Tak Bayar Kita Settle Kat Akhirat Pelajar U Geram Kerepek Habis Duit Lesap


“Tak bayar, Kita settle Kat Akhirat ..” – Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, Duit Lesap! Usaha seorang pemuda untuk mendapatkan wang saku tambahan dengan menjual kerepek secara kecil-kecilan di asrama di universitinya bukan mudah seperti yang disangka.
Untuk tujuan itu sebuah kotak mengandungi pek-pek kerepek disediakan bersama tabung kosong untuk mengisi duit pembelian, tapi nampaknya ia disalah gunakan.
“Letak 20 pek dalam kotak, 15 terjual, kemudian periksa tabung. Allahu. Entahlah, geram dengan pelajar universiti yang masih tak rasa bersalah.
Tak Rasa Bersalah Ke?
“Common sense (akal fikiran) tertukar dengan binatang mungkin. Harap dengan apa yang kau makan tu, tambah berat kat Mizan (timbangan amal) aku nanti,” menurut satu perkongsian di Twitter yang tular, sehingga diulang kicau lebih 9,000 kali.
Pemuda berkenaan, Muhammad Azim Anuar, 19, memberitahu insiden berlaku pada Khamis lalu semasa mahu memeriksa hasil jualan kerepek ubi dan kerepek bawang yang diletakkan di ruang legar asrama yang dihuninya di universiti.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu kesal dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap jualan kerepeknya.
Letak Tabung
“Saya biasanya memang letak kotak kerepek di ruang legar kolej (asrama) sebab memudahkan untuk orang datang beli dan tinggalkan duit dalam tabung, sementara saya pula boleh buat urusan harian lain termasuk belajar.
“Hari tu, saya letak kotak pukul 10 pagi sebelum masuk kelas, dan periksa semula tengah hari. Memang terkejut bila tengok hanya beberapa pek yang tinggal, tapi duit yang ada dalam tabung cuma RM3,” katanya kepada mStar dengan nada kesal.
Muhammad Azim yang berasal dari Dengkil di Sepang, Selangor berkata, dia menjual kerepek kerana mahu menampung perbelanjaannya di universiti selain menggunakan kemudahan pembiayaan pendidikan.
Menggunakan modal sendiri, pelajar Diploma Pengurusan Halal itu sanggup mengharungi perjalanan kira-kira enam jam berulang-alik dari Dengkil ke Teluk Intan, Perak untuk mendapatkan bekalan kerepek, sebelum dijual di kolejnya.
Dahlah saya rugi sampai tak balik modal pun, nota peringatan dengan tulisan ‘Sungguh Allah melihat’ di dalam tabung, dan penutup yang dilekatkan kertas berbunyi ‘Tak bayar, kita settle kat akhirat’ turut hilang.
Dia yang menjual kerepek sejak awal tahun ini berkata, kekurangan hasil jualan bukan pertama kali berlaku, tetapi insiden pada Khamis lalu merupakan yang terburuk setakat ini apabila banyak pek kerepek yang dijualnya ‘hilang’.
Nota Turut Hilang
“Dahlah saya rugi sampai tak balik modal pun, nota peringatan dengan tulisan ‘Sungguh Allah melihat’ di dalam tabung, dan penutup yang dilekatkan kertas berbunyi ‘Tak bayar, kita settle kat akhirat’ turut hilang,” katanya yang mengakui hampir putus asa dengan insiden yang berlaku.
Bagaimanapun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak menyangka perkongsiannya tular sehingga mendapat perhatian dan sokongan netizen.
“Mereka yang mengenali saya mula datang sendiri beli kerepek kat saya. Ada juga beberapa netizen yang tampil mahu membantu memberi sumbangan.
“Bayangkanlah, saya rugi RM27, tapi ada individu yang tidak mengenali saya sanggup bantu sumbang RM30, lebih dari jumlah yang rugi,” katanya.
Sokongan netizen membuatkan dia bangkit untuk terus berniaga kerepek tetapi mungkin selepas ini dengan pembelian secara terus dan mempromosikannya di laman sosial, bagi mengelakkan kejadian berulang.
“Tak sangka ada juga komuniti netizen yang baik dan bermurah hati. Saya cukup terharu dengan jasa kamu semua. Bila saya dapat untung jual kerepek nanti, insyaAllah saya akan bayar semula apa yang dibantu,” ujar Muhammad Azim.
Sumber: Mstar Online
The post “Tak bayar, Kita settle Kat Akhirat ..” – Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, Duit Lesap! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tak-bayar-kita-settle-kat-akhirat-pelajar-u-geram-kerepek-habis-duit-lesap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tembak Kerajaan Ph Habis Habisan Susulan Ekonomi Teruk

Najib Tembak Kerajaan Ph Habis Habisan Susulan Ekonomi Teruk

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 682 hits
ISMA WEB Mat Sabu atau Teresa pun boleh beri kenyataan jika Guan Eng sibuk BANGI Datuk Seri Najib Razak bertubi tubi menyerang kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan susulan kejatuhan indeks Bursa Malaysia kelemahan ringgit ...
Waktu Pemungutan Suara Habis Ratusan Pasien Di Rsud Bekasi Tak Mencoblos

Waktu Pemungutan Suara Habis Ratusan Pasien Di Rsud Bekasi Tak Mencoblos

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 302 hits
Ratusan pasien di RSUD Kota Bekasi tak bisa menggunakan hak pilihnya di Pemilu 2019 Penyebabnya waktu pemungutan suara telah habis ketika petugas datang ke sana
Tak Habis Habis Dengan Fitnah

Tak Habis Habis Dengan Fitnah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 311 hits
Raja Sara Petra Today the Malay Mail Online came out with an article titled This is how else the RM24 billion bailouts for Felda Tabung Haji could have been used and abused In that article they said RM24 billion could buy 30 125 Hermes hand...
Informasi Awas Love Scam 6 Bulan Berkenalan Habis Rm1 6 Juta

Informasi Awas Love Scam 6 Bulan Berkenalan Habis Rm1 6 Juta

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 514 hits
BAHARUDDIN menunjukkan barang rampasan daripada tiga lelaki warga Afrika yang mendalangi sindiket love dan parcel scam di IPD Shah Alam di sini hari ini UTUSAN ONLINEKomen Weblog Ibnu Hasyim Awaslah Dalam semak ada duriayam kuning buat sara...
Motovlog 9 Habis Basah Spender Aku Boi

Motovlog 9 Habis Basah Spender Aku Boi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 182 hits
Kisah masa konvoi ke Lemang To Ki dan pekena Lempeng kat Janda Baik Fuhhh pengalaman yang best Tapi bila balik spender basah sampai habis kecut semua LicikSumber Oh Media
Geram Anaknya Di Sakiti Ayah Dewi Perssik Bakal Lakukan Ini

Geram Anaknya Di Sakiti Ayah Dewi Perssik Bakal Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 326 hits
Belakangan ini hati Dewi Perssik terluka Hal tersebut lantaran sikap keponakan Rosa Meldianti yang dinilai tak bisa menghargai hasil kerja kerasnya selama ini
Habis Shooting Kita Buat Anak Yang Ketiga Kata Hairul Tapi Dikecam Netizen Tak Hormat Isteri

Habis Shooting Kita Buat Anak Yang Ketiga Kata Hairul Tapi Dikecam Netizen Tak Hormat Isteri

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 716 hits
Sayang I shooting dulu Sayang jaga anak kita eh I habis shooting kita buat anak yang ketiga Ceyyy demikian kata pelakon Hairul Azreen dalam video yang dimuat naiknya di Twitter pada malam semalam mengundang pelbagai reaksi netizen Video bua...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak