Najib Tembak Kerajaan Ph Habis Habisan Susulan Ekonomi Teruk


ISMA WEB Mat Sabu atau Teresa pun boleh beri kenyataan jika Guan Eng sibuk
BANGI – Datuk Seri Najib Razak bertubi-tubi  menyerang kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), susulan kejatuhan indeks Bursa Malaysia, kelemahan ringgit, keadaan ekonomi yang lemah, selain gelaran buruk diberikan kepada negara.
Bekas Perdana Menteri ke-6 itu bukan sahaja menulis di dalam Facebook beliau, sebaliknya turut melampirkan laporan daripada agensi berita perniagaan terkenal dunia, Bloomberg, dan klip video kenyataan pakar kewangan.
“Hari ini, indeks Bursa Malaysia turun lagi ke paras paling rendah sejak 30 bulan dahulu. Sekali lagi, hampir semua pasaran saham di Asia naik tetapi kita turun lagi.
“Singapura naik, Indonesia naik, Filipina naik, Thailand naik tetapi Malaysia turun. Dah berapa hari seperti ini?,” katanya semalam.
Katanya, baru-baru ini terdapat banyak berita tidak baik mengenai ekonomi negara, termasuk gelaran ‘paling teruk dalam dunia’; ‘sole loser’ di Asia; amaran FTSE Russell untuk menurunkan penarafan bon kerajaan; langkah untuk menarik keluar pelaburan asing; dan ringgit adalah mata wang paling teruk bulan ini.
Namun, katanya, tidak ada kenyataan dibuat oleh menteri Kabinet PH berhubung perkara itu, bagi menenangkan pelabur, selain supaya rakyat tidak panik.
“Jika Menteri Kewayangan (Lim Guan Eng) dan Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sibuk, Mat Sabu (Menteri Pertahanan Mohamad Sabu) atau Teresa Kok (Menteri Industri Utama) pun bolehlah. Jangan semua pakat membisu. Silence is not an option. Do it for the people and our economy,” katanya.
Dalam tulisan terbaharunya, Najib turut memuat naik klip video kenyataan pengurus besar sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang ditanya mengapa Bursa Malaysia kini menjadi ‘sole loser’ serta paling teruk dalam dunia.
Katanya, pengurus besar itu memberi tiga sebab iaitu:
1. Ketidakstabilan politik. Lima tahun dahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula diserang hebat oleh Perdana Menteri ke-4 dan PH. Walaupun diserang hebat oleh mereka, ekonomi negara masih bertahan lagi. Jika kita tidak diserang begitu pada masa itu, sudah tentu ekonomi akan lebih baik selari dengan Pelan Transformasi Negara.
2. Langkah tidak masuk akal ‘Menteri Kewayangan’ kita menggunakan unjuran harga minyak dunia pada AS$70 satu tong untuk membuat belanjawan 2019.
“Pada bulan Oktober sebelum bajet 2019, saya sudah bagi amaran di dalam Parlimen untuk tidak gunakan unjuran setinggi ini kerana bajet akan lari. Pada bulan November selepas bajet diumumkan, saya sekali lagi memberi amaran yang sama. Tapi ‘Menteri Kewayangan’ kita degil. Saya pun malas nak cakap lagi. Dia lebih bijak,” katanya.
3. Menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan kebergantungan ekonomi kita kepada hasil minyak.
“Mengenai GST ini, saya tak perlu jelaskan pendirian saya lagi. Oleh kerana sebab politik, GST dijadikan bahan kempen mereka dengan menipu harga barang akan turun jika ianya dimansuhkan. Oleh kerana penipuan PH demi rampasan kuasa, kini negara kita terjejas,” katanya.
Najib berkata, bermula daripada tahun 2009 ketika beliau mula menjawat jawatan Perdana Menteri, kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil minyak.
Katanya, negara mengurangkan kebergantungan setiap tahun dari 44 peratus pada tahun 2010 menjadi 14 peratus pada tahun 2017 supaya ekonomi negara tidak akan lagi terjejas apabila harga minyak dunia tiba-tiba jatuh teruk.
“Jika kerajaan BN tidak membuat begitu, sudah tentu ekonomi kita telah mengalami kemelesetan pada tahun 2016 apabila harga minyak dunia jatuh 80% masa itu – seperti yang terjadi kepada negara Brunei dan negara-negara Timur Tengah dan Amerika Selatan.
“Oleh kerana ekonomi negara kita tidak terjejas, maka rakyat tidak terkesan dan tidak tahu bahawa ekonomi kita sebenarnya telah diselamatkan pada masa itu oleh langkah dan rancangan kita.
“Lalu, kita terus dikecam. Selepas menang PRU14, kerajaan PH pula naikkan semula kebergantungan kita kepada minyak menjadi 33%. Dan ini adalah satu lagi faktor kenapa pelabur-pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia lagi. Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh kerajaan PH, pelabur asing ketawakan kita,” katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/najib-tembak-kerajaan-ph-habis-habisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bantu Naikkan Saham Tnb Datang Kerajaan Ph Merudum Teruk

Najib Bantu Naikkan Saham Tnb Datang Kerajaan Ph Merudum Teruk

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 446 hits
Petang ini harga saham Tenaga Nasional terus jatuh ke RM11 98 iaitu tahap paling rendah sejak 3 tahun dahulu Harga TNB adalah setinggi RM16 24 sebelum PRU14 bermakna nilai syarikat TNB adalah sebanyak RM92 8 bilion Kini jatuh ke RM68 5 bili...
Felda Lebih Buruk Ditadbir Kerajaan Ph Najib

Felda Lebih Buruk Ditadbir Kerajaan Ph Najib

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 401 hits
Najib Razak mendakwa Pakatan Harapan mencipta masalah sendiri dan memburukkan lagi masalah yang dihadapi Felda Melalui laman Facebook bekas perdana menteri itu menyenaraikan 5 sebab kegagalan Felda yang berpunca daripada manifesto pilihan r...
Aizat Tuduh Kerajaan Ph Aniaya Mahu Jumpa Najib Minta Maaf

Aizat Tuduh Kerajaan Ph Aniaya Mahu Jumpa Najib Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 361 hits
Mohd Aizat Ibrahim bekas eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang mendakwa dianiaya kerajaan Pakatan Harapan mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak dan meminta maaf Sebelum ini Najib berkongsi status Mohd Aizat di laman Facebo...
Penjawat Awam Harus Akur Kerajaan Ph Bukan Najib Atau Bn Khalid Samad

Penjawat Awam Harus Akur Kerajaan Ph Bukan Najib Atau Bn Khalid Samad

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 364 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengingatkan penjawat awam menerima hakikat mereka kini berkhidmat dengan ketua yang baharu dalam kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi Barisan Nasional Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata kerajaan Pak...
Kampanye Habis Habisan Jokowi Dan Prabowo Sebelum Pencoblosan

Kampanye Habis Habisan Jokowi Dan Prabowo Sebelum Pencoblosan

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 239 hits
Capres Cawapres Jokowi Ma ruf Amin dan Prabowo Subianto Sandiaga Uno sama sama memanfaatkan hari yang tersisa untuk kampanye mendulang suara
Daim Dr Mahathir Fikir Kerajaan Dulu Rosak Teruk Khaled Nordin

Daim Dr Mahathir Fikir Kerajaan Dulu Rosak Teruk Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 446 hits
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengkritik cara pemikiran Tun Mahathir dan Tun Daim terhadap bangsa Melayu oleh Khaled Nordin For Malaysia to succeed the Malays must succeed Frasa ini telah dituturkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam Seminar ...
Ph Gagal Uruskan Ekonomi Asyik Guna Skrip Blame Game Kerajaan Lalu

Ph Gagal Uruskan Ekonomi Asyik Guna Skrip Blame Game Kerajaan Lalu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 330 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahamd Maslan berpandangan kerajaan hari ini dilihat gagal dalam menguruskan ekonomi negara yang menyebabkan suasana dan keadaan yang tidak menentu malah mereka pula hanya sekadar berpegang kepada skrip blame...
Najib Tuduh Kerajaan Ph Bayar Tentera Siber

Najib Tuduh Kerajaan Ph Bayar Tentera Siber

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 320 hits
Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan peruntukan untuk melatih lebih ramai tentera siber berikutan kekalahan dalam PRK Rantau Dalam hantaran Facebook pagi tadi Najib yang memetik sumber mendakwa PH memutuskan untuk ...
Orang Melayu Tak Boleh Harap Kerajaan Ph Najib

Orang Melayu Tak Boleh Harap Kerajaan Ph Najib

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 342 hits
tidak boleh berharap lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk perjuang nasib mereka Ini kerana kata bekas perdana menteri tersebut kekuatan parti Melayu dalam gabungan PH berkenaan sebenarnya datang daripada sokongan pengundi orang bukan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket