Tak Berhenti Puji Sedap Reaksi Juri Masterchef Australia Terpaku Rasa Keenakan Pulut Kuning Rendang Itik
(Video) Tak Berhenti Puji Sedap, Reaksi Juri MasterChef Australia ‘Terpaku’ Rasa Keenakan Pulut Kuning & Rendang Itik.
Sajian dari negara Asia termasuk Malaysia memang terkenal dengan keunikan tersendiri selain rasanya yang enak. Apatah lagi, jika hidangan tersebut merupakan hidangan tradisional yang menjadi identiti sesuatu negara.
Antaranya adalah rendang, salah satu masakan tradisional masyarakat melayu. Tidak kira rendang ayam, rendang daging mahupun rendang itik semuanya sangat enak apabila dimakan bersama pulut kuning, ketupat, nasi dan bermacam lagi.
Baru-baru ini terdapat peserta dari sebuah rancangan masakan telah menghidangkan menu rendang kepada juri luar. Rancangan MasterChef Australia Season 12 itu menampilkan juri jemputan iaitu penyanyi Katy Perry pada episod ke 24 dengan bertemakan cabaran Katy Perry’s Hot ‘N’ Cold.
Poh Ling Yeow, peserta yang memasak hidangan rendang bersama pulut kuning dalam pertandingan itu, dilahirkan di Malaysia sebelum berhijrah ke Australia mengikut keluarganya pada usia 9 tahun.
Gambar: Youtube Lifetime AsiaAnak kelahiran Kuala Lumpur ini menonjolkan identitinya dengan menggabungkan keenakkan rasa masakan Malaysia menggunakan elemen tradisional dengan cara yang moden. Menurut Poh, masakan itu digambarkan sebagai “Malaysian flavors using very traditional elements in a modern way.”
Gambar: Youtube Lifetime AsiaDalam hidangan itu, Poh telah menggunakan sentuhan moden apabila membalut rendang itik bersama pulut kuning dan juga roti jala pandan.
Dia menjelaskan bahawa elemen ‘hot’ yang diketengahkan di dalam cabaran itu adalah rendang itik yang dibungkus di dalam pulut dan roti jala pandan serta disajikan bersama timun manis dan cili jeruk.
Gambar: Youtube Lifetime AsiaMelihat kepada dekorasi makanan, Katy Perry memberikan pujian mengenai kekemasan hidangan rendang itik yang dibalut bersama pulut seakan burrito selain mempunyai warna yang menarik.
Namun, dia memberitahu yang dia merasa sedikit ‘gementar’ akan rasanya kerana masakan itu berasaskan daging itik kerana dia kurang menyukainya.
Gambar: Youtube Lifetime Asia
Gambar: Youtube Lifetime AsiaSetelah satu suapan, Katy Perry menunjukkan reaksi terkejut dengan rasa hidangan itu sehingga memberikan ekspresi yang pelik. Namun, tidak bagi suapan kedua dan seterusnya apabila dia seakan tidak boleh berhenti menikmati kesedapan rendang itik yang dimakan bersama pulut.
Juri lain turut berpendapat bahawa mereka sangat menyukai kombinasi rendang itik dan juga pulut kuning yang dikatakan mempunyai rasa yang sangat sedap dan terbaik.
Malah, hidangan itu disifatkan sebagai ‘menakjubkan’ dan mempunyai semua eleman yang diperlukan dalam cabaran pada minggu itu.
Gambar: Youtube Lifetime Asia“Dont touch it, back away”Lebih menghiburkan apabila Poh ingin mengambil pinggan hidangan itu semula tetapi dihalang oleh Katy Perry kerana dia terlalu suka dan mahu menghabiskan kesemua makanan tersebut.
Gambar: Youtube Lifetime AsiaPada hujung rancangan ini, Katy Perry dan juri yang lain bersetuju untuk memilih hidangan pulut kuning bersama rendang itik yang dimasak oleh Poh sebagai pemenang dalam episod tersebut.
Hidangan tradisional masyarakat Malaysia iaitu pulut kuning bersama rendang itik telah memenangi hati para juri kerana keenakkannya selain dihias dengan menarik.
Gambar: Youtube Lifetime AsiaMeninjau ke ruangan komen di laman Youtube, warga Malaysia rata-ratanya dilihat berbangga dengan kemenangan Poh yang memperkenalkan hidangan rendang itik bersama pulut kuning kepada para juri di luar negara.
“Shout out for Malaysian food…”
“Im so proud being Malaysian right now.”
“It true Malaysian food is so good…”
“Well done Poh. Malaysia boleh!”
“Malaysia food taste so good…”
Tonton video di minit 54:05 :
Sumber: Youtube Lifetime Asia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/video-tak-berhenti-puji-sedap-reaksi.html