Tahun Pertama Ujian Buat Perikatan Nasional Bertahan Kata Penganalisis



Minderjeet Kaur -March 15, 2020 
PETALING JAYA: Dua penganalisis politik berkata, jika Perikatan Nasional mampu bertahan tahun pertamanya bersama, ia mungkin boleh mengharunginya sehingga pilihan raya umum akan datang.Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, tahun pertama ialah “ujian” bagi gabungan baru Barisan Nasional, PPBM dan PAS.“Jika mereka gagal, BN akan mencari jalan mengadakan pilihan raya mengejut.“Ada dalam kalangan Umno yang merasakan mereka mendapat majoriti dan mereka mempunyai lebih banyak hak,” katanya kepada FMT merujuk BN dan PAS yang mempunyai 60 ahli Parlimen, manakala PPBM hanya 37 orang.Awang Azman berkata, beberapa pemimpin Umno juga tidak berpuas hati kerana parti itu gagal mendapat beberapa jawatan penting dalam Kabinet baru.Rabu lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam sidang media pertamanya berkata, menteri kanan Mohamed Azmin Ali akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet jika beliau tiada.Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said menerusi Twitternya berkata, Kabinet Muhyiddin mempunyai perwakilan parti yang tidak adil, manakala Ketua Umno Johor Baru, Shahrir Samad mendakwa ia tidak mewakili semangat “en bloc” Perikatan Nasional.Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin yang tidak dilantik sebagai menteri kesal Umno Sabah tiada wakil dalam Kabinet.Naib Presiden Umno, Khaled Nordin turut mengingatkan Perikatan Nasional yang mereka bukan penumpang dalam kerajaan baru.Komposisi Kabinet Muhyiddin terdiri daripada 31 menteri – 11 daripada PPBM, 9 daripada Umno dan setiap satu daripada MIC serta MCA.Awang Azman berkata, pemimpin Umno merasakan parti itu dipergunakan untuk menubuhkan kerajaan baru dan “diketepikan” apabila pemimpin PPBM mencapai matlamat mereka meraih majoriti di Parlimen yang membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baru.“Jika perasaan itu berterusan, mereka boleh mengadakan pilihan raya mengejut. Jika mereka dapat bertahan tahun pertama bersama, mereka akan berdepan satu sama lain ketika bersaing untuk kerusi pada pilihan raya umum.”Seorang lagi penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff turut memberi masa kira-kira setahun kepada gabungan baru itu.“Gabungan ini boleh bertahan sekurang-kurangnya setahun. Buat masa ini, mereka akan bersama kerana mereka mempunyai musuh sama, DAP, yang akan membuatkan Umno dan PPBM,” katanya kepada FMT.Beliau berkata, kedua-dua parti itu mahu menyingkirkan DAP.Katanya, runguntan pemimpin kanan Umno baru-baru ini tidak akan mempunyai sebarang akibat serius.“Mereka yang merungut akan terus berbuat demikian. Ia tidak akan hilang, tetapi akan berkurangan kerana Muhyiddin tahu cara menangani mereka.”Katanya, buat masa ini, hanya Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim daripada PKR, mungkin berhasrat mengusulkan undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang pada Mei ini.“Tetapi, masih ada 2 bulan. Bila sampai masanya, Muhyiddin akan mendapat lebih banyak sokongan.“PH akan mendapati sukar untuk memenangi undi tidak percaya. Muhyiddin sebagai perdana menteri akan mempunyai lebih banyak sumber.”Pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Suffian Mansor berkata rasa tidak puas hati sedang meningkat dalam kalangan Umno, tetapi terlalu awal untuk mereka berpecah.“Sekurang-kurangnya mereka akan bekerjasama sekarang. Umno akan lihat situasi dan menunggu.“Jika tiada berhasil, BN mungkin mahu membentuk kerajaan mereka sendiri,” katanya sambil menambah buat masa ini, pemimpin Umno masih di tahap mengingatkan Muhyiddin yang partinya mungkin boleh menyebabkan gabungan baru itu berjaya atau gagal.“Mereka mengingatkan Muhyiddin yang partinya tidak sekuat Umno.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/tahun-pertama-ujian-buat-perikatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Nasional Sedia Bentuk Kerajaan Baru Di Perak Kata Umno

Perikatan Nasional Sedia Bentuk Kerajaan Baru Di Perak Kata Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 432 hits
Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad berkata beliau mengadakanperbincangan dengan pengerusi PPBM Perak dan juga menteri besar Ahmad Faizal Azumu bagi membentuk kerajaan baru di negeri itu IPOH Umno PAS dan PPBM Perak bersetuju untuk bekerja...
Perikatan Nasional Masih Longgar Sekretariat Akan Diwujudkan Kata Annuar Musa

Perikatan Nasional Masih Longgar Sekretariat Akan Diwujudkan Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Suatu sekretariat melibatkan setiausaha agung parti parti dalam Perikatan Nasional akan ditubuhkan dalam masa terdekat kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa Perikatan itu gandingan Umno PPBM PAS dan kumpulan bekas timbalan pre...
Kerajaan Perikatan Nasional Boleh Bertahan Sehingga

Kerajaan Perikatan Nasional Boleh Bertahan Sehingga

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 952 hits
1 Sekarang Anwar Ibrahim dakwa PH ada 112 ahli parlimen yang menyokong PH 2 Kurang daripada 24 jam yang lepas Mahathir dakwa ada 114 ahli parlimen 3 Jelas bahwa PH telah menipu rakyat dan lebih teruk lagi PH cuba menipu DYMM Agong Jika tuan...
Perikatan Nasional Tidak Wujud Pulak Dah

Perikatan Nasional Tidak Wujud Pulak Dah

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 343 hits
Istilah Perikatan Nasional tidak pernah diputuskan kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti digemburkan media Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata penggunaan istilah itu juga tidak pernah d...
Spitting At The Rakyat S Face An Anti Perikatan Nasional View

Spitting At The Rakyat S Face An Anti Perikatan Nasional View

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 362 hits
Manjit Bhatia Free Malaysia Today Malaysia s people have been kicked in the groin Installing Muhyiddin Yassin s so called Perikatan Nasional through the backdoor as the new government is majorly troubling in anybody s book Not in Muhyiddin ...
Through The Backdoor An Anti Perikatan Nasional View

Through The Backdoor An Anti Perikatan Nasional View

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 328 hits
Through the backdoor the Perverse Takeover of the Malaysian government An anti Perikatan Nasional view By Dream Onn bin Dare Don Dat The dumbness of politics worldwide in the US UK Australia and elsewhere had been comprehensively overshadow...
Dengar Cerita Kuli Ada Dalam Barisan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional

Dengar Cerita Kuli Ada Dalam Barisan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 421 hits
Alhamdulillah Admin baru terima berita gembira dari sumber terdekat bahawa YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah akan berada didalam barisan kabinet Kerajaan Perikatan Nasional dan bertangunggjawab di sebuah kementerian kanan Sememangnya perl...
Pemimpin Perikatan Nasional Jangan Kemaruk Jawatan

Pemimpin Perikatan Nasional Jangan Kemaruk Jawatan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 294 hits
DATUK Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak kisah jika tidak terpilih menganggotai kabinet Perikatan Nasional kelak Bahkan menurut Abdul Hadi tidak menjadi masalah untuk beliau pulang ke kampung di Terengganu dan menjadi nelayan Begitu...
Perikatan Nasional Just An Illusion Says Ppbm Man

Perikatan Nasional Just An Illusion Says Ppbm Man

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 303 hits
PPBM Supreme Council Tariq Ismail urges the party to return to its original struggle and restore the community s honour PETALING JAYA A PPBM Supreme Council leader today labelled Perikatan Nasional of which his party is a part of an illusio...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia