Sekarang Bukan Masa Tarik Balik Sokongan Tajuddin Beritahu Umno




Minderjeet Kaur -July 13, 2021 Tajuddin Abdul Rahman berkata, perhimpunan agung Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan, bukan setakat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.PETALING JAYA: Semua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju menarik balik sokongan kepada kerajaan sedia ada, tetapi mereka tidak bersetuju melakukannya sekarang, kata ahli MKT, Tajuddin Abdul Rahman.
Tajuddin mengesahkan satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan pucuk pemimpin parti adalah “tulen”.
Dalam rakaman hampir 15 minit itu, Tajuddin mempersoalkan sama ada langkah Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional dilakukan pada “waktu yang betul”.
Tajuddin memberitahu FMT, beliau membuat ucapan berkenaan pada mesyuarat MKT minggu lepas yang memutuskan Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mahukan beliau meletak jawatan.
“Saya tak mahu apa ucapan saya pada mesyuarat itu didedahkan kerana itu apa yang saya katakan pada mesyuarat (tertutup). (Tetapi) ada orang merakam dan mendedahkannya kepada umum. Memandang ia sudah didedahkan, saya sahkan ia (rakaman itu) adalah tulen,” katanya.
Dalam video itu, Tajuddin memberitahu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang beliau menyokongnya selama ini, tetapi “waktu ini, saya merayu untuk berbeza (pendirian)”.
Keputusan perhimpunan agung Umno
Menurut Tajuddin, beliau mengambil pendekatan berbeza itu kerana isu yang dibahaskan MKT itu bercanggah ketetapan Perhimpunan Agung Umno (PAU), Mac lalu.
Katanya, keputusan PAU adalah untuk Umno menolak DAP, PKR dan Bersatu.
“Mandatnya (juga) adalah untuk presiden dan ahli MKT memutuskan tarikh keluar daripada kerajaan.
‘”Kami setuju untuk tarik balik (sokongan). Siapa yang tak setuju tarik balik? Semua setuju. Ahli MKT Umno setuju, Ahli Parlimen Umno setuju.”
Tetapi, Tajuddin berkata, mereka tidak bersetuju untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan “sekarang”.
“Ramai pihak yang merasakan sekarang bukan waktu sesuai (untuk tarik balik sokongan kepada kerajaan),” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu. Bagaimanapun, beliau akur, ada juga yang berpendirian sebaliknya.
Tidak bersedia untuk PRU
Tajuddin menegaskan, keputusan PAU adalah menarik balik sokongan terhadap kerajaan dan bukan setakat Muhyiddin.
“Sekarang (MKT ambil tindakan) berbeza. Ini adalah langkah taktikal kerana menarik keluar daripada kerajaan tidak boleh dilaksanakan. Ini tindakan memanipulasi keputusan PAU.”
Tajuddin turut memberi amaran Umno tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) dalam tempoh terdekat.
“Adakah kamu tahu status kawasan pilihan raya kita? Adakah kamu bersedia menghadapi pilihan raya? Saya nak beritahu, kamu (Umno) perlu setahun lagi untuk mengukuhkan jentera pilihan raya,” kata beliau.
Katanya, ahli Umno sibuk bercakap mengenai “parti, parti, parti, tetapi kerja tak berjalan”.
Beliau berkata, sekalipun Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan PN, Bersatu berkemungkinan mendapat sokongan daripada DAP, yang “mungkin tidak akan menyertai kerajaan, tetapi akan menyokong, memberi undi kepada perdana menteri”.
Keputusan salah Umno
Tajuddin membayangkan Umno perlu waspada dalam mengatur strateginya setelah banyak membuat kesilapan sebelum ini.
Sebagai contoh, katanya, penyertaan Umno dalam kerajaan PN adalah suatu kesilapan dan “Muafakat Nasional yang ditubuhkan (bersama PAS) tidak dipupuk sebaiknya. Itu satu kesilapan. Kita mahu bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim – itu juga satu kesilapan”.
Katanya, beliau tidak lagi mahu mengikut arahan parti secara membuta tuli dan mendesak Umno menunggu “masa sesuai” keluar daripada kerajaan, selaras ketetapan PAU.
Beliau juga berkata, kebanyakan ahli MKT tidak mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri.
Beliau juga meminta pimpinan dan akar umbi parti bersabar dan mengukuhkan jentera Umno terlebih dahulu untuk memenangi PRU.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/sekarang-bukan-masa-tarik-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin

Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 181 hits
July 8 2021 PETALING JAYA Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan semua sebab itu berkait kegagalan kerajaan Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin gagal mem...
Bersatu Pas Mula Meroyan Bila Umno Tarik Balik Sokongan

Bersatu Pas Mula Meroyan Bila Umno Tarik Balik Sokongan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 231 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan Umno menarik balik sokongan kepada Mahiaddin Md Yassin membuatkan parti dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional seperti Bersatu dan Pas menunjukkan tanda meroyan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Z...
Mana Datang Cerita Umno Tarik Balik Sokongan Untuk Adakan Pru Ketika Pandemik Soal Zahid

Mana Datang Cerita Umno Tarik Balik Sokongan Untuk Adakan Pru Ketika Pandemik Soal Zahid

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 213 hits
July 12 2021 8 12 PMZahid Hamidi berkata Umno sebelum ini menjelaskan untuk menamatkan dan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin serta merta kerana tujuh sebab yang dirasakan sangat mustahak PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahi...
Tarik Sokongan Terhadap Pm Tajuddin Kata Pirah Kepada Mt Umno

Tarik Sokongan Terhadap Pm Tajuddin Kata Pirah Kepada Mt Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 299 hits
agendadaily com12 7 2021Pengarah Pilihanraya UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Pengarah Pilihanraya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan mengutuk Majlis Tertinggi UMNO apabila menggunakan ...
Respon Tun Mahathir Selepas Umno Umum Tarik Sokongan Kepada Pm

Respon Tun Mahathir Selepas Umno Umum Tarik Sokongan Kepada Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 185 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi malam tadi telah membuat satu pengumuman mengejut mengenai penarikan semula sokongan UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Memetik Sinar Harian yang mendapatkan pandangan dari bek...
Umno Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap Pm Berkuatkasa Serta Merta

Umno Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap Pm Berkuatkasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 195 hits
Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata ini beriku...
Hati Hati Ugut Tarik Sokongan Umno Mungkin Senasib Parti Golkar Di Indonesia Kata Penganalisis

Hati Hati Ugut Tarik Sokongan Umno Mungkin Senasib Parti Golkar Di Indonesia Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 225 hits
freemalaysiatoday com July 7 2021 10 00 AMSeorang penganalisis politik berkata tidak mustahil akar umbi Umno yang bosan melihat tindak tanduk pucuk pimpinan parti itu akan beralih kepada Bersatu PETALING JAYA Umno harus berhati hati dengan ...
Umno Tarik Sokongan Tak Jejas Kedudukan Pm Kata Sri Ram

Umno Tarik Sokongan Tak Jejas Kedudukan Pm Kata Sri Ram

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 167 hits
July 5 2021 Ada cakap cakap mengatakan ramai Ahli Parlimen Umno antara 114 yang dipercayai menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Sebarang percubaan oleh parti politik dalam gabungan kerajaan yang memerintah untuk menarik ...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bendi Goreng Bersambal

Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar