Teks Ucapan Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin Yassin Kepada Pegawai Jabatan Perdana Menteri


Saya rasa lega, Muhyiddin memberitahu isterinya di hari perletakan Jawatannya.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi.

Datuk Marzuki, Ketua Setiausaha Sulit, Rakan-rakan, pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri (PMO), yang saya hormati sekalian.

Pertamanya, terima kasih kerana berpeluang untuk berjumpa untuk mengucapkan farewell, selamat tinggal. Sebagaimana yang disebutkan oleh Datuk Marzuki tadi, hari ini saya telah memutuskan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan tujuannya tidak lain ialah untuk menyerahkan surat untuk perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Apa pun, saya nanti waktu mengadap mungkin ada masa sebelum itu, sebelum menyerahkan, untuk menyampaikan satu dua perkara pandangan sayalah, kerana kedudukan saya sebagai Perdana Menteri tak boleh dapat terus kekal kerana mengikut Perlembagaan Malaysia sekiranya saya rasa saya telah tak dapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen maka saya sebagai Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan.

So, itu apa yang telah pun dijelaskan dan saya, sebagaimana biasa, seorang manusia yang sentiasa ikut peraturan-peraturan, tunduk kepada apa-apa yang ada dalam perlembagaan kerana bilamana saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri saya telah berjanji bahawa saya akan menjunjung Perlembagaan negara, institusi Raja dan sebagainya, di bawah sistem Demokrasi Berparlimen kita.

TAN Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan amanat terakhir ketika perjumpaan dengan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) di pejabatnya. Itu adalah satu perkara yang tak boleh saya ingkari walaupun di luar sana rayuan, saya tak pernah terima mesej yang, tak tahulah, tak boleh saya layan, apa nak jawab, terima kasih pun tak boleh, kerana mohon supaya saya terus kekal untuk menjalankan tugas kerana apa yang telah mereka lihat mungkin dalam setahun ke lebih 17 bulan lebih kurang, mungkin mereka agak faham bahawa tugas dan tanggungjawab yang saya terpaksa pikul agak luar biasa, in most difficult of times, in unprecedented times.

Namun kerana itu adalah satu amanah, kita cuba buat apa yang saya fikir terbaik untuk negara. Saya tidak nak orang kata bercerita panjang tapi dalam tempoh sependek itu dan saya mungkin adalah Perdana Menteri yang paling pendek memegang jawatan, saya kira saya telah buat apa yang saya fikir diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata, menentukan mereka ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat. These are very very key important aspects of life of a nation. The thing I am, mungkin kerana Allah mengangkat saya di darjat ini untuk tujuan itu agaknya. Now, alhamdulillah, di penghujung journey yang saya hadapi pada hari ini, kita dah lihat usaha yang saudara-saudara telah buat bersama saya di PMO dan apa lagi seluruh penjawat awam yang ada di semua peringkat di negara kita, I think we have come to some success.

Vaksinasi luar biasa dan diunjurkan pada hujung Oktober hampir sampai ke herd immunity. Kuala Lumpur semalam saya dengar pun dah mencecah tahap full herd immunity, lebih 80 peratus dewasa telah disuntik. Dan ini satu pencapaian yang agak luar biasa. Some countries are still struggling to get vaccine. We have got more than enough. Itu strategi saya.

Dan waktu mana mula-mula kita nak mencari vaksin belum ada, rupa-rupa dah ditemui, maka saya telah buat satu keputusan luar biasa untuk membuat pesanan, beli vaksin menerusi Covax facility. Ini satu badan yang terbentuk untuk membantu negara-negara miskin. Jadi walaupun kita bukan negara miskin, dia menawarkan kita, jadi kita beli vaksin, di waktu itu tak ada tahu harga pun.

Saya buat keputusan arah pada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin (KJ), buy. So, I think we did the right thing. Dan lepas itu apa saja yang ada, beli, beli, beli. Negara lain kadang-kadang lupa nak beli. Kita tahu ada negara lebih maju daripada kita terlupa nak beli. Atau pun dia fikir dia terselamat, dan bila dia menghadapi masalah bencana, pandemik, mereka terkial-kial mendapatkan vaksin.

Alhamdulillah, itu cara saya bekerja. Memang tak banyak cakap. Muka pun tak handsome macam tuan-tuan. Kalau di sini saya yang paling tualah, 74 nak masuk 75, tapi masih boleh tegak berdirilah. Sebab tu bila dah sampai sekarang ini ialah kerana nampaknya di luar sana ada pihak yang agak gila kuasa, dalam keadaan orang susah.

Tak pernah saya lihat manusia di Malaysia ni susah sebegitu rupa. Saya turun ke lapangan, balik ke kawasan hari tu, saya bekalkan ayam, daging, ikan, sayur, which I have never done in the whole of my career as Ahli Parlimen di situ, di Pagoh. Pasal, pada waktu-waktu biasa, ini biasa boleh diuruskan oleh keluarga sendiri kecuali kalau yang termiskin, tapi saya tak pernah buat.

But this time around, I went down there, I got thousands of these so-called fresh rations dihantar. Why? Dia dah tak ada duit lagi. Nak makan pun tak ada. Saya rasa bertanggungjawablah because I am the Prime Minister. Tetapi kalau kata saya yang bertanggungjawab kerana saya tak buat apa-apa, itu tak betullah.

We tried but it is tough. Lockdown tak henti-henti sampai sekarang. Saya tak tahulah. Saya dah lupa berapa kali dah lockdown. Tapi lockdown tak pernah lockout. Pasal mana kita terpaksa buat begitu. Nyata ada pihak kata kurang berkesan but it has effect on saving a lot of lifes as well.

Now kita dah announce semalam yang terakhirlah agaknya, Datuk Ainon, we released my decision to open up more dan berterusan nanti sampai ke penghujung since sebelum akhir tahun semua sektor ekonomi boleh terbuka.

So it is just about one year that we struggled and one year we achieved. That I think is a record of sort. Ini saya terpaksalah mendabik dada sedikit pasal tak ada orang nak puji saya pun. Dan saya tak minta mereka memuji saya, pasal kita tahu apa yang kita buat. Tak pernah abai.

Covid ini dah sejak awal lagi kita hadapi sampai sekarang. Jemaah Menteri yang saya bentuk dan kerajaan yang telah terbentuk selama ini kerja tak ada apa, Covid, Covid, Covid, Covid, Covid, Covid, Covid, Covid. Siang malam, siang malam. Pagi subuh tengok berapa data, angka. So if people said that we did not do what we should be doing I think they are wrong.

Baik, saya tak nak bercakap soal itu, tapi saya nak menyatakan terima kasih kerana sejak saya menjadi Perdana Menteri mungkin saya tak dapat jumpa semua. Jumpa adalah kumpulan-kumpulan, but not sekali gus begini, but I guess that you have been working as good and hard as possible dalam keadaan yang susah. Kadang-kadang work from home tapi di PMO ni saya fikir sebahagian besar pun tak work from home because we have to be here, because it is the nadi negara.

Segala apa yang kita ungkapkan di sini didengar oleh rakyat seluruh Malaysia. Apa yang kita lakukan di sini, baik langkah kita, tutur kata kita, bahasa kita, semua dinilai oleh rakyat. Tak jawab telefon pun orang marah kita. Jawab panjang-panjang pun satu hal juga. Tak tengok fail lagi satu hal. Menjawab apa yang mereka tuntut satu hal.

Saya dah berada dengan kerajaan ni dah hampir, tak tahu berapa tahun, dekat hampir 44, 45, tahun agaknya. Dah dua kali patut pencen. But whatever it is so I know in and out. Sebab tu kalau saya memimpin mesyuarat Jemaah Menteri, sebahagian besar daripada portfolio yang ada di hadapan saya oleh Menteri-Menteri tu saya tahu, nak kata semua tidak, tapi sebahagian besarnya.

So that has given me a lot of orang kata pengalaman yang boleh membantu untuk saya menguruskan negara. So as you can see, I think pentadbiran kerajaan kita walaupun dalam keadaan sukar, masih mampu untuk diteruskan. Kita meneliti bagaimana kita nak membantu rakyat dan kesan Covid ni cukup mendalam, dari segi rakyat secara individu ataupun ekonomi secara menyeluruhnya. So there is a lot of work that need to be done.

Tetapi agaknya pagi tadi lepas Subuh bersama jemaah dengan isteri saya, duduk, biasa begitulah, after Subuh duduk sekejap, about 5 to 10 minutes duduk berbual, and she told me, “How do you feel?” I said, “I feel relieved that this burden that is on me as a Prime Minister now is no more after today.”

And bila letak atas bahu ni, macam saudara juga, ada jawatan, ada amanah, itu berat. Sebab tu saya kena buat betul. Betul pasal bukan saya kata betul tapi Allah kata ini yang betul. Risky. You don’t do what you think is right, you do what is right. So that is the difference there. You might think this is right but Allah kata tu tak betul. Saya berpandu pada itu.

Soal rasuah tak boleh, bukan pasal tak boleh kerana tak boleh, sebab hukumnya haram. Orang mencuri duit, tu hukumnya salah. Merompak, itu juga tak boleh. Sebab itu saya tegak berdiri, istiqamah atas dasar prinsip undang-undang dan hukum. Mungkin luar biasalah. Bukanlah saya kata saya begitu orang lain pun ada juga buat begitu, tapi ramai juga yang lupa.

Sebab itu saya sanggup bercakap dan berkata apa yang benar, ya, walaupun pahit . Berkata yang benar walaupun itu pahit. So this is the prinsip yang saya ada. Saya tak tahulah saudara nak ikutkah tidak. Sebagai pengata akhirnya itulah nasihat saya, that we are here, ini perjalanan kita ini laluan saja, siratal mustaqim. Nak sampai ke mana? Ke sana tu, jannatul naim. Jadi pertimbangan kita ni bukan duniawi. Sebab itu, bagi saya, hilang jawatan Perdana Menteri itu duniawi. Saya tak boleh bawa ke mana pun.

Mungkin adalah penulis sejarah tulis kat dia punya keynote, footnote, that there was one Prime Minister ni, nama dia Muhyiddin Yassin atau Mahiaddin Yassin, menjadi Perdana Menteri ke-8, inilah yang dia buat. Mungkin dia punya para, dia punya bab tu, mungkin kecil saja pasal saya tak lama kan.

But I think I should be proud that we have tried. So it is a question of principle, I must tell you, important. Do what Allah says is right. Don’t do what Allah says is not right. Fight against evil. Ya, itu pokoknya.

Jadi kalau kita berpegang kepada hukum sebegini, insya Allah hidup kita selamat. Waktu saya ditendang, ini kalau kerusi ini boleh bercakap, buka suis, situ Datuk Najib, sini saya. Selepas tak sampai setengah jam dia tendang saya keluar. Balik pejabat TPM, panggil ni semua ni, sahabat, saya dah tak kira macam pegawai lagi dah.

Tak lama saya duduk, cakap, “Sorry, we have to pack up. I just met Najib, he sacked me”. Lepas tu saya took up meja macam ni. Mungkin pegawai pun duk cerita, “Tan Sri tak ambil lama masa, ada orang tunggu sampai satu hari nak clearkan pejabat”. Saya ambil satu buku, novel, yang dibagi oleh kawan, entah apa nama kawan itu.

I have nothing secret in my table, or in my laci, atau surat-surat rahsia apa, tak ada, tak ada, because I don’t think I need to do that. Maksud saya tadi, clear cepat, habis, because we know we didn’t do anything wrong. So here again today tak taulah sejarah macam gitu, berulang balik, saya datang balik ke pejabat ni. Jadi that is what kehidupan is all about, what goes up may be must come down, but what goes down now, insya Allah, I will come back.

So pesanan saya tak ada banyaklah. Just do what you think is best. Saya tahu saya pernah jadi Penolong Pegawai Daerah. Jadi tanggungjawab kita di zaman susah ni amat besar dan paling sukar. But trust me you can do it. I have great respect and confidence in you because I was there before, short 3 years, lepas tu saya resign, masuk swasta, tak fikir nak jadi Perdana Menteri pun satu hari. Allahu Akbar. Jadi sebab itu, do what you think is best.

Kalau ada kesilapan kerana saya tak berpeluang untuk berjumpa selalu tapi saya fikir kumpulan-kumpulan kita jumpa. Tiap-tiap kerja yang saudara lakukan saya appreciate. And to a certain extent, a large extent, people know that the PMO is one the prestigious departments in the country with the Prime Minister as the head of the department and doing what we believe we need to do for the sake of the nation. Every single thing that we decide has a lot of implication not to just you or to just here, Putrajaya, but to the whole country.

So if you bear that in mind, then you can imagine this big task that you have ahead is very very important to make sure that our mission will succeed. Jadi sebab itulah saya nak menyatakan rasa terima kasih. Minta maaf kalau banyak kekurangan waktu saya berada di sini dan mungkin ada kesilapan kesalahan apa-apa saya mohon maaf kepada saudara-saudara. Terima kasih.

I have to say goodbye after this. Thank you.

Assalamualaikum.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/teks-ucapan-amanat-terakhir-tan-sri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Part 2 Kepada Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia

Part 2 Kepada Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 329 hits
Ok the latest news is the PM is going to tender his resignation to the YDP Agong tomorrow Reports are coming in from Port Dickson that since early this morning someone has been picking up trash along the beach in PD Here is a picture Anyway...
Tan Sri Muhyiddin Jalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri Sementara Istana Negara

Tan Sri Muhyiddin Jalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri Sementara Istana Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 247 hits
YDP Agong Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah hari ini telah berkenan menerima surat peletakan jawatan perdana menteri Muhyididin Yassin Dalam perutusan khas Istana Negara baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin sebagai caret...
Saya Mungkin Pm Paling Pendek Memegang Jawatan Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin

Saya Mungkin Pm Paling Pendek Memegang Jawatan Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 187 hits
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan amanat terakhirnya kepada pegawai pegawai di Pejabat Perdana Menteri Situasi pilu yang menyelubungi suasana ketika itu turut dirakam dan dikongsikan ke laman Facebook rasminya hari...
Johan As Ari Terkilan Dikrit K Gara Gara Beri Kata Semangat Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

Johan As Ari Terkilan Dikrit K Gara Gara Beri Kata Semangat Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 285 hits
Pelakon Johan As ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikrit k gara gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menerusi laman Instagram Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perd...
Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 295 hits
Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga individu baharu dilantik ke jawatan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berkenan de...
Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 400 hits
gerakmalaysia com by PUTRAJAYA Ogos 16 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira kira pukul 8 07 pagi ini Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol malah sempat menurunk...
Selesai Mesyuarat Kabinet Terakhir Pn Menteri Pas Beri Isyarat Kerajaan Muhyiddin Bakal Tumbang

Selesai Mesyuarat Kabinet Terakhir Pn Menteri Pas Beri Isyarat Kerajaan Muhyiddin Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 351 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali memberi isyarat jelas dan menguatkan lagi spekulasi peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Menerusi kenyataan di Facebooknya Khairuddi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat