Tahun 2016 Mahathir Minta Majlis Raja Raja Pecat Pm Hari Ini Cakap Lain Pula



Mahathir minta Majlis Raja-Raja pecat Najib (5 Okt 2016) – Bekas pemimpin Malaysia, Mahathir Mohamad pada Rabu berkata beliau telah meminta sembilan sultan dan empat gabenor negara itu untuk memecat Perdana Menteri Najib Razak berikutan skandal yang melibatkan berbilion dolar dalam dana negara.
Mahathir berkata, permintaannya itu adalah wajar berikutan pertemuan ‘tidak meyakinkan’ beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim pada September, di mana beliau menyampaikan “Deklarasi Rakyat” yang ditandatangani oleh 1.2 juta rakyat Malaysia yang menggesa Najib meletakkan jawatan setelah didakwa terlibat dalam skandal yang dikaitkan dengan dana negara bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipengerusikan oleh Najib.
“Kami sedang membuat rayuan kepada raja-raja untuk menimbangkan rayuan kami supaya mengambil tindakan terhadap salah laku Najib. Kami ingin tahu jika raja-raja mempunyai pendapat mengenai 1Malaysia Development Berhad dan tindakan undang-undang DOJ AS, “kata Dr Mahathir pada sidang berita Rabu di Yayasan Perdana di Putrajaya.
Pada Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan dua belas saman undang-undang bagi mendapatkan kembali asset bernilai lebih $1 bilion yang dikatakannya hilang daripada 1MDB dan diubah secara haram melalui institusi kewangan Amerika.
Najib telah menafikan salah laku atau mengambil wang untuk kepentingan peribadi dalam urusan 1MDB.
“Saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman AS mengenai 1MDB harus diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan proses kehakiman. Mana-mana individu yang telah dinamakan perlu membersihkan nama mereka sendiri, “kata Najib dalam laman Facebook beliau pada akhir Julai.
“Kerajaan akan memberi kerjasama penuh dalam kes ini dan, Insya-Allah, lambat laun kita akan mengetahui kebenarannya. Seperti yang sering ditekankan, kerajaan akan memastikan bahawa tidak ada wang awam yang disalahgunakan, “katanya.
Kempen deklarasi rakyat itu dilancarkan oleh Mahathir dan 40 yang lain pada Mac lalu dengan menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai usaha untuk menyingkirkan Najib dari jawatannya menerusi cara-cara aman.
Mahathir berkata, beliau telah berjanji dengan semua yang menandatangani deklarasi itu bahawa beliau akan menghantar surat mengenainya kepada sultan dan gabenor yang mewakili 13 negeri di Malaysia serta merangkumi Majlis Raja-Raja negara. Majlis itu dijadual mengadakan mesyuaratnya minggu depan.
Pejabat Perdana Menteri, jurucakap parti gabungan Barisan Nasional Rahman Dahlan, dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak memberi jawapan segera ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Mahathir.
Kuasa?
Ia tidak jelas sama ada Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri negara itu.
“Perlembagaan memperuntukkan bahawa dalam melaksanakan fungsinya, Yang di-Pertuan Agong secara amnya perlu mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet,” menurut satu artikel mengenai eksekutif Malaysia yang disiarkan dalam laman web Majlis Peguam Malaysia.
Para peguam Mahathir mendakwa bahawa perlembagaan Malaysia tidak memberikan kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Orang ramai telah mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat atau mengambil tindakan terhadap pemimpin parti pemerintah semasa. Pada pandangan saya, jawapan kepada persoalan ini terkandung dalam perlembagaan itu sendiri – undang-undang tertinggi negara,” kata peguam utama Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla baru-baru ini.
“Perkara 40 (2) (a) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya melantik seorang Perdana Menteri. Ya, ia tidak menyentuh tentang kuasa untuk memecat perdana menteri, “kata Haniff kepada BeritaBenar selepas forum mengenai topik berkenaan  di Kuala Lumpur pada 30 Sept lalu.
Tetapi, menurut Haniff, Seksyen 29 Jadual ke-11 dalam perlembagaan menyebut ” undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan bagi mana-mana jawatan, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk memecat atau menggantung kerja individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan individu yang digantung itu.”
Bekas menteri undang-undang de-facto Nazri Aziz, yang menolak tafsiran Haniff, berkata,  Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memecat seseorang Perdana Menteri jika beliau kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.
“Dalam perlembagaan  menyatakan bahawa Agong melantik seorang perdana menteri berdasarkan sokongan yang diterima di Parlimen. Selagi PM ada sokongan majoriti Ahli Parlimen, beliau tidak boleh dipecat.
“Agong tidak boleh sewenangnya memecat perdana menteri seperti bersiar-siar di taman. Kita mesti mengikut prosedur yang betul, proses itu perlu dimulakan di Parlimen,” Nazri dipetik sebagai berkata dalam laporan Free Malaysia Today.
Sembilan Sultan Malaysia bergilir-gilir menjadi Yang di-Pertuan Agong berperlembagaan di negara itu di bawah satu sistem penggiliran unik yang diperkenalkan pada akhir pemerintahan penjajah British pada 1950-an.
Tahun lepas, dalam ulasan yang jarang sekali dibuat, raja-raja telah memerintahkan supaya siasatan yang pantas dan telus dibuat terhadap 1MDB yang bermasalah, dan bertitah bahawa kegagalan kerajaan untuk memberikan jawapan yang meyakinkan mengenai skandal itu mungkin telah menyebabkan “krisis keyakinan.”
Mahathir bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong pada 15 Sept lalu untuk membincangkan gesaan supaya Najib disingkirkan daripada jawatan. Mesyuarat itu berlangsung lebih daripada sejam di istana di negeri utara Malaysia, Kedah.
“Tetapi akhirnya, saya tidak dapat meyakinkan raja,” kata Mahathir pada Rabu.
“Saya tidak boleh ulang apa yang dititahkan baginda kerana ia adalah rahsia. Apa yang kami minta tidak boleh dilaksanakan. Mengapa? Jangan tanya saya. Mungkin baginda fikir baginda tidak mempunyai kuasa, “kata Mahathir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/28/tahun-2016-mahathir-minta-majlis-raja-raja-pecat-pm-hari-ini-cakap-lain-pula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlupa Nak Cakap Saya Akan Buat Sidang Media Bersama Ayah Saya Pada 5 5 Tapi Tak Tahu Tahun Bila Haha Pu Abu

Terlupa Nak Cakap Saya Akan Buat Sidang Media Bersama Ayah Saya Pada 5 5 Tapi Tak Tahu Tahun Bila Haha Pu Abu

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 498 hits
Isu PU Abu menceraikan bekasi isterinya Ain Afini semasa sarat mengandung 7 bulan masih menjadi bualan hangat netizen dan terbaru PU Abu memuat naik foto bersama bapanya dan membuka ruang komen di Instagram mengundang kecaman netizen BACA F...
Dr Mahathir Tan Sri Muhyiddin Dan Lain Lain Police Arrest Zakir Naik Associate For Causing Hatred Disunity

Dr Mahathir Tan Sri Muhyiddin Dan Lain Lain Police Arrest Zakir Naik Associate For Causing Hatred Disunity

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 321 hits
34 year old preacher arrested in Perlis Sun for insulting HinduismMohammad Zamri Vinoth associate of controversial Zakir Naikdetained by Perlis Serious Crime division several reports lodged against himSection 298A Penal Code causing disunit...
Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi Setiap Hari Temujanji Doktor Alami 6 Masalah Serius

Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi Setiap Hari Temujanji Doktor Alami 6 Masalah Serius

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 497 hits
Sepanjang mengandung langsung tiada masalah dan berat pun naik sekitar 20 kilogram Langsung tiada masalah kencing manis dan sepanjang mengandung ketika buat pemeriksaan semua normal termasuklah buat scan 3D dan 4D Namun siapa sangka di usia...
Majlis Bicara Hati Ibubapa Murid Tahun 6

Majlis Bicara Hati Ibubapa Murid Tahun 6

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 415 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 3 7 18 saru majlus perjumpaan ibubaps murid Tahun 6 telah diadakan bagi membicarakan dari hati ke hati mengenai post mortem ke arah kecemerlangan prestasi murid Tahun 6 Di dslam msjlis ini juga ibubapa berpeluang ...
Mahathir Merajuk Arahkan Majlis Tertinggi Ppbm Pujuk

Mahathir Merajuk Arahkan Majlis Tertinggi Ppbm Pujuk

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 406 hits
Mahathir vs Muhyiddin Dalam PPBM Pengerusi PPBM Mahathir dan Presiden PPBM Muhyiddin di khabarkan tak sehaluan dalam isu rombakan barisan Exco Negeri Johor Pertelagahan yang bukan bisher bisher tu menyebabkan MPT PPBM seluruh negara di pang...
Chantiq 3 Tahun Puasa 22 Hari Kini Solat Sendiri Netizen Puji Didikan Jozlynn

Chantiq 3 Tahun Puasa 22 Hari Kini Solat Sendiri Netizen Puji Didikan Jozlynn

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 548 hits
Chantiq anak pelawak penyampai radio Johan dan Ozlynn Wati ini mencairkan hati netizen Pada usia 3 tahun sudah boleh berpuasa selama 22 hari Nur Latifah Chantiq Hanania yang dilahirkan 25 November 2014 merupakan anak keempat pasangan ini Da...
Ph Cuba Isytihar Perang Terhadap Majlis Raja Raja Norman

Ph Cuba Isytihar Perang Terhadap Majlis Raja Raja Norman

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 329 hits
Bekas Setiausaha Pas Selangor Norman Toha bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh Datuk Mohd Razlan Rafii dalam sesi dialog dan sidang media Tolak Statut Rom Kenapa TMJ Sahaja di Ampang malam tadi KUALA LUMPUR Kegagalan kerajaan menunjukka...
Orang Lain Dapat Bunga Aku Dapat Sejambak Bawang Weh Graduan Terima Sejambak Bawang Di Majlis Konvo Bikin Netizen Gelak

Orang Lain Dapat Bunga Aku Dapat Sejambak Bawang Weh Graduan Terima Sejambak Bawang Di Majlis Konvo Bikin Netizen Gelak

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 595 hits
Orang Lain Dapat Bunga Aku Dapat sejambak Bawang Weh Graduan Terima Sejambak Bawang Di Majlis Konvo Bikin Netizen Gelak Bagai sudah jadi tradisi setiap kali tibanya musim majlis konvokesyen ribuan graduan akan dihadiahkan dengan sejambak bu...
Meghan Sepatutnya Bersalin Hari Ini Tapi Ini Pula Yang Berlaku Di Kediamannya Frogmore Cottage Windsor

Meghan Sepatutnya Bersalin Hari Ini Tapi Ini Pula Yang Berlaku Di Kediamannya Frogmore Cottage Windsor

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 660 hits
Meghan Sepatutnya Bersalin Hari Ini Tapi Ini Pula Yang Berlaku Di Kediamannya Frogmore Cottage Windsor
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025