Pemimpin Perikatan Nasional Jangan Kemaruk Jawatan


SuaraMerdeka       DATUK Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak kisah jika tidak terpilih menganggotai kabinet Perikatan Nasional kelak.

Bahkan menurut Abdul Hadi tidak menjadi masalah untuk beliau pulang ke kampung di Terengganu dan menjadi nelayan.

Begitulah reaksi pemimpin yang berjiwa besar dan patut dicontohi oleh ahli politik di negara ini.

Walaupun beliau memegang jawatan Presiden Pas, Abdul Hadi tidak mempunyai ego yang besar, kerana bagi beliau matlamat utama adalah menyelamatkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Selepas menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah berlaku kemelut politik hingga menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 22 bulan, kepercayaan harus diberikan kepada pemimpin veteran itu untuk memutuskan senarai menteri kabinet yang diperlukan.

Dalam keadaan politik dan ekonomi yang semakin gawat, negara memerlukan menteri-menteri yang berkebolehan menangani permasalahan yang timbul dan bukan kerana dilantik mengikut kouta parti.

Kesilapan sedemikian telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melantik menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

Dr. Mahathir membariskan pemimpin mengikut kouta parti menyebabkan majoriti daripada mereka gagal menjalankan tugas dengan baik.

Akhirnya Dr. Mahathir sendiri mahu menukar sistem kepada kabinet perpaduan iaitu mengambil individu yang berkebolehan walaupun dari pihak pembangkang.

Bagaimanapun berikutan langkah itu sokongan terhadap beliau telah merosot dan akhirnya beliau sendiri kehilangan kerajaan.

Sehubungan itu juga Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyeru pemimpin Perikatan Nasional supaya berjiwa besar dalam isu pembentukkan Kabinet yang akan dibuat oleh Muhyiddin.

Jika ada yang tidak terpilih menganggotai jawatan dalam Kabinet terimalah dengan hati terbuka kerana Perikatan Nasional hanya mempunyai masa tiga tahun untuk memulihkan negara.

“Kembali kepada asas kita membentuk Perikatan Nasional yang pada dasarnya untuk menyelamatkan negara daripada kegelapan ekoran cengkaman DAP dalam kerajaan PH yang telah tumbang baru-baru ini.

“Kita membentuk Perikatan Nasional sebagai alternatif bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan untuk membangunankan negara ekoran kemelut politik perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin PH sebelum ini,” katanya.

Rakyat sedang memerhati jangan lakukan tindak tanduk yang boleh membuatkan rakyat benci yang akhirnya kita dihukum seperti mana PH.

Jadi, janganlah ada dalam kalangan pemimpin bermain politik untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan.

Berilah peluang kepada Perdana Menteri untuk membentuk barisan Kabinetnya kerana masa yang ada terlalu suntuk untuk memulihkan negara yang telah dirosakkan rejim PH.

Kepada Perdana Menteri, Menteri Besar mahupun Ketua Menteri lantiklah mereka yang berwibawa, mempunyai kredbiliti dalam menganggotai Kabinet kalian, pilihlah individu yang mempu bekerja,
bukannya kroni mahupun pengampu, ini penting bagi memulihkam imej negara yang telah tercalar.

Tahniah kepada kerajaan negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang telah berjaya membentuk saf Exco kerajaan negeri dengan semangat Perikatan Nasional.

Di Kedah juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih kekal sebagai Menteri Besar walaupun perubahan pemerintahan berlaku di peringkat pusat.

Begitu juga di Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih kekal sebagai Menteri Besar walaupun Bersatu telah mengisytiharkan keluar daripada PH.

Perkara ini tidak perlu terburu-buru dan biar ia diselesaikan dengan teratur tanpa menjejaskan kestabilan negeri dan negara seterusnya.

Bencana politik  yang berlarutan sejak PH memerintah negara sudah cukup banyak memakan mangsa dan merugikan negara, jadi ia harus diburukkan lagi keadaannya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/pemimpin-perikatan-nasional-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Jangan Gelojoh Kemaruk Kuasa

Pemimpin Jangan Gelojoh Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 250 hits
Selepas fiasco yang berlaku semalam ia mula bersambung hari ini apabila pelbagai spekulasi terus hangat diperkatakan khususnya melalui laman media sosial Pelbagai pandangan diberikan dari beberapa sudut Bukan tak setuju Bukan juga tidak men...
Rancangan Bentuk Perikatan Nasional Tak Kesampaian Selepas Pm Letak Jawatan

Rancangan Bentuk Perikatan Nasional Tak Kesampaian Selepas Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 409 hits
Kuala Lumpur 25 Feb Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa Muafakat Nasional bakal membentuk gabungan baru namun tidak kesampaian Perikatan itu berikutan perpecahan dalam kalangan parti memerintah Pakatan Harapa...
Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 410 hits
Jangan lama sangat sebab ada pihak cuba beli ahli parlimen Azmin gesa Perikatan Nasional segera ditubuhkanMenteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mahu gabungan baru dengan parti pembangkang diwujudkan segera kerana bimbang rancangan itu gagal j...
Perikatan Nasional Ambil Alih Melaka

Perikatan Nasional Ambil Alih Melaka

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 465 hits
K jaan negeri Melaka bakal tumbang Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan dua wakil rakyat Pakatan Harapan iaitu dari DAP dan PKR Mereka adalah Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee dari DAP y...
Saya Yb Ke Awak Yb Sertai Perikatan Nasional

Saya Yb Ke Awak Yb Sertai Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 810 hits
Diharap Norhizam tidak lupa peristiwa saya YB ke awak YB penulis harap beliau dapat menziarahi masyarakat yang terlibat dalam peristiwa itu bagi tujuan memohon maaf Adun Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee hari ini telah menyertai P...
Corner Baring Ph Terkulai Di Pintu Istana Perikatan Nasional Terus Mara Sekarang

Corner Baring Ph Terkulai Di Pintu Istana Perikatan Nasional Terus Mara Sekarang

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 390 hits
Gelombang PN menghala ke Perak KedahTERNYATA Perikatan Nasional sudah mara sekarang Bukan lagi sekadar berkampung di Putrajaya Gelombangnya membadai ke Perak Melaka dan Kedah Ketika singgah di selatan tanah air badai itu meruntuhkan kerajaa...
Umno Kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional Bersyarat Hingga Pru15

Umno Kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional Bersyarat Hingga Pru15

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 457 hits
Kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi Majlis Kerja Tertinggi UMNO cukup jelas dan terang tentang tentang kerjasama UMNO menyertai kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional Ini disebabkan ada dikalangan pemimpin UMNO ter...
Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 245 hits
Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung UMNO Tan Sri ...
Barisan Kabinet Perikatan Nasional Berhadapan Cabaran Luar Biasa Tok Mat

Barisan Kabinet Perikatan Nasional Berhadapan Cabaran Luar Biasa Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 386 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata cabaran yang menanti kerajaan baharu dan barisan Kabinetnya adalah sangat luar biasa Ini kerana katanya pengaruh kekuatan dan kelangsungan Perikatan Nasional amat bergantung deng...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik