Tak Apa Tak Makan Susu Dah Kenyang Andaian Macam Ni Buatkan Anak Tak Cukup Zat


“Tak apa anak minum susu tu pun dah kenyang..” Ini yang selalu ibu fikirkan, sedangkan ia menjejaskan perkembangan anak. Bagaimanapun, ada di antara anak-anak yang selalu sahaja meminta untuk makan, yang mana sedikit sebanyak beri kelegaan buat ibu bapa kerana anak masih lagi mahu makan dan tidak begitu memilih.
Namun ada segelintir kanak-kanak yang sukar untuk makan, walaupun sudah dipujuk. Yang mereka mahu hanya minum susu sahaja.
Walaupun baru sejam minum susu, anak boleh lagi minta susu seterusnya. Mungkin bagi sesetengah ibu rasa mudah sebab tak perlu fikir apa-apa. Tapi kesan jangka panjangnya adalah anak akan kekurangan nutrisi.

Perkongsian dari Pegawai Sains Pemakanan, Azimah Zainal, mengenai anak susah makan wajar di beri perhatian dan ibu tidak boleh menganggap anak minum susu dah cukup untuk perkembangannya.
Pada sesi runding cara pemakanan, saya di datangi seorang ibu muda yang membawa anak berusia 3 tahun yang di rujuk oleh Doktor Perubatan di klinik atas masalah kekurangan berat badan
Pada usia 3 tahun, anak ini beratnya 10 kilogram dan carta berat untuk umur anak ini menunjukkan dia sedang mengalami masalah kekurangan berat badan teruk.
Dalam sesi soal jawab kekerapan pengambilan makanan, anak ini minum susu formula lebih dari 10 botol sehari. 240ml setiap satu jam.
Ibu asyik mengulang pernyataan yang anaknya memang tidak mahu makan. Hanya akan minta susu bila dia lapar. Kata ibu lagi biskut dan roti pun anaknya tak mahu.
Kebetulan di atas meja saya tadi memang ada sebungkus biskut yang baru sahaja saya beli pagi tadi dan terus saya offer sekeping pada anak. Anak itu duduk diam dan makan dengan tekun.
Sepanjang sesi berlangsung 5 keping biskut berjaya di habiskan oleh anak tersebut. Terus saya maklumkan pada ibu tersebut.

Puan, anak puan ini tidak nampak seperti seorang yang memilih makanan tetapi dia hanya tau yang bila lapar dia perlu minta susu.
Ibu, anak yang berusia 3 tahun perlu di beri makanan keluarga 4 hingga 5 kali sehari dengan kekerapan pemberian snek sebanyak 1 hingga 2 kali sehari. Susu pula keperluannya hanyalah 3 gelas sahaja sehari
Anak yang diberikan susu formula terlalu banyak akan menyebabkan anak tidak mahu makan makanan utama. Susu itu telah memenuhi hampir keseluruhan perut anak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga seharian bagi anak.
Keperluan tenaga yang tidak mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan anak menjadi tidak normal.
Pelbagaikan Makanan
Usah ajar anak terlalu bergantung kepada susu sahaja. Bila anak lapar, kita momokkan dengan susu.
Susu perlu untuk anak tetapi pemberian susu yang melebihi dari pengambilan makanan adalah tidak normal dan tidak bagus untuk anak.
Tambahan pula gula tambahan yang terdapat dalam susu formula tadi boleh memberi pelbagai impak yang tidak baik pada anak.

Ajarlah anak untuk makan pelbagai jenis makanan dan berikan snek yang berkhasiat pada anak. Elak beri kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, tinggi garam dan gula.
Kadang-kadang memberi anak makan adalah sesuatu perkara yang sangat mencabar, tetapi ianya bukan alasan untuk kita sumbatkan anak kita dengan susu yang banyak. Tiada istilah tak apa anak tak makan asalkan anak minum susu.
Mohon hilangkan persepsi itu dari pemikiran ibu-ibu semua. Anak-anak perlu pelbagai khasiat dan nutrisi dari pelbagai jenis makanan untuk pastikan anak- anak membesar dengan baik dan sempurna.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post “Tak Apa Tak Makan, Susu Dah Kenyang”. Andaian Macam Ni Buatkan Anak Tak Cukup Zat!  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-apa-tak-makan-susu-dah-kenyang-andaian-macam-ni-buatkan-anak-tak-cukup-zat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Burger Bolognese Cheese Puas Hati Makan Inti Sedap Penuh Perut Anak Pun Kenyang

Roti Burger Bolognese Cheese Puas Hati Makan Inti Sedap Penuh Perut Anak Pun Kenyang

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 356 hits
Jika bosan saban hari dengan nasi apa kata kali ini kita sediakan pula Roti Burger Bolognese Cheese untuk anak anak dan keluarga Bahannya sama seperti membuat sos Bolognese namun ia dimasukkan ke dalam roti Anak lagi kenyang Nak tahu macam ...
Lebih Setahun Anak Banyak Minum Susu Kena Control Ni Punca Anak Susah Makan

Lebih Setahun Anak Banyak Minum Susu Kena Control Ni Punca Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 419 hits
Ada ibu ayah merungut anak tak nak makan nak susu je sepanjang masa Kalau tak bagi rela berlapar Hinggakan sampai satu tahap ibu ayah terpaksa juga ikut selera anak sebab rasa kasihan Tapi sampai bila Menurut situasi anak banyak minum susu ...
Kerap Bagi Susu Anak Kurang Makan Usia Anak 2 8 Tahun Hanya Perlu Minum 2 Gelas Susu Sehari

Kerap Bagi Susu Anak Kurang Makan Usia Anak 2 8 Tahun Hanya Perlu Minum 2 Gelas Susu Sehari

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 301 hits
Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi susu juga adalah minuman baik yang menyokong pergerakan otot pembelajaran dan memori Pun begitu kebanyakan ibu bapa ber...
Resipi Donat Gebu Gebas Cukup Lembut Gebu Habis Licin Anak Makan

Resipi Donat Gebu Gebas Cukup Lembut Gebu Habis Licin Anak Makan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 366 hits
Sebut sahaja donat pasti ia menjadi kesukaan anak anak kita Setiap kali diletakkan di atas meja tidak sampai setengah jam donat habis licin Inilah penangan kuih yang satu ini Tidak yakin untuk mencuba menghasilkan kuih kesukaan anak anak Re...
Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 348 hits
Hmm sedapnya susu hari ni tak pernah rasa pula sebelum ni Nak lagi lah Suara hati bayi yang menyusu susu ibu Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak Begitulah anak yang minum susu ibu Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu bukan saja m...
Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 326 hits
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi Setiap hari bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula Jika terlebih garam dalam badan bayi ia boleh m...
Mungkin Yang Ini Ikut Muka Daddy Dia Vivy Yusof Hamil Anak Ke 4 Ramai Doakan Rupa Bayi Macam Fadza

Mungkin Yang Ini Ikut Muka Daddy Dia Vivy Yusof Hamil Anak Ke 4 Ramai Doakan Rupa Bayi Macam Fadza

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 383 hits
Ahli perniagaan yang terkenal Datin Vivy Yusof atau mesra dipanggil Vivy baru sahaja mengumumkan bahawa dia hamil anak ke 4 di Instagram semalam Vivy yang memuatnaik satu hantaran di Instagram menunjukkan gambar alat ujian kemahilan bertand...
Comelnya Macam Muka Abang Kakak Wajah Redup Tenang Anak Datuk Eizlan Yusof Dapat Pujian Ramai

Comelnya Macam Muka Abang Kakak Wajah Redup Tenang Anak Datuk Eizlan Yusof Dapat Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 663 hits
Selamat melahirkan bayi pertamanya bersama isteri Datin Natasha Rosa Boudville pada awal April lalu Datuk Eizlan Yusof nyata teruja berkongsi beberapa keping gambar terbaru bersama bayinya Hampir setahun mendirikan rumah tangga akhirnya si ...
Resipi Puding Tembikai Berlemak Sedap Makan Sejuk Sejuk Confirm Anak Suka

Resipi Puding Tembikai Berlemak Sedap Makan Sejuk Sejuk Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 395 hits
Puding tembikai antara juadah pencuci mulut yang digemari ramai terutama anak anak kecil kerana bentuknya yang sangat cantik seakan tembikai sebenar Bagi yang tak pernah mencuba apa kata anda cuba resipi yang dikongsi ini Penyediaanya mudah...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut