Tajuddin Tak Akan Probok Probok Lagi


 
Mungkin ada orang berasa veteran Umno dan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak selama tiga penggal dari 2008-2018 Tajuddin Abdul Rahman masih bergelar seorang VVIP hari ini jika beliau lebih sayangkan mulutnya.
Sebaliknya kerana pulut santan binasa, banyak yang beliau terlepas — daripada berjawatan pengarah pilihan raya Umno, hilang jawatan pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hinggakan pengumuman pelantikannya sebagai duta ke sebuah negara jiran turut dibatalkan pada saat-saat akhir.
Harus paling dirasakannya ialah apabila tidak mendapat watikah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PRU15 pada 2022 — satu kerugian buatnya sejak kali pertama memenanginya pada 2008 dan juga kerugian buat Barisan Nasional (BN) yang terlepas kerusi itu kepada calon Perikatan Nasional (PN).
Cuma baiknya Tajuddin ini ialah berbanding segelintir rakan seangkatannya — Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Noh Omar — beliau tidak pernah tinggalkan parti untuk menyertai lawan sedangkan beliau bukan tidak dapat tawaran sedemikian.
Malah, digantung enam tahun daripada parti pun, beliau tetap enggan pergi.
Dalam pada itu, benarlah Tajuddin diingati kerana mulutnya. Siapa yang dapat lupa kenyataan seksisnya terhadap Teresa Kok di Dewan Rakyat pada Nov 2016 dengan menggelar Ahli Parlimen Seputeh itu ‘satu-satunya wanita dengan Kok’. Tidak terhenti setakat itu, ia mencetuskan pertikaman lidahnya dengan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mempertahankan Kok dengan menggelar Ahli Parlimen Pasir Salak itu dengan panggilan ‘sial’ yang berlanjutan dengan saman-menyaman di antara kedua-duanya.
Dipercepatkan waktu lima tahun ke hadapan, Tajuddin dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd pada 26 Mei 2021 gara-gara didakwa kurang sensitif dalam sidang medianya selepas insiden pelanggaran dua tren LRT yang menyebabkan 213 orang cedera dua hari sebelum itu.
Tegurannya kepada media supaya “jangan probok (provoke), probok” dalam bertanyakan soalan atau cuba menimbulkan sensasi ketika sidang media berkenaan turut menjadi tular ketika itu.
Dalam politik juga, Tajuddin tidak dapat mengawal kelancangannya hingga keanggotaannya dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno ditamatkan pada 21 Jun 2022 tanpa sebab-sebab khusus dijelaskan tetapi dipercayai kerana mengkritik Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan juga parti. Malah, beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan.
Selain hilang jawatan pengarah pilihan raya Umno sebelum itu, beliau selanjutnya digantung keahlian parti selama enam tahun susulan keputusan mesyuarat MKT Umno pada 30 Sept 2022.
Sejak itu, beliau terpaksa terus membayar harga yang mahal atas keterlanjurannya apabila tidak tercalon oleh BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PRU15 pada 19 Nov 2022 — mengakhiri khidmat tiga penggalnya di kawasan berkenaan.
Lebih malang, kurang dua bulan selepas beliau mengumumkan sendiri pada 19 Jun 2022 sudah mendapat jemputan ke Istana Negara untuk menerima watikah pelantikannya selaku duta besar Malaysia ke Indonesia, ia kemudiannya terbatal.
Di sebalik ura-ura pelantikannya ketika itu mengundang kritikan antaranya daripada ahli Parlimen, tokoh politik termasuk dari Umno, bekas diplomat dan masyarakat — sifat beliau yang sinonim dengan kenyataan kontroversial dianggap tidak sesuai dengan jawatan sebagai diplomat — Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan pemilihannya atas pengalaman luasnya dalam politik di samping sudah mendapat persetujuan Presiden Joko Widodo. Malah, Tajuddin turut serta bersama delegasi Ismail Sabri dalam lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia sebelum itu yang menguatkan lagi spekulasi pelantikannya sebagai duta ke republik berkenaan. Tapi takdir menentukan sebaliknya.
Sumber-sumber menyatakan Putrajaya berubah hati dan menarik balik keputusan itu sambil Menteri Luar Saifuddin Abdullah dan timbalannya Kamaruddin Jaffar memilih untuk membisu sehinggalah Syed Md Hasrin Tengku Hussin disahkan untuk jawatan itu lebih setahun kemudian.
Mengapa imbauan panjang lebar ini? Ia sekadar untuk menunjukkan Tajuddin, 76, sebenarnya sudah cukup terhukum atas apa pun keterlanjurannya pada masa lalu untuk beliau diberi ruang membuka buku baharu.
Lagipun, seperti yang diungkapkannya, beliau tiada lagi hasrat untuk bertanding sebarang jawatan dalam Umno termasuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang — ringkasnya tidak akan menjadi ancaman kepada sesiapa pun — melainkan hanya mahu membantu parti.
“Saya tak ada nak bertanding menjadi wakil rakyat, pengerusi GLC dan timbalan menteri. Saya sudah merasa semua jawatan itu. Saya cuma hendak Umno dan Barisan Nasional dapat kembali bangkit menebus kekalahan yang sudah.
“Ini bukanlah bermakna saya bersara dalam politik. Saya akan tetap teruskan perjuangan membela parti untuk bangkit semula selagi hayat dikandung badan,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah seperti dilapor Sinar pada 21 April lalu.
Keinsafan Tajuddin harus dapat diselami daripada ucapan terima kasihnya kepada Zahid pada Isnin malam kerana berhati besar melupakan perselisihan antara mereka hingga membawa kepada penarikan balik penggantungan keahliannya yang diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat MKT.
Janji Zahid pada Ogos lalu untuk membawa rayuan Tajuddin ke mesyuarat MKT — sehingga empat rayuan telah dikemukakannya — ketika Tajuddin menjengah Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 untuk ‘melepaskan kerinduan’ sudah dikotakan.
Lebih-lebih lagi, Tajuddin tidak sekadar menyatakan keinginan untuk diterima Umno semula dengan kemanisan kata-kata, sebaliknya bertungkus-lumus turun padang berkempen dalam beberapa pilihan raya kecil termasuk PRK Nenggiri dan PRK Mahkota.
Jelas sekali Tajuddin diyakini Zahid dan seluruh MKT bahawa beliau sudah serik dan tidak akan ‘probok-probok’ kepimpinan dan parti lagi selepas ini. Atau benarkah begitu?
“Hehe… maaf saya ada di Kuala Lumpur,” jawabnya dalam pesanan kepada wartawan yang mahukan reaksinya terhadap keputusan terbaru MKT itu.
Terpulang kepada anda untuk mentafsir pesanan ringkasnya. Tapi jika anda mengenali Tajuddin atau Pasir Salak yang sinonim dengan panggilan terhadapnya, anda harus dapat memahami mesej tersirat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/tajuddin-tak-akan-probok-probok-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 188 hits
Tajuddin Abdul Rahman was slapped with a six year suspension from the party after publicly criticising Umno president Ahmad Zahid Hamidi s leadership KUALA LUMPUR Umno has lifted the six year suspension of former Pasir Salak MP Tajuddin Abd...
Back In The Fold Umno Supreme Council Revokes Former Pasir Salak Mp Tajuddin Abdul Rahman S Suspension

Back In The Fold Umno Supreme Council Revokes Former Pasir Salak Mp Tajuddin Abdul Rahman S Suspension

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 173 hits
The Umno Supreme Council has revoked the suspension of former Pasir Salak MP Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman s membership in Umno with immediate effect Umno Secretary General Datuk Asyraf Wajdi Dusuki in a statement issued to the media aft...
Lepaskan Penggantungan Tajuddin Langkah Pertama Untuk Umno Jadi Dominan

Lepaskan Penggantungan Tajuddin Langkah Pertama Untuk Umno Jadi Dominan

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 140 hits
26 November 2024Mesyuarat MT UMNO semalam membuat keputusan menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkuatkuasa serta merta Penarikan balik penggantungan keahlian selama enam tahun itu dip...
Tajuddin Thanks Zahid For Burying The Hatchet

Tajuddin Thanks Zahid For Burying The Hatchet

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 243 hits
Former Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman was slapped with a six year suspension from the party after publicly criticising Umno president Ahmad Zahid Hamidi s leadership PETALING JAYA Former Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman has expres...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2