Tak Adil Hadkan Lesen Memandu Warga Emas Kemalangan Babit Pemandu Mabuk Lebih Bimbang
Tak adil hadkan lesen memandu warga emas, kemalangan babit pemandu mabuk lebih bimbang, kata aktivis
Cadangan untuk mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas perlu dikaji semula, kata aktivis sosial.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Lee Lam Thye berkata tidak adil untuk melaksanakan cadangan itu kerana masih ramai dalam kalangan kumpulan itu sihat dan aktif untuk memandu.
“Saya rasa tak adil untuk hadkan warga emas berusia 70 tahun ke atas dari memandu memandangkan ramai dalam kalangan mereka masih sihat, aktif dan tak ada masalah untuk memandu,” katanya, dengan menambah kemalangan dikatakan membabitkan warga emas memandu di lorong motosikal mungkin hanya kes terpencil.
Beliau bagaimanapun bersetuju sekiranya, had itu dikhususkan kepada warga emas yang tidak sihat atau menghidap penyakit yang boleh mendatangkan risiko semasa memandu.
“Kalau untuk mencegah warga emas yang tak sihat atau ada penyakit dari memandu ini logik, tapi tak boleh (had) kepada semua warga emas.
“Contoh Dr Mahathir Mohamad sudah lebih 90 tahun tapi masih boleh memandu, jadi saya rasa kita tak boleh guna soal umur menentukan sesuatu tindakan, tetapi melihat tahap kesihatan seseorang itu lebih penting.
Kita perlu beri kebebasan kepada mereka, malah kalau keluarga mereka berpendapat tak selamat untuk ahli keluarga warga emas memandu itu terpulang, biar anggota keluarga menasihati,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko kemalangan, Lam Thye mencadangkan satu ketetapan dibuat dengan mengenakan syarat kepada pemandu warga emas untuk menunjukkan laporan pemeriksaan kesihatan doktor setiap kali proses pembaharuan lesen memandu.
“Mungkin boleh disarankan meminta pihak doktor menyediakan satu surat bahawa mereka sihat dan boleh memandu. Itu cadangan lebih baik, nampak lebih praktikal dan wajar bagi melindungi mereka. Jangan terus buat keputusan hadkan pengeluaran lesen.
“…dan apa lebih penting warga emas yang dibenar memandu perlu ada kawalan kendiri, kalau mereka tak sihat, ada masalah penyakit, mereka tak patut memandu,” katanya.
Kemalangan babit warga emas kecil berbanding kesalahan arak, telefon bimbit
Lam Thye berpandangan kes kemalangan membabitkan warga emas terlalu kecil berbanding kes disebabkan pemandu dibawah pengaruh alkohol, dadah dan penggunaan telefon bimbit.
“Kita boleh lihat ramai pemandu kereta, motosikal menggunakan telefon bimbit semasa memandu, risiko ini lebih tinggi berlaku kemalangan jalan raya” katanya yang berharap kes sedemikian mendapat lebih perhatian daripada pihak berkuasa.
Beliau berkata, pihaknya tidak menentang niat baik anggota polis melindungi nyawa pengguna jalan raya dan segala usaha itu dihargai.
“Saya bukan menentang polis, cuma saya mengatakan polis harus berhati-hati apabila membuat keputusan, kesungguhan polis ingin menjaga keselamatan ia sesuatu yang kita hargai, tapi dalam kes had lesen warga emas ini saya rasa tak adil nak sekat warga emas sihat memandu.
“Kalau boleh sebelum sesuatu keputusan dimuktamad, perlu mengadakan perbincangan dan mendengar pandangan golongan warga emas dahulu,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias mencadangkan kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas susulan banyak faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, termasuk kesihatan golongan itu.
Semalam, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun menjelaskan cadangan itu lebih bersifat peribadi dan belum di bincang secara mendalam.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong turut menjelaskan bahawa menarik balik atau mengehadkan lesen memandu bagi pemandu berusia 70 tahun ke atas akan menjadi pilihan terakhir, selepas individu itu didapati tiada keupayaan memandu. FMT
Tak adil hadkan lesen memandu warga emas, kemalangan babit pemandu mabuk lebih bimbang
Baca Artikel Menarik :
Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
Cecair merah di kubur bukan darah
Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]
The post Tak adil hadkan lesen memandu warga emas, kemalangan babit pemandu mabuk lebih bimbang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/26/tak-adil-hadkan-lesen-memandu-warga-emas-kemalangan-babit-pemandu-mabuk-lebih-bimbang/