Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026


Tahun Baharu, Perubahan Baharu: Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Tahun 2026 bukan sekadar tentang azam baharu, tetapi juga menuntut rakyat supaya lebih peka dan bersedia menghadapi pelbagai perubahan baik daripada kos sara hidup, keselamatan digital sehinggalah penguatkuasaan undang-undang yang akan memberikan impak langsung kepada kehidupan jutaan rakyat.
Tahun depan juga menandakan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pelan lima tahun untuk menentukan hala tuju ekonomi, sosial, dan kesejahteraan rakyat.
Berikut ialah beberapa perkara penting sepanjang 2026 dan perlu diberi perhatian: Sesi Persekolahan Kembali Januari: Selepas hampir tiga tahun kalendar akademik terpaksa bermula pada Mac susulan pandemik COVID-19, sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali normal pada Januari 2026.
Bagi negeri Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) kalendar akademik bermula pada 11 Jan hingga 31 Dis, manakala negeri Kumpulan B (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) bermula dari 12 Jan hingga 31 Dis.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP): Sebanyak 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima BAP RM150 melibatkan peruntukan RM800 juta, dengan penyaluran mulai 2026 melalui sekolah dan guru kepada ibu bapa.
Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP): Sistem kemasukan akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun hadapan, membolehkan pemohon memohon ke kedua-duanya tetapi hanya satu tawaran akan diberikan bagi mengelak pertindihan.
Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026): Sektor pelancongan dijangka menerima lonjakan besar menerusi penganjuran VM2026 bertemakan “Malaysia Truly Asia” dan “Surreal Experiences”, yang membuka peluang kepada pelancong meneroka kepelbagaian budaya, warisan serta keindahan alam semula jadi negara. Belanjawan 2026 memperuntukkan lebih RM700 juta bagi merancakkan promosi pelancongan termasuk RM500 juta untuk Kempen VM2026 dan RM60 juta bagi Dana Galakan Promosi, Pemasaran dan Penganjuran Acara Pelancongan dan Kebudayaan, sekali gus dijangka memberi limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, pengusaha tempatan dan komuniti luar bandar.
Pengecualian Cukai Pendapatan RM1,000 untuk Pelancongan Domestik:
Pembayar cukai individu layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan pelancongan domestik tertakluk kepada syarat ditetapkan, sebagai usaha menggalakkan perbelanjaan dalam negara dan menyokong industri pelancongan tempatan menjelang VM2026.
Pengecualian Pelaksanaan E-invois: Kerajaan juga telah menaikkan nilai ambang pengecualian pelaksanaan e-invois mandatori daripada RM500,000 kepada RM1 juta, bermula 1 Jan 2026, sebagai langkah meringankan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berpendapatan di bawah paras itu daripada keperluan segera sistem invois digital.
Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS): Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan STSDS secara berfasa mulai 1 Jan 2026, dengan fasa pertama melibatkan instrumen tertentu, diikuti dokumen pindah milik hartanah pada 2027 dan baki kategori dokumen lain pada 2028.
BACA: Ini Negara Paling Awal & Paling Akhir Sambut Tahun Baharu 2026 Pelepasan cukai pendapatan individu baharu: Antaranya, skop pelepasan cukai gaya hidup bernilai maksimum RM2,500 setahun diperluas untuk meliputi perbelanjaan pembelian peranti teknologi mesra alam seperti mesin pengkompos sisa makanan, demi menggalakkan gaya hidup lestari.
Bagi menyokong kesejahteraan keluarga, had pelepasan cukai yuran pendidikan awal anak sehingga RM3,000 setahun kini turut merangkumi bayaran kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar, selain taska dan tadika untuk anak berumur hingga 6 tahun.
Selain itu, kerajaan meningkatkan had pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan berkaitan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia bawah 18 tahun daripada RM6,000 kepada RM10,000, berkuat kuasa bagi Tahun Taksiran 2026.
Pelarasan Gaji Fasa 2 SSPA: Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan menikmati pelarasan gaji Fasa 2 yang dijadualkan pada 22 Jan.
Pelarasan gaji baharu itu yang berkuat kuasa pada 1 Jan akan menyaksikan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) akan menerima tujuh peratus lagi, manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan sebanyak tiga peratus.
Pelarasan gaji Fasa 2 merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024 dengan kadar 15 peratus untuk P&P serta tujuh peratus bagi KPT.
BACA: Malaysia Negara Asia Ketiga Paling Fasih Bahasa Inggeris, Perak Negeri Paling “Top” Pada fasa satu pelarasan gaji, kumpulan P&P telah menerima kenaikan lapan peratus, manakala KPT empat peratus yang dibayar pada Disember 2024.
Langkah itu dijangka memberi impak positif terhadap pendapatan bulanan penjawat awam serta perbelanjaan isi rumah.
Gaji Hakim Dinaikkan: Kali terakhir gaji hakim dinaikkan pada 2015 dan mereka tidak menerima kenaikan gaji tahunan seperti skim perkhidmatan lain, selain tidak dibenarkan memegang jawatan atau terlibat dalam sebarang perniagaan.
Sehubungan itu, selaras dengan usaha memperkukuh kewibawaan, integriti dan kebebasan badan kehakiman yang kini berada pada landasan lebih baik berbanding sebelum ini, kerajaan bersetuju menaikkan gaji hakim hingga 30 peratus berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.
Kebajikan Rakyat: Kerajaan sekali lagi akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari, melibatkan peruntukan keseluruhan RM2 bilion bagi membantu persiapan Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina.
Keselamatan Digital: Ruang digital negara turut menyaksikan perubahan besar pada 2026 apabila semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan lapan juta atau lebih pengguna perlu berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula pada 1 Jan melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Langkah kawal selia itu bertujuan memastikan platform berskala besar beroperasi dalam kerangka undang-undang secara teratur dan berkesan, selain memikul tanggungjawab jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga. Seiring dengan itu, Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) akan berkuat kuasa bermula pada 1 Jan, menekankan perlindungan pengguna, mengawal penipuan siber, eksploitasi dan penyamaran, termasuk ancaman melibatkan penyalahgunaan kecerdasan buatan serta teknologi deepfake.
Dana Inovasi Media: Fasa 1 akan dibuka bermula dari 1 hingga 14 Jan 2026 bagi menyokong transformasi industri media negara agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan dalam era digital, susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 mengenai peruntukan dana berjumlah RM30 juta.
Penguatkuasaan Undang-Undang: Akta Perintah Khidmat Masyarakat akan berkuat kuasa pada 1 Jan sebagai alternatif hukuman, menekankan pemulihan dan tanggungjawab sosial. Individu yang membuang sampah dan meludah di tempat awam di sekitar ibu kota, bakal dikenakan tindakan kompaun hingga RM2,000 selain khidmat masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan.
Dalam pada itu, bagi penguatkuasaan jalan raya, sistem pembayaran saman trafik diganti dengan konsep “the less you delay, the less you pay”, menawarkan pengurangan hingga 50 peratus bagi pembayaran awal.
BACA JUGA: Malaysia Penyumbang Terbesar Pelancong Ke Indonesia Belia dan Politik: Had umur belia diturunkan kepada 30 tahun mulai 1 Jan susulan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, menekankan penglibatan golongan muda dalam pertubuhan dan kepimpinan belia.
Pilihan Raya Negeri Melaka juga dijangka menjadi tumpuan pada 2026 yang bakal memberikan gambaran sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang memandangkan Dewan Undangan Negeri Melaka akan terbubar secara automatik pada Disember 2026.
Agenda Sukan: Penganjuran beberapa agenda sukan akan diadakan tahun depan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, melibatkan 474 acara daripada 37 jenis sukan.
Malaysia juga diberi hak penganjuran dua kejohanan akuatik utama pada 2026, iaitu Kejohanan Polo Air Asia (Bawah 18 Tahun) dan Kejohanan Akuatik Kumpulan Umur SEA ke-48.
Akuatik Malaysia (MAS) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Kejohanan Polo Air Asia (Bawah 18 Tahun) yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 15 Mac di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil akan menandakan negara menjadi tuan rumah acara berkenaan buat julung-julung kali.
RMK13: Tahun 2026 menandakan permulaan RMK13 (2026-2030) berteraskan tiga asas utama, iaitu pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan MADANI serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan.
Pelan pembangunan lima tahun itu menyasarkan pembentukan masyarakat yang inklusif dan progresif, selain menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi digital serantau melalui penghasilan inovasi serta produk dan perkhidmatan bertaraf global Made by Malaysia.
Kesemua perkembangan ini menjadikan 2026 bukan sekadar tahun baharu, tetapi satu tahun yang menuntut rakyat lebih peka, bersedia menghadapi perubahan dan mengambil peluang dengan perkara yang sedang dan akan berlaku di sekeliling mereka.
Sumber: Bernama
The post Tahun Baharu, Perubahan Baharu: Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2026/01/02/tahun-baharu-perubahan-baharu-perkara-yang-menanti-rakyat-malaysia-pada-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 93 hits
Selamat menyambut tahun baharu 2026 jangan berhenti MENGEJAR IMPIAN terus maju tanpa GENTAR Jadikan tahun ini lebih hebat dari sebelumnya mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 ...
Datuk Seri Anwar Ibrahim Lancar Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Bukit Bintang

Datuk Seri Anwar Ibrahim Lancar Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 123 hits
Suasana di jantung kota Kuala Lumpur malam tadi cukup luar biasa apabila ribuan warga kota dan pelancong asing berkumpul membanjiri kawasan Bukit Bintang bagi meraikan ambang tahun baharu Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim t...
Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 157 hits
Hujung minggu pertama di tahun 2026 nak ke mana Tak perlu pergi jauh sangat jom lepak di Cari baju bundle untuk OOTD 2026 anda atau cari barang hiasan bilik yang one of a kind Suasana aman tak berbasahan kalau hujan insha Allah Tingkat 1 8 ...
Tersilap Sebut Tahun Baharu Prabowo Subianto Curi Perhatian Warganet

Tersilap Sebut Tahun Baharu Prabowo Subianto Curi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 75 hits
JAKARTA Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjadi perhatian warganet selepas satu video memaparkan beliau tersilap menyebut Tahun Baharu 2021 ketika menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Tapanuli Selatan Kejadian itu b...
It S Official Malaysia S Judges Get 30pc Pay Hike Starting January 2026

It S Official Malaysia S Judges Get 30pc Pay Hike Starting January 2026

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 125 hits
Putrajaya s Palace of Justice as seen on July 9 2025 Picture by Raymond ManuelKUALA LUMPUR Dec 29 All of Malaysia s judges at the High Court Court of Appeal and Federal Court level will see their monthly salaries increase by 30 per cent fro...
Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak Tahun 2026

Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak Tahun 2026

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 156 hits
Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak atau Sarawak Free Tertiary Education Scheme merupakan satu inisiatif strategik Kerajaan Sarawak bagi memperkasa pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan negeri Skim ini diperkenalkan dalam Belanja...
Transit Kl Demi Aceh Sukarelawan Indonesia Terharu Layanan Rakyat Malaysia

Transit Kl Demi Aceh Sukarelawan Indonesia Terharu Layanan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Perjalanan singkat sekitar tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur meninggalkan kenangan yang cukup mendalam buat sekumpulan sukarelawan dari Indonesia yang dalam misi menyalurkan bantuan ke Aceh Tengah Menerusi ...
Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 225 hits
Selamat tahun baru 2026 Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2026 ini adalah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah dan merancang lembaran baru yang lebih gemilang Untuk mengetahui kalendar 2026 Hari Kelepasan Am serta Kalendar Ak...
Hiburan Apple Diramal Keluarkan Iphone Foldable Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

Hiburan Apple Diramal Keluarkan Iphone Foldable Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 138 hits
Kini kita sudah mempunyai gambaran awal tentang rupa iPhone boleh lipat keluaran Apple Pada 24 Disember YouTuber Jon Prosser berkongsi paparan 3D terperinci peranti yang digelarnya sebagai iPhone Ultra menerusi platform penstriman video Pap...
Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ocean Thirteen Fish And Chip Shah Alam

Jom Lah Clear Almari

Memori 2026 Ukhuwah Silaturahim Di Rumah Adik Bongsu

Ideas Recipe Italian Beef Sandwich Chicago

Consumer Group Urges End To Fare Bargaining In E Hailing Calls For Minimum Fare Regulation The Vibes 31 12 2025

Drama Susuk Rupawan