Tak Cukup Pekerja Restoran Dan Kedai Mamak Ipoh Tak Mampu Buka 24 Jam


 
Banyak restoran mengalami kekurangan pekerja kerana ramai yang pulang ke negara asal sewaktu PKP dan tidak dapat kembali ke Malaysia.IPOH: Beberapa restoran atau kedai makan 24 jam popular di pusat bandar raya ini masih tidak mampu beroperasi sepenuhnya kerana kekurangan pekerja, walaupun tempoh perniagaan dibenarkan tanpa had masa selepas negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik sejak April lepas, kerana kekurangan pekerja.
Tinjauan Bernama mendapati keadaan ini menyebabkan perniagaan seperti restoran nasi kandar dan nasi biryani terjejas dari segi perkhidmatan dan kualiti kerana kekurangan pekerja merencatkan pengoperasian mereka.
Pemilik restoran nasi vanggey, Ahmad Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik, 31, berkata premisnya yang terletak di Pusat Perdagangan Greentown hanya mampu beroperasi dari 10 pagi hingga 11 malam dengan tenaga kerja 10 orang pekerja tempatan dan warga asing.
“Restoran ini tidak mempunyai pekerja yang mencukupi jadi kami tidak dapat menjalankan perniagaan selama 24 jam seperti sebelum Covid-19,” katanya.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Saya terpaksa menguruskan pekerja kepada dua syif iaitu pagi dan petang bagi tugas pembantu dapur, mengambil dan menghantar pesanan serta mencuci.”
Beliau berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan pengambilan 30 orang pekerja warga asing dari Pakistan sejak empat bulan lalu dan akhirnya memperoleh kelulusan pada bulan lepas setelah melalui pelbagai proses termasuk sesi temu duga di Jabatan Tenaga Kerja.
Azlan berkata, kelulusan permohonan pekerja itu memberi harapan kepada kelangsungan perniagaan yang telah diusahakannya sejak 2008 dan berharap proses penghantaran mereka dapat dilaksanakan segera.
“Saya difahamkan proses untuk membawa mereka ke sini mengambil masa selama sebulan lebih bagi urusan pemeriksaan kesihatan dan dokumen jadi saya sudah melakukan perancangan supaya dapat menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan yang ramai, khususnya apabila hari cuti,” katanya.
Sementara itu, seorang pemilik restoran nasi biryani, Abdul Hamid Abdul Mutalib, 60, berkata pihaknya masih menanti status permohonan 20 pekerja warga asing yang dibuat sejak tiga bulan lepas. Beliau berharap diberi kelulusan segera bagi memastikan perniagaannya dapat berjalan lancar kerana kini restoran itu hanya memiliki 10 pekerja, termasuk dua warga tempatan.
“Pelbagai usaha telah saya lakukan untuk mencari pekerja tempatan tetapi mereka tidak berminat, malah ada yang datang bekerja selama sehari atau dua hari sahaja lalu menghilangkan diri.
“Saya juga pergi sendiri ke sebuah kolej kemahiran mencari pelajar lepasan bidang kulinari untuk menawarkan pekerjaan di restoran supaya mereka dapat menimba pengalaman dalam perkhidmatan makanan tetapi hampa apabila ramai tidak berminat kerana ingin bekerja di hotel.
“Jadi saya harap kerajaan segera membawa masuk semula pekerja warga asing untuk membantu peniaga restoran seperti kami supaya dapat bertahan kerana ramai yang pulang ke negara masing-masing semasa wabak Covid-19,” katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan kekurangan pekerja menyebabkan banyak premis perniagaan termasuk kedai makan masih tidak dapat beroperasi 24 jam.
Presiden Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jawahar Ali Taib Khan dilaporkan berkata, situasi itu disebabkan kebanyakan pengusaha restoran mamak tidak cukup pekerja untuk menampung operasi walaupun terdapat permintaan tinggi. Keadaan ini disebabkan ramai yang pulang ke negara asal semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/tak-cukup-pekerja-restoran-dan-kedai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencuri Bawa Lawyer Tuntut Pekerja Kedai Mohon Maaf Kerana Viralkan Video Dirinya Mencuri

Pencuri Bawa Lawyer Tuntut Pekerja Kedai Mohon Maaf Kerana Viralkan Video Dirinya Mencuri

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 449 hits
Pencuri bawa lawyer tuntut pekerja kedai mohon maaf kerana viralkan video dirinya mencuriTular di media sosial video pekerja kedai serbaneka berjaya mencekup seorang wanita yang didapati mencuri coklat Cadbury dalam kejadian yang berlaku pa...
Dilayan Teruk Pekerja Kedai Bunga Luah Rasa Bengang

Dilayan Teruk Pekerja Kedai Bunga Luah Rasa Bengang

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 177 hits
Baru baru ini viral satu perkongsian video yang memaparkan penyanyi bunga isme untuk menyatakan rasa kesal terhadap perkhidmatan buruk yang diterimanya daripada pekerja mesin di KLCC Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi T...
Keadaan Makin Kritikal Kami Perlukan 30 000 Pekerja Restoran Persatuan Harian Metro 09 08 2022

Keadaan Makin Kritikal Kami Perlukan 30 000 Pekerja Restoran Persatuan Harian Metro 09 08 2022

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 132 hits
Tolonglah kami yang semakin kritikal Ini bukan soal buat untung tetapi lebih kepada yang survival dalam bidang perniagaan Itu gesaan gabungan persatuan di dalam industri makanan dan peruncitan yang merayu kerajaan memperhalusi isu pengambil...
Cantiknya Selfie Wiko Perkenal Model T50 Dengan Design Terkini Amp Harga Lebih Mampu Milik

Cantiknya Selfie Wiko Perkenal Model T50 Dengan Design Terkini Amp Harga Lebih Mampu Milik

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 190 hits
Semakin hari semakin banyak jenama telefon pintar yang memasuki pasaran Pilih saja software apa yang korang nak gunakan tinggal pilih saja telefon pilihan ikut bajet dan kemampuan korang Cakap tentang telefon mampu milik baru baru ni Beauti...
6 Senarai Model Kamera Cctv Rumah Terbaik Dengan Harga Mampu Milik Memang Berbaloi

6 Senarai Model Kamera Cctv Rumah Terbaik Dengan Harga Mampu Milik Memang Berbaloi

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 275 hits
Pencuri kalau nak pecah masuk rumah orang dia akan hintai dulu ada cctv ke tak Sebab tu penting sangat pasang cctv kat luar rumah At least boleh takutkan sesiapa yg nak buat kegiatan jenayah Jadi jom kita selongkar 6 cctv harga mampu milik ...
Peguam Baru Najib Kalau Tahu Tidak Mampu Atau Tidak Bersedia Kenapa Masih Terima Kes Najib

Peguam Baru Najib Kalau Tahu Tidak Mampu Atau Tidak Bersedia Kenapa Masih Terima Kes Najib

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 227 hits
Mahkamah adalah tempat penyelesaian dan keadilan kepada 42 juta rakyat Malaysia yang ditipu Najib Mahkamah bukan tempat dibebankan bukan sarkas Najib sudah seorang banduan bukan lagi orang kena tuduh Masa persediaan kepada Najib sudah lebih...
Presiden Xi Yakin Kawasan Timur Laut China Mampu Capai Pembangunan

Presiden Xi Yakin Kawasan Timur Laut China Mampu Capai Pembangunan

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 126 hits
Presiden Xi yakin kawasan timur laut China mampu capai pembangunan nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Aug
Emak Nak Balik Tapi Tak Mampu Jelmakan Diri Di Dunia Nyata Warga Emas Hilang Selepas Keluar Cari Sisa Daun Kelapa Sawit

Emak Nak Balik Tapi Tak Mampu Jelmakan Diri Di Dunia Nyata Warga Emas Hilang Selepas Keluar Cari Sisa Daun Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 337 hits
Emak nak balik tapi tak mampu jelmakan diri di dunia nyata Warga emas hilang selepas keluar cari sisa daun kelapa sawitSeorang wanita warga emas dilaporkan dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sa...
Hanya Mampu Genggam Tangan Tak Cakap Apa Apa Isteri Pergi Bersama Kandungan

Hanya Mampu Genggam Tangan Tak Cakap Apa Apa Isteri Pergi Bersama Kandungan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 178 hits
Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia Jumaat lalu Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli 33 sempat melihat Farha 34 bertaru...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut