara mereka di tempat yang betul. Ahli Parlimen Sri Lanka diberikan tempoh seminggu - bermula 16 Julai lalu - untuk memilih presiden baru

Di UK pula, Konservatif sedang membuat pemilihan ketua baru parti berkenaan bagi menggantikan Johnson dan seterusnya akan menjadi perdana menteri yang ke-78

Sekurang-kurangnya, Sri Lanka dan UK masih mempercayai parlimen sebagai tempat mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik. Namun sejauh manakah pemimpin dan rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan kepada institusi parlimen untuk meleraikan isu rakyat, ekonomi, dan politik

Sidang Dewan Rakyat kali ini bakal menyaksikan perdebatan isu ekonomi dan politik terbesar bagi menguji ketahanan kerajaan Ismail Sabri Yaakob. Sidang kali ini boleh dikatakan pintu ke arah pilihan raya umum (PRU) ke-15 (PRU ke-15)

Kelemahan kerajaan menguruskan kenaikan harga barang dan inflasi cukup menggusarkan rakyat. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan kerajaan telah memberi subsidi hampir RM80 bilion untuk membantu orang ramai.
Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam pula dikeluarkan Kementerian Kewangan sebagai langkah penjimatan kerajaan sekurang-kurangnya lima peratus daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022 untuk menampung kos subsidi yang kini meningkat dua kali ganda.
Namun, kebanyakan rakyat masih melihat kerajaan Keluarga Malaysia lambat bertindak menangani inflasi. Bantuan tunai pula kecil dan pelaksanaan subsidi penuh dengan ketirisan sehingga tidak sampai kepada golongan sepatutnya

Penubuhan jawatankuasa ‘jihad’ pula hanya menambah kekecewaan rakyat

Kecuaian kerajaan ini sedang memberi kelebihan kepada kem Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak yang tidak pernah lelah mendesak naib presiden mereka - Ismail Sabri - segera membuka jalan untuk PRU ke-15 diadakan segera


Tindakan tak bertanggungjawab
Ismail Sabri juga tentu berdebar-debar apabila persefahaman yang dicapai dengan Pakatan Harapan (PH) menyatakan tarikh akhir dia tidak boleh memulakan langkah mengadakan PRU akan sampai pada akhir bulan ini

Mungkin komitmen Ismail Sabri dalam melaksanakan janji memorandum persefahaman (MOU) untuk menambah baik sistem politik dan institusi boleh menjadi faktor kerajaannya terus mentadbir negara

Pembentangan pindaan perlembagaan dan rang undang-undang (RUU) melarang ahli Dewan Rakyat melompat parti yang dijadualkan pada 27 Julai ini adalah kemuncak daripada MOU tersebut

Pindaan ini amat penting dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi berparlimen yang telah dibebani dengan tindakan tidak bertanggungjawab sejumlah wakil rakyat melompat parti selepas PRU ke-14

Tetapi perlu diingat MOU berkenaan tidak memberi sebarang jaminan kepada Ismail Sabri. Konflik dalaman kerajaan - khususnya Bersatu yang mahukan jawatan timbalan perdana menteri - hanya menunjukkan kabinet yang ada sekarang sedang kehilangan hala tuju dalam menguruskan negara

Perkara seperti ini boleh menjejaskan kerajaan Ismail Sabri dan memberi kesan kepada ujian keabsahan kerajaan di parlimen. Ia pernah terjadi pada mesyuarat parlimen pada Mac yang lalu apabila kerajaan Ismail Sabri gagal mendapatkan majoriti mudah bagi meluluskan RUU pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang lebih dikenali sebagai Sosma.'
Kumpulan Ahmad Zahid dan Najib pasti akan menguji majoriti Ismail Sabri dalam setiap usul atau RUU dibawa kerajaan. Disebabkan konflik Umno dan Bersatu kian ketara, ahli parlimen Umno dijangka cuba memberi tekanan untuk menggagalkan usul dibawa oleh menteri daripada Bersatu


Penting tonjolkan dasar
Apa yang pasti, Ismail Sabri perlu bijak menyelesaikan masalah ekonomi dan politik yang melanda negara. Tanpa menyelesaikan isu-isu berkenaan, boleh dikatakan dia dan Umno bakal memasuki PRU ke-15 dengan rekod prestasi yang buruk

Sejauh manakah Ismail Sabri mampu meredakan gelora kem Ahmad Zahid-Najib agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar jangkaan

Adakah kerajaan akan menggunakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menolak pindaan perlembagaan Umno yang mahu menangguh pemilihan parti

Blok pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH), memasuki sesi parlimen kali ini dengan dinamik baru

Perubahan kepemimpinan dalam PKR pula akan menjadi tumpuan ramai untuk melihat sama ada tokoh terbabit benar-benar memberi nilai tambah kepada pembangkang atau sebaliknya

Apa yang lebih penting, pembangkang perlu menonjolkan dasar dan pimpinan segar dalam persidangan kali ini. Rakyat mahukan pembangkang yang efektif dalam mengemukakan kritikan dan cadangan dasar kepada kerajaan

Blok pembangkang harus menonjolkan kesediaan menerajui kerajaan untuk penggal akan datang

Isunya ialah, apakah pembangkang mampu mencari titik penyatuan dalam sesi kali ini sebagai persedian melawan Umno-BN dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU akan datang

Atau adakah pembangkang akan terus dibelenggu dilema

MalaysiakiniFAKHRURRAZI RASHID  Penyelaras penyelidik untuk Research for Social Advancement (Refsa)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/07/apakah-kem-najib-zahid-akan-menyerang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Anti Lompat Parti Tumpuan Sidang Dewan Rakyat Kali Ini

Ruu Anti Lompat Parti Tumpuan Sidang Dewan Rakyat Kali Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 251 hits
RUU Anti Lompat Parti tumpuan sidang Dewan Rakyat kali ini nbsp Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jul 2022
Selain Pkr Seluruh Rakyat Malaysia Dan Termasuk Umno Juga Perlu Menyanggah Najib

Selain Pkr Seluruh Rakyat Malaysia Dan Termasuk Umno Juga Perlu Menyanggah Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 207 hits
Antara intipati penting dalam ucapan penggulungan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR hari ini selain menyeru semua pihak bekerja keras bagi memenangkan parti dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri beliau juga menekankan perl...
Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 225 hits
Bantuan Elaun RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan Oleh itu kerajaan Malaysia telah menub...
Kerajaan Perkenal Menu Keluarga Malaysia Di Ipt Dan Premis Penjualan Makanan

Kerajaan Perkenal Menu Keluarga Malaysia Di Ipt Dan Premis Penjualan Makanan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 330 hits
Bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia Inisiatif ini digerakkan di restoran restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi...
Langsung Sidang Dewan Rakyat 18 Julai 2022 Sesi Pagi

Langsung Sidang Dewan Rakyat 18 Julai 2022 Sesi Pagi

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 345 hits
Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Parlimen Penggal Kelima Parlimen Ke 14 SisiTVParlimen AWANInews DewanRakyat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astr...
Kenapa Kerajaan Malaysia Tak Lawan Sultan Sulu Rampas Aset

Kenapa Kerajaan Malaysia Tak Lawan Sultan Sulu Rampas Aset

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 1062 hits
Kenapa kerajaan Malaysia tak lawan sultan Sulu rampas aset Posted By on July 13 2022Tuntutan pewaris kesultanan Sulu sebanyak RM62 bilion yang dibenarkan oleh mahkamah Perancis dan menyebabkan aset Petronas di luar negara disita semalam sew...
Pengumuman Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Pengumuman Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 261 hits
Pengumuman Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 Untuk makluman Kerajaan Malaysia sentiasa membantu rakyat Malaysia melalui bantuan bantuan yang giat diperkenalkan dari semasa ke semasa Mengenai Bantuan Keluarga Malaysi...
Usul Tuntutan Sulu Yang Dipertua Dewan Rakyat Perlu Yakin Ahli Parlimen

Usul Tuntutan Sulu Yang Dipertua Dewan Rakyat Perlu Yakin Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 221 hits
Isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu bersifat kepentingan awam dan Dewan Rakyat merupakan platform terbaik untuk mendapatkan penjelasan
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bubur Padu Di Kedai Ali Bubur George Town Pulau Pinang

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

Lunch Dengan Telur Hancur Dan Terung Goreng Berlada

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Surah Al Israa Ayat 70

The Hedgehog And The Hare A Timeless Egyptian Fable Exploring Ambition And Humility