Pengambilan Pensyarah Jurulatih Kokurikulum Dan Pegawai Pengurusan Kpm Ipg Tahun 2022


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan IPG Tahun 2022 kini dibuka bermula pada 8 Februari sehingga 25 Februari 2022.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) ketika ini mempelawa semua calon Warganegara Malaysia yang mempunyai status Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan) yang mempunyai kelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Institut Pendidikan Guru bagi tahun ini.
Sistem myMohon diwujudkan bagi membenarkan permohonan Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dilaksanakan secara atas talian.
Tatacara Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan IPG 2022 Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan-PPP) Gred DG44/ DG48/ DG52 Calon bagi lantikan jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia; Disahkan dalam perkhidmatan; Berada dalam tahap kesihatan yang baik; Mempunyai bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT/PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021); Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau surcaj; Telah melaksanakan perisytiharan harta; Bebas daripada disenarikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius; Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG444 Hakiki / KUP; Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
– Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
– Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
– Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua / Guru Besar) SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Jurulatih Kokurikulum Gred DG44 Mempunyai kelayakan seperti di perenggan kelayakan bagi jawatan Pensyarah di atas. Kelayakan tambahan dalam bidang Kokurikulum
– Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Kokurikulum.
– Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepagawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/ Agensi Sukan yang diperaku, Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum. Pegawai Pengurusan Gred DG41/ 42/ 44 (KUP)  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia; Disahkan dalam perkhidmatan; Memiliki tahap kesihatan yang baik; Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-berturut (2019, 2020 dan 2021); Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj; Telah melaksanakan perisytiharan harta; Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius; Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki/ 42/ 44 KUP; Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
– Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
– Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
– Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan SENARAI BIDANG BERKAITAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Bahasa Melayu (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) Bahasa Perancis Bahasa Jepun Bahasa Korea Bahasa Arab Bahasa Tamil Bahasa Cina (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) Sains (Fizik) Sains (Kimia) Sains (Biologi) Pendidikan Islam dan Al-Quran bidang Taranum (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) Pendidikan Awal kanak-kanak (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) Pendidikan Jasmani Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) Matematik Kokurikulum Sejarah Pendidikan Moral Reka bentuk Teknologi (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) a) Ekonomi rumah tangga, (Jahitan, Masakan) b) Kejuruteraan Elektrikal c) Kejuruteraan Awam d) Pertanian e) Teknologi Pemesinan f) Teknologi Kimpalan g) Hospitaliti h) Kejuruteraan Elektronik Bahasa Kadazan Dusun (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak) Pendidikan Muzik- boleh bermain alat-alat muzik moden dan klasik (Terutama gitar) Pendidikan Seni Visual Bimbingan dan kaunseling Pegawai Pengurusan Ilmu Pendididikan Cara Permohonan Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Februari 2022: https://sgmy.moe.gov.my/myMohon/ Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:
– Resume terkini;
– Kad Pengenalan;
– Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
– Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
– Sijil-sijil Kokurikulum / Penglibatan NGO;
– Sijil kelayakan Profesional (sekiranya ada);
– Testimonial/ Pengesaham Kerja daripada majikan; Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2022 (Jumaat). Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut: Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan
63000 Cyberjaya, SELANGOR

Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja. Calon yang berjaya ditempatkan di IPGK perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah
Kedoktoran (Ph.D). Tarikh Tutup Permohonan  TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 25 FEBRUARI 2022 JAM 5.00 PETANG
Semakan Status Temuduga SGMy Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga boleh disemak menerusi Portal SGMy di pautan https://sgmy.moe.gov.my/myMohon/ mulai 28 Mac 2022 (Isnin).
Urusan Temuduga  Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga Tarikh temuduga adalah mulai 4 hingga 30 April 2022 Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh iklan Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengaraj JPN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses. Maklumat Lanjut  Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan:
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,
SELANGOR
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 6644/ 6613
Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan dengan pendidikan dan isu semasa yang bermanfaat.
 
Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan KPM IPG Tahun 2022
Dzanifah Nadia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/02/pengambilan-pensyarah-kpm-ipg-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022

Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 381 hits
PERMOHONAN ELAUN PEKERJA OKU RM450 JKM Tahun 2022 Salah satu inisiatif Kerajaan kini adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya iaitu bagi menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif JK...
Harimau 2022 Tahun Baru Cina

Harimau 2022 Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 268 hits
Selamat Hari Raya 2022 Harimau Makan besar di rumah mySIL Juadah kari kambing dan rendang ayam serta pulut kuning menjadi santapan mak rimau Auummm Memburu daging kambing tengah malam tadi Masak demi permintaan MakBudakSiap Rendang Ayam Kar...
10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Dan Tahun 2022

10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Dan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 283 hits
Ramai usahawan terkesan dengan pandemik banjir dan cabaran tahun 2022 Situasi zaman sekarang sangat tidak stabil untuk kita berbisnes adalah tidak benar Sebaliknya kita terpaksa jadi lebih bijak dan cari cara untuk atasi masalah ini Sebab p...
Potret Artis Indonesia Saat Menyambut Tahun Baru Imlek 2022

Potret Artis Indonesia Saat Menyambut Tahun Baru Imlek 2022

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 260 hits
Selamat tahun baru Imlek bagi kamu yang merayakan semoga selalu dilingkupi kebahagiaan dan kemakmuran
Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 257 hits
Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang Salam semua rasanya korang dah tahu apa isu hangat sekarang ni kan Tak lain tak bukan isu kenaikan harga barang Sis yang selalu follow berita ni rasa risau pulak dengan kenai...
10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 Yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 Yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 280 hits
10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan Pantas betul masa berlalu Rupanya dalam kita tak sedar dah masuk bulan Februari tahun 2022 Pada masa yang sama juga sudah 2 tahun kita semua hidup dengan wabak pa...
Selamat Tahun Baru Cina 2022

Selamat Tahun Baru Cina 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 365 hits
Seluruh Keluarga DELIMA SKBB5 ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di Malaysia Jom kekalkan rasa saling hormat menghormati persefahaman dan perasaan kasih sayang dalam kalangan kita skbb5 ts25 ilovedelima
Cara Daftar Online Murid Tahun 1 Sesi 2023 2024 Kpm

Cara Daftar Online Murid Tahun 1 Sesi 2023 2024 Kpm

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 265 hits
Info terkini buat semua ibu bapa penjaga Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 Bagi golongan ibu bapa penjaga yang ingin mendaftarkan anak untuk memulakan sekolah Tahun 1...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik