Tajuddin Tolak Pas Dan Bersatu Masih Harap Umno Terima Rayuan Penggantungan


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar - 21 Mar 2023

Bekas ahli MKT itu berkata dalam rayuannya beliau telah memohon maaf di atas kelantangan mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau masih berharap agar penggantungan keahliannya selama enam tahun ditarik balik oleh Umno selepas rayuannya ditolak pada 5 Jan lalu.
PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman mengakui ditawarkan menyertai Bersatu dan PAS namun menolaknya kerana masih “menaruh harapan” penggantungan keahliannya selama enam tahun ditarik balik parti.

Digantung sejak Oktober, Tajuddin berkata dalam rayuannya beliau telah memohon maaf di atas kelantangan mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan tidak mahu meneruskan persengketaan kerana masih setia dengan Umno yang banyak berjasa kepadanya.

Katanya, kerana sayangkan Umno, beliau sanggup menolak tawaran daripada beberapa parti pada PRU15 selepas namanya digugurkan daripada mempertahankan Parlimen Pasir Salak, yang akhirnya dirampas Perikatan Nasional (PN) menerusi calonnya Jamaludin Yahya.

“Saya tolak kerana sayangkan parti…presiden pun kata begitu, jadi mari bekerjasama dan jangan sensitif sangat,” katanya kepada FMT.

“Orang lain yang tidak bercakap (kritik), (hanya) “yes sir yes sir” mereka tidak membantu pun presiden sebenarnya tetapi menjatuhkannya apabila kalah PRU, akhirnya siapa yang rugi?,” kata Tajuddin yang pernah menjadi ahli MKT Umno selama 15 tahun dan 18 tahun sebagai ketua Umno Pasir Salak.

Tajuddin berkata beliau tidak melihat dirinya bersama parti selain Umno walaupun melalui pelbagai liku dan kecaman beberapa tahun kebelakangan ini, – digantung keahlian, dipecat MKT, dikritik hebat dalam isu kemalangan dua tren transit aliran ringan (LRT) pada 2021 dan pengguguran pelantikan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia.

“Apa faedah gantung saya?,” sambil menegaskan beliau telah memberi banyak sumbangan kepada Umno.

“Saya tak keluar dari Umno walaupun mempunyai banyak pilihan, nak masuk PAS ke atau Bersatu. Tawaran pun mereka bagi kepada saya.”

Baru-baru ini bertiup khabar angin di media sosial mendakwa beberapa bekas pemimpin utama Umno bakal menyertai PAS, antaranya Annuar Musa, Tajuddin dan Khairy Jamaluddin.

Tajuddin, ahli politik kontroversi digantung keahlian selama enam tahun pada Oktober lalu selepas beliau secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun 2022.

Beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan selepas penyingkirannya. Namun rayuannya ditolak MKT pada 5 Jan lalu.

Pada pemilihan Umno baru-baru ini, anaknya, Faizal, gagal menyambung legasi Tajuddin dalam parti itu apabila tewas di tangan Khairul Azwan Harun bagi jawatan ketua Umno Pasir Salak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/tajuddin-tolak-pas-dan-bersatu-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sabah Terima Laporan Kekecohan Dalam Pemilihan Kata Bung Moktar

Umno Sabah Terima Laporan Kekecohan Dalam Pemilihan Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 124 hits
PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan pihak Umno Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian di negeri ini Sabtu lepas Bung Moktar yang...
Penang Pas Bersatu Settle Talks On 15 Malay Majority Seats

Penang Pas Bersatu Settle Talks On 15 Malay Majority Seats

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 112 hits
PAS and Bersatu have reached agreement on the allocation of 15 seats for the coming Penang state assembly elections KEPALA BATAS The Penang chapters of PAS and Bersatu have reached an understanding regarding the allocation of 15 Malay major...
Pas Yakin Tawan 10 Kerusi Umno Sapu Bersih 32 Dun Terengganu

Pas Yakin Tawan 10 Kerusi Umno Sapu Bersih 32 Dun Terengganu

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 119 hits
freemalaysiatoday com 10 Mar 2023Pesuruhjaya PAS Terengganu Husain Awang berkata keyakinan berdasarkan perkembangan semasa di negeri itu Pada PRU14 PAS berjaya membentuk kerajaan Terengganu selepas menang 22 daripada 32 kerusi DUN PETALING ...
Maaf Umno Tak Mampu Lagi Berharap Kepada Prasangka Baik Kepada Pas Sahaja Untuk Buat Sebarang Keputusan

Maaf Umno Tak Mampu Lagi Berharap Kepada Prasangka Baik Kepada Pas Sahaja Untuk Buat Sebarang Keputusan

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 88 hits
SMBLEAKS 2 LANGKAH TERBAIK YANG UMNO BOLEH PILIH Susulan dari kenyataan terkini yg dikeluarkan oleh PAS melalui Naib Presidennya dan diperkukuhkan lagi dgn kenyataan dari Presiden PAS berhubung pendirian PAS yg menolak untuk menyertai Khema...
Kj Najib Masih Mempunyai Pengaruh Dalam Umno

Kj Najib Masih Mempunyai Pengaruh Dalam Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 180 hits
Bossku masih kuasa perlu dipertimbangkan kata KJJason ThomasPETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pengaruh Najib Razak belum selesai dalam Umno dengan ramai penyokong tegar bekas perdana menteri yang dipenjaraka...
Pas Patut Usahakan Untuk Ds Ismail Sabri Diangkat Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Bukan Menyerang Presiden Umno

Pas Patut Usahakan Untuk Ds Ismail Sabri Diangkat Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Bukan Menyerang Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 122 hits
ISU MN HENTIKAN SALAH UMNO ATAU PRESIDENNYASemalam YB Senator Ir Ts Khairil Nizam Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO menolak agenda ini Pertama ini kenyataan tid...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander