Tak Benar Sokong Pn Seolah Sokong Najib Kata Ahli Mpt Bersatu


Executive Editor        MINDA RAKYAT


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman berkata tidak benar tanggapan bahawa menyokong kerajaan PN seolah sama dengan menyokong bekas perdana menteri Najib Razak."Dan adalah tidak benar jika pihak Tun (Mahathir) menganggap mereka yang sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin pada hari ini seolah-olah menyokong Najib atau pihak yang Tun anggap sebagai kleptokrat," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Faiz hari ini memaklumkan dirinya ada menerima sepucuk surat daripada pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Muhammad Faiz dalam surat yang dikatakan daripada bekas perdana menteri itu, Mahathir menyatakan kesedihannya dengan apa yang berlaku dalam Bersatu, hari ini.
"Saya ingin menyatakan kesedihan saya kerana kita bersama-sama berikrar untuk jatuhkan kerajaan kleptokratik Najib, tetapi hari ini parti kita menyebelahi Najib," kata Mahathir dalam surat yang di emelkan kepada Muhammad Faiz.
Surat tersebut diterima Muhammad Faiz pada 23 Jun lalu.
Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, beliau menghargai ingatan anggota parlimen Langkawi itu kepada dirinya.
Tegasnya, dirinya juga mengakui pernah mempunyai ikrar yang sama sewaktu pilihan raya umum ke 14 lalu.
Bagaimanapun, kata Faiz selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menjatuhkan kerajaan Umno-BN mereka yang terlibat dalam salah laku jenayah sudah pun didakwa.
"Ya, benar kita mempunyai ikrar yang sama ketika menghadapi PRU ke-14 lalu. Prinsip anti rasuah, anti salah guna kuasa dan anti jenayah tidak pernah saya tinggalkan.
"Namun setelah mereka yang terlibat itu sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah, maka saya anggap kita telah pun memenuhi objektif perjuangan kita tersebut setakat yang termampu," katanya lagi.
"Bukan parti politik, bukan perdana menteri, dan juga bukan media massa atau media sosial. Itulah prinsip "Rule of Law" yang Tun (Mahathir) sendiri sering war-warkan.
"Dan saya percaya mahkamah kita terutama para hakim bebas dari campurtangan orang-orang politik sepertimana yang kita belajar mengenai pemisahan kuasa dalam pentadbiran negara," katanya.
Muhammad Faiz berkata, jika persepsi tersebut cuba diubah, maka beliau percaya rakyat akan mula mempersoalkan pula keputusan-keputusan mahkamah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Tak nafi jasa Tun, tapi PH...
"Jika ada tuduhan kononnya keputusan mahkamah boleh dipengaruhi oleh pihak yang berkuasa dalam kerajaan, maka bukti sahih perlu dikemukakan bahawa seseorang hakim itu korup," jelasnya.
Katanya, sesungguhnya pembentukan kerajaan PN pada hari ini adalah hasil peristiwa yang tidak diduga dan terjadi dengan pantas setelah Tun meletakkan jawatan selaku perdana menteri ketujuh.
"Ia juga manifestasi bahawa majoriti rakyat terutama Melayu-Islam-Bumiputera telah serik melihat drama politik dalaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak sunyi dari desakan agar Tun (Mahathir) memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kesembilan.
"Dan yang paling utama, muslim di negara ini selaku kelompok pengundi majoriti tidak dapat menerima ideologi serta keceluparan beberapa pemimpin DAP yang banyak menyentuh sensitiviti ketika mereka berkuasa dalam kerajaan PH dahulu," dakwanya.
Tambahnya, Mahathir juga boleh menilai respon terkini warga maya apabila menyentuh hal politik nasional.
"Respon terkini warganet di media sosial adalah sebagai cerminan respon majoriti rakyat di bawah sana.
"Akhir kata saya masih menghormati yang berbahagia Tun (Mahathir) selaku tokoh idola pejuang Melayu sejak zaman saya belajar lagi.
"Jasa Tun (Mahathir) terhadap negara tidak dapat dinafikan. Namun demi agenda ummah yang lebih besar dan masa hadapan, maka saya memilih penyatuan kembali bangsa kita melalui PN. Insya-Allah," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/tak-benar-sokong-pn-seolah-sokong-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Najib

Kata Najib

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 380 hits
Pengundi Chini jangan salah pilih calon pesan Najib27 Jun 2020NORAWAZNI YUSOFKUANTAN Pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini diingatkan supaya tidak memilih pemimpin yang suka merapu meroyan dan merepek Pengarah Operasi Bari...
Presiden Bersatu Calon Pm Ke 9 Pas Sokong

Presiden Bersatu Calon Pm Ke 9 Pas Sokong

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 682 hits
KUALA LUMPUR PAS menzahirkan kepercayaan dan sokongan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang Kesembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru A...
Rci Kes Adib Tabung Haji Wajar Kata Najib

Rci Kes Adib Tabung Haji Wajar Kata Najib

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 476 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata suruhanjaya siasatan diraja wajar ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim seorang anggota bomba yang meninggal dunia selepas cedera dalam tunjuk perasaan berdekatan Kuil Sri Maha Ma...
Tiada Had Bilangan Pelanggan Di Meja Benar Semua Peringkat Umur Makan Di Restoran Kata Wee

Tiada Had Bilangan Pelanggan Di Meja Benar Semua Peringkat Umur Makan Di Restoran Kata Wee

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini memaklumkan kerajaan Persekutuan tidak menetapkan had tertentu untuk jumlah pelanggan bagi setiap meja dan turut membenarkan semua peringkat umur menjamu selera di premis makanan atau...
Sri Ram Beritahu Wang Dalam Akaun Sudah Cukup Untuk Dakwa Najib Kata Apandi

Sri Ram Beritahu Wang Dalam Akaun Sudah Cukup Untuk Dakwa Najib Kata Apandi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 295 hits
PETALING JAYA Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata pendakwa raya ad hoc dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak Gopal Sri Ram mencadangkan bahawa penemuan wang di dalam akaun bekas perdana menteri itu sudah mencukupi untuk mendakwa...
Pkr Tak Mungkin Sokong Shafie Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

Pkr Tak Mungkin Sokong Shafie Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 253 hits
Shafie Apdal tidak menyokong Anwar Ibrahim menjadi calon PM PETALING JAYA Dua penganalisis politik berkata rancangan menamakan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri pembangkang memerlukan sokongan PKR tetapi ia tida...
Umno Keluar Dan Tidak Sokong Pn Umno Kena Kencing Kata Presidennya

Umno Keluar Dan Tidak Sokong Pn Umno Kena Kencing Kata Presidennya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 508 hits
Hartis WilsonPertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu atau dalam bahasa Brisith UMNO isytihar keluar daripada gabungan Perikatan Nasional berkuatkuasa serta merta Dalam mesyuarat yang dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam sebulat suara be...
Seolah Bingung Pilih Suami Atau Anak Anaknya Ahli Ungkap Perangai Krisdayanti Pecah Keluarga

Seolah Bingung Pilih Suami Atau Anak Anaknya Ahli Ungkap Perangai Krisdayanti Pecah Keluarga

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 441 hits
Konflik antara Krisdayanti dan dua anak kandungnya menuai banyak respons dari berbagai pihak Pasalnya konflik keduanya tersebut sudah terlanjur menjadi konsumsi publik secara luas Konflik tersebut mencuat usai KD dan dua anak sambungnya sal...
Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula

Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 235 hits
Dua tahun sebelum memecat Anwar Ibrahim pada 1998 Tun Mahathir Mohamad telah mengambil langkah berdamai dengan Tengku Razaleigh Hamzah atas nama perpaduan Melayu Perdamaian pada tahun 1996 yang diaturkan oleh taikun Ananda Krishnan itu kemu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi