Hanya Mampu Genggam Tangan Tak Cakap Apa Apa Isteri Pergi Bersama Kandungan


Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.

Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli, 33, sempat melihat Farha, 34, bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya.
Kini, hanya anaknya, Falisha yang berusia setahun empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli, malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu kepada puteri sulungnya itu.
Gambar kenangan Muhammad Fadzli yang mendukung Falisha di sisi Farha. Sempat keluar bersama sehari sebelum pergi
Berkongsi kisah memilukan itu, Muhammad Fadzli berkata, Farha tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meninggalkannya malah, mereka sempat keluar bersama sehari sebelum pemergian mengejut itu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa hari sebelum kejadian, isterinya yang mengandung tiga bulan 28 hari ada mengadu sakit perut dan sudah dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
“Saya tidak berlengah dan terus membawanya ke klinik apabila dia mengadu sakit dan pertama kali kami ke klinik pada Selasa minggu lalu (2 Ogos) serta dimaklum doktor bahawa isteri mengalami kencing kotor sahaja.
“Kali kedua ke klinik pada Khamis (4 Ogos) yang mana doktor ketika itu beritahu ada angin dalam badan tetapi katanya kandungan dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.
Tiba-tiba alami pendarahan
Menurutnya, penjelasan doktor melegakan mereka untuk seketika hinggalah Farha tiba-tiba mengalami pendarahan pada keesokan harinya.
Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa Farha bersama Falisha ke Hospital Pontian namun, takdir Allah SWT menetapkan wanita kesayangan itu meninggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.
“Saya masih ingat lagi, saya genggam tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital dan pada mulanya genggaman itu kuat. Lama kelamaan, tangannya jadi sejuk dan saya tahu ketika itu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk pengesahan.
“Semuanya terjadi begitu pantas malah isteri tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dalam kesakitan yang teramat,” katanya yang memberitahu isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pengkalan Raja, Pontian, kira-kira 6 petang Jumaat.

Masih terasa kehilangan arwah
Menurutnya, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilangannya sangat dirasai, malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.
“Sebelum ini kami bertiga dan bakal menimang anak yang mana kandungan isteri sudah cukup sifat. Kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” katanya yang menetap sementara di rumah mentua di sini.
Kredit: Harian Metro
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Hanya Mampu Genggam Tangan, Tak Cakap Apa-Apa.” Isteri Pergi Bersama Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-mampu-genggam-tangan-tak-cakap-apa-apa-isteri-pergi-bersama-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergi Sekolah Pun Letop Hanya Bertocang Dua Sapu Lip Gloss Gaya Aaisyah Dhia Rana Tetap Cantik

Pergi Sekolah Pun Letop Hanya Bertocang Dua Sapu Lip Gloss Gaya Aaisyah Dhia Rana Tetap Cantik

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 200 hits
Gaya Aaisyah Dhia Rana anak bongsu kesayangan Rozita Che Wan ini sememangnya sentiasa jadi perhatian ramai Walau tidak mengenakan solekan ke wajahnya wajah Aaisyah lebih menyerlah Perkongsian tiga keping gambar Aaisyah yang sudah pun kembal...
19 Tahun Kahwin Aaron Aziz Puji Isteri Tak Pernah Tinggi Suara Atau Cakap Kes4t

19 Tahun Kahwin Aaron Aziz Puji Isteri Tak Pernah Tinggi Suara Atau Cakap Kes4t

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 256 hits
Baru baru ini pelakon Datuk Aaron Aziz ada memuat naik satu perkongsian menitip ucapan istimewa buat isteri tercinta Datin Diyana Halik Menerusi entri itu Aaron turut memuat naik video koleksi gambar bersama isterinya sempena ulang tahun pe...
Isteri Susah Nak Menangis Sekali Jatuh Air Mata Hanya Suami Tahu Jawapannya

Isteri Susah Nak Menangis Sekali Jatuh Air Mata Hanya Suami Tahu Jawapannya

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 186 hits
Lumrah seorang wanita selagi dia boleh bertahan jarang dia nak menitiskan air mata Kecuali jika benar benar dah sampai kemuncaknya hanya air mata boleh buat dia sedikit tenang Menurut Pakar Motivasi Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah suami h...
Kau Pergi Jua Sygku Baru Setahun Bernikah Isteri Meninggai Selepas 24 Jam Bertar0ng Nyawa

Kau Pergi Jua Sygku Baru Setahun Bernikah Isteri Meninggai Selepas 24 Jam Bertar0ng Nyawa

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 262 hits
Seorang guru wanita meninggaI dunia selepas hampir 24 jam bertar0ng nyawa akibat kemaIangan di Telupid semalam Kereta yang dipandu telah bertembung dengan pacuan empat roda Mngsa Nuraslina Kang Yoon Lee 27 Guru UBK SK Bukit Belacon Lahad Da...
Suruh Buat Homework Semua Lemau Lucu Bila Isteri Tegur Tomok Anak Anak Rancak Main Alat Muzik

Suruh Buat Homework Semua Lemau Lucu Bila Isteri Tegur Tomok Anak Anak Rancak Main Alat Muzik

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 121 hits
Gelagat anak anak yang sedang membesar memang pelbagai ragam Adakalanya menghiburkan hati ibu ayah tetapi adakalanya boleh menyebabkan naik darah Namun begitulah lumrah bergelar ibu bapa dalam membesarkan anak anak Semua momen mereka akan m...
Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Kongsikan Biar Lebih Ramai Tahu

Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Kongsikan Biar Lebih Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 199 hits
Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri Ada yang tak sampai berkahwin sudah dikurniakan anak ada yang terpaksa menunggu sampai 10 tahun tapi belum ada rezeki Lahir anak pertama perempuan kedua pun perem...
Agc Bantah Permohonan Bekas Isteri Sm Faisal Cabar Prosiding Komital Di Mahkamah Syariah

Agc Bantah Permohonan Bekas Isteri Sm Faisal Cabar Prosiding Komital Di Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 192 hits
Hakim turut menolak permohonan Emilia untuk menggantung prosiding komital yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Gambar fail BernamaKUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas i...
Hiburan At Least Dia Ada Bini Bahan Fad Bocey Sebab Takut Isteri Netizen Perli Fizi Ali

Hiburan At Least Dia Ada Bini Bahan Fad Bocey Sebab Takut Isteri Netizen Perli Fizi Ali

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 237 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila bekas penyampai Suria FM Fizi Ali mengambil keputusan secara drastik meninggalkan stesen radio itu disaat saat akhir selepas enam tahun berkhidmat di situ Selepas berhijrah ke stesen radio lain nama...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah