Tak Boleh Musnah Ladang Musang King Kata Sanusi


 
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri akan mencari kawasan ganti dan sekiranya gagal, pihaknya akan berunding dengan pemaju bagi langkah berikutnya.PETALING JAYA: Durian Musang King yang ditanam di tanah seluas 52 ekar di Gunung Inas, Baling, tidak dapat dimusnahkan susulan kerajaan terikat dengan kelulusan dibuat sebelum ini, kata Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor.
Katanya, pembatalan yang dibuat pada peringkat ini akan menyebabkan tindakan undang-undang boleh diambil, selain dibawa kes ke mahkamah.
Katanya, sebagai alternatif, kerajaan negeri akan mencari kawasan ganti tidak berisiko dan sekiranya usaha berkenaan tidak menemui hasil, rundingan akan dilakukan dengan pemaju bagi langkah berikutnya.
Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata, pemberhentian penanaman durian setakat sedia ada telah dibuat selari dengan arahan kerajaan negeri pada 2020.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Beliau berkata, pihaknya juga juga telah mengarahkan untuk menanam tanaman tutup bumi di kawasan terdedah, selain kembali kepada kelulusan asal Ladang Hutan Ganti.
“Bagi kawasan yang tidak boleh ditanam atas faktor bentuk muka bumi pula perlu ditanam pokok hutan asli.
“Kompartmen-kompartmen lain iaitu kompartmen 4 hingga 10 yang telah diberi kelulusan sebelum ini yang mana tidak terlibat dengan aliran air sungai, tidak mendatangkan risiko kepada alam sekitar,” katanya menurut Astro Awani.
Sanusi berkata demikian sebagai mengulas jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan, di Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan, pagi tadi.
Bagaimanapun, pihak kerajaan negeri juga, katanya, akan membuat penelitian semula semua kerja yang diluluskan agar selari dengan dasar kerajaan serta kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).
Beliau turut memaklumkan bahawa kawasan tanah tinggi dan hutan tadahan tidak akan dibenarkan bagi sebarang pembalakan dan pembangunan hutan ganti.
Terdahulu, Takiyuddin berkata, soal menghapuskan atau mengekalkan semua 5,000 pokok durian Musang King di atas tanah seluas 52 hektar di Gunung Inas, Baling, adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan Negeri.
Menurutnya, kerajaan persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal, dan bukannya aktiviti penguatkuasaan, selaras dengan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Buat masa kini, Ahli Parlimen Kota Bharu itu, berkata Jabatan Perhutanan telah mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk melakukan penghutanan semula kawasan seluas 5,000 hektar yang digazetkan sebagai ladang hutan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/tak-boleh-musnah-ladang-musang-king.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Hutan Gunung Inas Gondol Sebelum Tanam Musang King

Surat Hutan Gunung Inas Gondol Sebelum Tanam Musang King

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 241 hits
malaysiakini comBekas menteri besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah telah bersuara dan menjelaskan hari ini bahawa idea asal penanaman Musang King di Gunung Inas Kedah dilakukan dengan matlamat yang jelas iaitu untuk memulihara kembali kawasa...
Don T Force Me To Reveal Names Of Those Involved In Musang King Project Warns Mb

Don T Force Me To Reveal Names Of Those Involved In Musang King Project Warns Mb

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 182 hits
GEORGE TOWN The Opposition should not force me to reveal the names of the individuals responsible for approving the Musang King durian project in Gunung Inas Baling warns Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor The Kedah Mentri Besar claimed that...
Jangan Ingat Dap P Pinang Tak Boleh Ditenggelam Kata Tok Mat

Jangan Ingat Dap P Pinang Tak Boleh Ditenggelam Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 114 hits
freemalaysiatoday com July 24 2022 11 18 PMAhli Barisan Nasional pada pelancaran jentera parti itu di Tasek Gelugor Pulau Pinang TASEK GELUGOR Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan menuntut gabungan itu bersatu jika berhasrat me...
Kalau Boleh Tiap Tiap Tahun Nak Anak Kata Nabila Huda

Kalau Boleh Tiap Tiap Tahun Nak Anak Kata Nabila Huda

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 201 hits
Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir tujuh tahun bersama Mohd Izwan Johar Nabila Huda reda dan menganggap belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata Nabila berkata dia juga tidak bercadang untuk melakukan rawatan persenyaw
Kampung Iboi Baling Menangis Lagi Musang Is King

Kampung Iboi Baling Menangis Lagi Musang Is King

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 242 hits
KAMPUNG IBOI BALING MENANGIS LAGI MUSANG IS KING Kejadian petang tadi jambatan Bailey yang baru di bina dah tengelam 3 kaki dan hujan masih lagi turun Rasanya Ford Raptor MB Kedah pun tak lepas bukan sebab banjir tapi takut nak bawa ke Bali...
Anak Ada 7 Orang 6 Lelaki Siapa Kata Rumah Tak Boleh Kemas Cuba Ikut Teknik Ibu Ini

Anak Ada 7 Orang 6 Lelaki Siapa Kata Rumah Tak Boleh Kemas Cuba Ikut Teknik Ibu Ini

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 223 hits
Anak masuk dua pun mama dah rasa pening tengok keadaan rumah apatah lagi lebih dari 5 orang anak Fuh Memang mencabar nak membesarkan anak anak ni Lain anak lain ragam dan perangainya kan Tak mustahil kalau dalam rumah tersebut ada sistem kh...
Hentikan Segera Operasi Kolam Takungan Projek Musang King Rayu Penduduk Kampung Iboi

Hentikan Segera Operasi Kolam Takungan Projek Musang King Rayu Penduduk Kampung Iboi

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 192 hits
Penduduk Kampung Iboi Kupang di sini mendesak agar kolam takungan projek durian musang king di Gunung Inas dihentikan segera kerana khuatir tragedi kepala air berulang Maangsa banjir Abd Wahab Samah 71 berkata selagi kolam takungan itu ma
Sekolah Tak Boleh Paksa Pengusaha Kantin Sertai Rmt Kata Persatuan

Sekolah Tak Boleh Paksa Pengusaha Kantin Sertai Rmt Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 122 hits
Antara sebab pengusaha kantin menolak untuk mengendalikan Rancangan Makanan Tambahan kerana kekangan kewangan kelewatan menerima bayaran dan kadar tidak munasabah PETALING JAYA Pengusaha kantin sekolah boleh menolak untuk menyertai program ...
2 053ha Of Musang King Plantations In Sabah As Of Last Year

2 053ha Of Musang King Plantations In Sabah As Of Last Year

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 123 hits
A total of 2 053ha of Musang King durian plantations have been developed in Sabah as of last year which is seen to be able to increase the income of the people in the state the Sabah State Legislative Assembly was told today Sabah Assistant...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte