Gerakan Ketua Amk Akan Sekat Agenda Anwar Heret Kerjasama Pkr Umno


agendadaily.comSayap pemuda PKR, AMK kini dikatakan berpecah kepada dua kumpulan antara pengikut Rafizi Ramli, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Ketua AMK) dan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Ketika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang asyik dengan cita-cita untuk menjayakan kerjasama dengan UMNO, tiba-tiba Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri yang menyokong kuat usaha tersebut disingkirkan daripada jawatan mereka.

Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi dan Ketua AMK Perlis, Nor Azam Karap antara pengikut setia Anwar yang disingkir, malah mereka berdua sering mengeluarkan kenyataan senada dengan bos mereka yang membuka pintu kepada UMNO untuk bekerjasama.

Ia termasuk, Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman yang sering mengeluarkan kenyataan kuat memihak kepada UMNO selari dengan pendirian Anwar.

Kumpulan ini adalah kartel baharu yang dikatakan dikepalai orang kanan Anwar yang juga Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Ketua AMK Nasional Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang merupakan anak didik Rafizi Ramli berseteru dengan kem Farhash Wafa Salvador, pergaduhan secara terbuka sebelum ini memberikan gambaran sebenar perpecahan tersebut bukan kecil dan ia semakin menjadi barah dalam parti.

Sumber PKR mendedahkan, Akmal Nasir membuat keputusan memecat dua Ketua AMK yang dianggap kesayangan Anwar tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan terlebih dahulu, malah Najwan sendiri berkata akan bertemu dengan Ketua Pembangkang itu untuk membangkitkan isu berhubung pemecatannya.

Sekiranya keputusan Akmal Nasir itu mendapat restu Anwar, sudah pasti kumpulan pro-Farhash ini mengetahuinya terlebih dahulu tetapi ia berlaku secara mengejut sehingga menimbulkan spekulasi bakal wujud perpecahan dalaman baharu parti itu.

Bagaimanapun, keberanian Akmal Nasir ini dilihat pemerhati politik menerima restu daripada Rafizi, ia suatu yang mustahil untuk Ahli Parlimen Johor Bahru itu mengambil tindakan sebegitu tegas walaupun diketahui kumpulan tersebut mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.

Walaupun berisiko, Akmal Nasir lebih mengutamakan nasihat mentornya, Rafizi yang banyak menasihati dan membantunya naik sehingga menjadi Ketua AMK Nasional.

Namun, langkah-langkah ini dilihat mempunyai kaitan dengan usaha Anwar untuk menjayakan kerjasama dengan UMNO menerusi rundingan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berbeza dengan kumpulan pro-Anwar dalam PKR yang dilihat semakin kemaruk kuasa, ditambah pula dengan ura-ura Anwar semakin menghampiri tampuk kuasa di Putrajaya, kumpulan Akmal Nasir atau Rafizi ini lebih mempunyai idealisma dan berpegang teguh kepada ideologi parti iaitu menolak perasuah atau kleptokrat yang merosakkan negara.

Kumpulan dengan idealisma ini tidak dapat menerima tindakan Anwar yang berterusan berunding dengan kumpulan ‘Kluster Mahkamah’ UMNO untuk membentuk kerajaan bersama.

Idea untuk meletak Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga ditolak sama sekali, ia selepas difahamkan Anwar sudah berjanji kepada Zahid untuk memberikan jawatan tersebut kepadanya jika berjaya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkembangan terbaharu ini mungkin akan memberi gambaran PKR bakal berdepan satu lagi krisis sekiranya Anwar mahu mengambil tindakan terhadap Akmal Nasir kerana tindakan tersebut akan dilihat cubaan untuk mematikan langkah Rafizi daripada luar untuk menyekat cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri Ke-9.

Jika dahulu bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menggagalkan usaha Anwar menjadi PM, adakah kali ini sekali lagi orang kepercayaannya akan menggagalkan usaha beliau


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/gerakan-ketua-amk-akan-sekat-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret Umno Sokong Anwar

Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Usaha menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri masih diteruskan sehingga hari ini Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional Datuk Seri Shahidan Kassim berkat...
Pkr Bergolak Kumpulan Pro Najwan Gesa Mesyuarat Agung Luar Biasa Untuk Gulingkan Akmal Sebagai Ketua Amk

Pkr Bergolak Kumpulan Pro Najwan Gesa Mesyuarat Agung Luar Biasa Untuk Gulingkan Akmal Sebagai Ketua Amk

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 160 hits
June 30 2021 Pemimpin Pemuda PKR yang dipecat baru baru ini secara terbuka mencabar ketua sayap parti itu Akmal Nasir Dalam satu kenyataan bersama enam daripada mereka yang dipecat termasuk bekas Ketua AMK Selangor Najwan Halimi menggesa me...
Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 291 hits
agendadaily comJohari Abdul perlekeh cita cita Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri PKR menafikan jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada UMNO sekiranya jajaran baharu dibentuk ia selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memberita...
Umno Man Admitted Supporting Pkr President Anwar Ibrahim Says Shahidan

Umno Man Admitted Supporting Pkr President Anwar Ibrahim Says Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 200 hits
Umno supreme council member Shahidan Kassim today revealed that an Umno MP admitted to him that he had signed a letter in support of PKR president Anwar Ibrahim The Arau MP speaking at a press conference broadcast live by Astro Awani today ...
Sahkan Kerjasama Dengan Anwar Dalam Pemilihan Umno Ahli Mt Beritahu Zahid

Sahkan Kerjasama Dengan Anwar Dalam Pemilihan Umno Ahli Mt Beritahu Zahid

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 227 hits
Jun 22 2021 11 00 AMKerjasama Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim bertentangan dengan keputusan diputuskan perhimpunan agung Umno baru baru ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Seorang ahli Majli...
Dakwaan Jual Anak Ketua Pemuda Pkr Sabah Berdepan Siasatan

Dakwaan Jual Anak Ketua Pemuda Pkr Sabah Berdepan Siasatan

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 251 hits
Durie Rainer Fong Polis berkata kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda PKR Sabah Raymond Ahuar boleh membangkitkan kegentaran awam KOTA KINABALU Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kenyataan oleh ahli politik Sabah baru baru ini mendakw...
Kerjasama Ph Umno Bakal Jadi Kenyataan Atau Sekadar Angan Angan

Kerjasama Ph Umno Bakal Jadi Kenyataan Atau Sekadar Angan Angan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 220 hits
BAHA M ISAPerseteruan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang dipimpin Umno adalah amat jelas sebelum ini Kedua dua gabungan politik itu boleh dianggap sebagai dua musuh tradisi Kemuncaknya pada Pilihan Raya Umum Ke 14 yang berlang...
Don T Be Too Obsessed With Leaders Anwar To Pkr Members

Don T Be Too Obsessed With Leaders Anwar To Pkr Members

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 270 hits
PKR president Anwar Ibrahim has reminded members of his party not to be too obsessed with any particular leader or faction He said the obsession would lead to acts of disobedience that were not in line with decisions made by the party leade...
Tangguh Pemilihan Demi Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap

Tangguh Pemilihan Demi Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 247 hits
agendadaily com27 6 21UMNO sekarang ini dilihat lebih mesra dengan blok pembangkang selepas rancangan pembentukan jajaran baharu Perikatan 3 0 Penangguhan pemilihan UMNO semakin hampir menjadi kenyataan selepas beberapa ahli Majlis Tertingg...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation