Tajuddin Beritahu Mt Umno Silap Nak Kerjasama Dengan Anwar



malaysiakini.com
Diterbitkan 12 Jul 2021, 9:51 pm
Dikemaskini 9:58 pm

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan banyak kesilapan dibuat oleh kepimpinan Umno termasuk rancangan untuk bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan menerusi rakaman audio ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung pada 8 Jun lalu.

Audio berkenaan disahkan sebagai tulen oleh sumber dalaman Umno, manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa turut berkongsi rakaman itu pada hantaran di Facebooknya.

"Banyak keputusan yang kita buat yang lepas semuanya silap. Masuk PN (Perikatan Nasional), silap. Muafakat Nasional (MN) kita tubuhkan, kita tak jaga baik-baik, silap.

"Kita nak bekerjasama dengan Anwar pun silap, 'so many things' silap," kata Tajuddin ketika mesyuarat itu.

Tajuddin berkata, dia tidak boleh menerima keputusan Umno untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) pada masa yang tidak sesuai kerana akan merosakkan parti.

"Jangan keputusan kita nanti mewujudkan kehancuran kepada Umno," katanya.

Mesyuarat MT Umno sebelum ini membuat ketetapan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta merta.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta Muhyiddin supaya berundur secara terhormat kerana telah kehilangan sokongan.
Sebelum ini, Umno dikaitkan dengan spekulasi kerjasama parti itu dengan Anwar bagi membentuk kerajaan baru.

Bahkan Anwar pernah mengesahkan bahawa dia mendapat sokongan majoriti bagi menerajui kerajaan.

Annuar juga sebelum ini mendedahkan surat sokongan Umno terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri yang ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Malah, spekulasi kerjasama dua parti itu diperkukuhkan lagi setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Zahid.

Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk itu semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-duanya menafikan ketulenan video berkenaan namun setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mereka.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno itu, Umno membuat keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Anwar, DAP dan Bersatu.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata keputusan Umno kali ini untuk menarik sokongan daripada PN akan menghancurkan parti itu.

"Kali ini bahananya kehancuran bagi Umno, jadi saya harus bercakap secara terbuka.

"Kalau nak marah, marahlah saya ulang dengan tegas iaitu keputusan untuk membawa kita keluar (PN) sekarang akan membawa masalah.

"Minta maaf Datuk Seri presiden saya tegaskan sekali, tiada (soal) peribadi di sini. Saya sokong anda, bekerja kuat untuk anda, tapi untuk kali ini saya mohon berbeza dengan anda," kata Tajuddin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/tajuddin-beritahu-mt-umno-silap-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Beritahu Saya Bukan Lagi Pengarah Pilihan Raya Kata Tajuddin

Umno Tak Beritahu Saya Bukan Lagi Pengarah Pilihan Raya Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 285 hits
freemalaysiatoday com July 13 2021 11 00 PMTajuddin Abdul Rahman ketika menerima surat pelantikan sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno daripada Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi November lalu PETALING JAYA Tajuddin Abdul Rahman yang digugurka...
Gerakan Ketua Amk Akan Sekat Agenda Anwar Heret Kerjasama Pkr Umno

Gerakan Ketua Amk Akan Sekat Agenda Anwar Heret Kerjasama Pkr Umno

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 220 hits
agendadaily comSayap pemuda PKR AMK kini dikatakan berpecah kepada dua kumpulan antara pengikut Rafizi Ramli Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak Ketika Presiden PKR Datuk S...
Sekarang Bukan Masa Tarik Balik Sokongan Tajuddin Beritahu Umno

Sekarang Bukan Masa Tarik Balik Sokongan Tajuddin Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 280 hits
July 13 2021 Tajuddin Abdul Rahman berkata perhimpunan agung Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan bukan setakat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Semua ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bersetuju menarik ...
Mp Umno Bebas Buat Keputusan Di Parlimen Tajuddin Kata Ahmad Maslan Bengong

Mp Umno Bebas Buat Keputusan Di Parlimen Tajuddin Kata Ahmad Maslan Bengong

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 263 hits
agendadaily com12 7 2021Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan Seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan Ahli Parlimen UMNO wajar dib...
Tak Perlu Rahman Dahlan Nak Dabik Dada Dan Takbur Kata Tajuddin

Tak Perlu Rahman Dahlan Nak Dabik Dada Dan Takbur Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 254 hits
agendadaily com12 7 2021Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Ahli Majlis Tertinggi Datuk Abdul Rahman Dahlan Susulan pendedahan klip audio tular seorang Ahli Majlis Tertinggi Datuk Abdul...
Now Is Not The Time To Withdraw Support Says Umno S Tajuddin

Now Is Not The Time To Withdraw Support Says Umno S Tajuddin

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 394 hits
Tajuddin Abdul Rahman said the Umno general assembly decided to pull out from the government and not just to withdraw support for Prime Minister Muhyiddin Yassin PETALING JAYA All Umno Supreme Council members agreed to withdraw support for ...
Umno Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri

Umno Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 301 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO putuskan tidak akan sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau jalin kerjasama dengan DAP PH Perkara ini juga disebut dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi oleh Presiden UMNO Dato S...
Umno Mps Not That Stupid Tajuddin Tells Sec Gen

Umno Mps Not That Stupid Tajuddin Tells Sec Gen

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 349 hits
Tajuddin Abdul Rahman has told party secretary general Ahmad Maslan that Umno MPs will know what to do when voting in the Dewan Rakyat PETALING JAYA Umno MPs will know what to do when voting on any motion tabled at the Dewan Rakyat a party ...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri