Lepaskan Penggantungan Tajuddin Langkah Pertama Untuk Umno Jadi Dominan


 
26 November 2024Mesyuarat MT UMNO semalam membuat keputusan menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkuatkuasa serta-merta.
Penarikan balik penggantungan keahlian selama enam tahun itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi.
“Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara melepas dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” demikian menurut kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Tajuddin digantung keahlian pada September 2022 iaitu sebelum berlangsungnya PRU15 selepas beliau  secara terbuka mengkritik kepimpinan Zahid Hamidi.
Sesungguhnya dengan penarikan balik penggantungan Tajuddin ini ia adalah langkah yang baik bagi masa depan UMNO.
Ia menunjukkan UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi tidak selamanya bersikap keras dan berdendam terhadap mereka yang mengkritiknya.
Apa yang diharapkan selepas penggantungan Tajuddin ini ditarik balik, beberapa pemimpin UMNO lain yang digantung sebelum ini juga diambil tindakan yang mereka.
Cukuplah menggantung keahlian beberapa pemimpin terbabit dan oleh kerana PRU16 hanya kira-kira tiga tahun saja lagi daripada sekarang, tempoh berbaki ini mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengukuhkan lagi parti.
Selain mereka yang digantung harus dilepaskan, pemimpin yang dipecat pula sebaiknya dipelawa dengan tangan terbuka untuk kembali semula menyertai UMNO.
Inilah masanya untuk Zahid Hamidi menjadikan UMNO kembali bulat dan bersatu padu, sesuai dengan hasrat dan iltizamnya untuk mengimpikan BN sebagai parti dominan selepas PRU16 akan datang.
UMNO tidak mungkin mampu dominan atau memenangi lebih banyak kerusi jika ia terus berpecah dan mereka yang digantung atau dipecat tidak dibawa kembali memperkukuhkan parti.
Jadikan bidalan – carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga dan biduk lalu kiambang bertaut – sebagai kata-kata azimat untuk memperkukuhkan kembali UMNO.
Untuk UMNO menjadi dominan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Zahid Hamidi, PRU16 adalah masa paling terbaik untuk berbuat demikian.
Ia bukan saja kerana UMNO nampaknya sudah kembali berada di hati rakyat dengan kemenangan cemerlang di PRK Nenggiri dan Mahkota, tetapi juga disebabkan PKR dan PH sedang berada cerunan yang makin menurun ketika ini.
Dengan pelbagai isu melibatkan Anwar Ibrahim seperti janji tidak ditepati dan reformasi hanya sembang kari, malah Bersih memberi markah D, UMNO harus merebut peluang terbuka yang sedang terbentang itu bagi manfaat masa depannya.
Apa pun, Zahid Hamidi harus menjadikan penarikan penggantungan keahlian Tajuddin ini sebagai langkah permulaan untuk melakukan lebih banyak keputusan bagi mengukuhkan kembali UMNO, seterusnya memenangi lebih banyak kerusi pada PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 26November2024.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/lepaskan-penggantungan-tajuddin-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Back In The Fold Umno Supreme Council Revokes Former Pasir Salak Mp Tajuddin Abdul Rahman S Suspension

Back In The Fold Umno Supreme Council Revokes Former Pasir Salak Mp Tajuddin Abdul Rahman S Suspension

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 186 hits
The Umno Supreme Council has revoked the suspension of former Pasir Salak MP Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman s membership in Umno with immediate effect Umno Secretary General Datuk Asyraf Wajdi Dusuki in a statement issued to the media aft...
Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 202 hits
Tajuddin Abdul Rahman was slapped with a six year suspension from the party after publicly criticising Umno president Ahmad Zahid Hamidi s leadership KUALA LUMPUR Umno has lifted the six year suspension of former Pasir Salak MP Tajuddin Abd...
Hashim Jasin I Don T Know If Pas Is Luring Bn But Would Be Nice If Umno Joined Us

Hashim Jasin I Don T Know If Pas Is Luring Bn But Would Be Nice If Umno Joined Us

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 216 hits
While Hashim insisted he did not know of efforts to divide BN from the ruling coalition or at least not of any official meetings for this he said he could not rule out individual or informal contact PAS spiritual leader Datuk Hashim Jasin c...
Look In Mirror Before Criticising Pm Umno Leader Tells Muhyiddin

Look In Mirror Before Criticising Pm Umno Leader Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 178 hits
Umno supreme council member Lokman Noor Adam took potshots at Bersatu president Muhyiddin Yassin after the latter mocked Prime Minister Anwar Ibrahim This comes after Muhyiddin accused Anwar of resorting to silat in a desperate attempt to f...
Terkini Apa Jasa Akmal Di Melaka Umno Buka Jalan Pada Kj Dan Shahril

Terkini Apa Jasa Akmal Di Melaka Umno Buka Jalan Pada Kj Dan Shahril

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 225 hits
1 Lupakan sengketa lama Tajuddin ucap terima kasih kepada Ahmad Zahid 2 Setpol Perdana menteri dedah BN boleh kemuka cadangan PH akan bincang 3 Muhyiddin Yassin tegaskan beri kepercayaan kepada Azmin untuk perkukuh parti 4 Tiong balas kriti...
Berdegar Tuduh Anwar Umno Tak Boleh Kawal Dap Tapi Abang Long Gerakan Selamba Tibai Pas

Berdegar Tuduh Anwar Umno Tak Boleh Kawal Dap Tapi Abang Long Gerakan Selamba Tibai Pas

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 207 hits
HarapandailyNovember 25 2024Satu kerusi Parlimen pun tidak ada tetapi Gerakan seperti Abang Long selamba membidas Pas berhubung isu calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional Situasi itu dapat dilihat pada pendirian Gerakan yang mengangg...
Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 367 hits
SHAH ALAM Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan mengelakkan naratif yang boleh memecahbelahkan kerjasama politik sedia ada Ketua Penerangan Pemudanya Nasrun Nasaruddin berkata sebarang kenya...
Hisham Shahril Have Not Sought Lifting Of Suspension Says Umno

Hisham Shahril Have Not Sought Lifting Of Suspension Says Umno

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 224 hits
Umno suspended Hishammuddin Hussein and Shahril Hamdan in January 2023 PETALING JAYA Former Umno vice president Hishammuddin Hussein and ex information chief Shahril Hamdan have not appealed for their six year suspension from the party to b...
Kelantan Umno Dihalang Agih Sumbangan Mangsa Banjir Biar Nampak Pas Saja Beri

Kelantan Umno Dihalang Agih Sumbangan Mangsa Banjir Biar Nampak Pas Saja Beri

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 625 hits
HarapandailyTular rakaman video wakil pihak Pas menghalang pimpinan Umno akar umbi untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Menurut Wan Mahussin Wan Zain seorang penghulu Pas yang baharu dilantik menghala...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan